Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya
Lokasi
 Malaysia Jalan Kemuyang, 96000, Sibu,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBelajar Berkhidmat Berbakti
Nombor sekolah6084217610
Kod sekolahYEE3202
PengetuaDr Zulkarnain Farihin Abdullah @ Philip anak Seli
GPK Pentadbiran dan AkademikEn John anak Dana
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Chew Ngat Jong
Penolong Kanan KokurikulumEn Lo Ming Jen
Faks6084210281

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya atau nama ringkasnya SMK Jalan Oya atau Semenjaya, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kemuyang, Sibu Sarawak.

Sehingga 2024, sekolah ini telah menerima sejumlah pelajar yang kini melebihi 1000, dengan kemasukan seramai 213 pelajar Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2024/2025.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya telah memulakan perkhidmatannya pada 2 Januari 1981. Ketika itu, sekolah ini beroperasi dengan menumpang bangunan lama di Batu 15, Sibu. Pada awalnya, sekolah ini tidak ada bekalan air dan elektrik. Pelajar yang tinggal di asrama hanya menggunakan belakan air yang dihantar oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pada 27 Disember 1991, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya telah berpindah ke lokasi di C.D.T 45, Jalan Kemuyang. Jarak lokasi baharu ini dari pusat bandar Sibu ialah 24 kilometer. Ketika itu, bilangan kakitangan sekolah ialah 75 orang, iaitu 60 orang guru dan 15 orang kakitangan sokongan. Sekolah baharu ini lengkap dengan kemudahan air, elektrik, dewan, makmal, bangunan kelas, bangunan asrama, tandas, kantin, padang sukan, gelanggang permainan, dan flat guru. Pada masa ini juga, sekolah sudah mempunyai sebuah makmal komputer untuk memudahkan pembelajaran. Selain itu, Bilik Alat Pandang Dengar (APD) juga tersedia.

Pada tahun 2009, apabila bilangan pelajar semakin bertambah, pihak sekolah telah membina kelas kabin sebanyak 9 unit. Kelas kabin ini mula digunakan sepenuhnya pada 2 Januari 2010. Pengurusan sekolah juga telah membina tempat letak kereta berbumbung bagi kemudahan para guru.

Pada tahun 2023, bilangan pelajar telah bertambah kepada 1009 orang. Jumlah pelajar dijangka akan bertambah memandangkan kawasan persekitaran rumah sedang rancak dibangunkan. Pada setiap tahun, banyak kawasan perumahan baharu dibina. Ini menyebabkan bilangan pelajar semakin meningkat. Pencapaian akademik sekolah adalah pada tahap baik. Gred Purata Sekolah dalam Sijil Pelajaran Malaysia berada dalam lingkungan 4.00 - 4.98 manakala Sijil Pelajaran Malaysia berada pada 2.50 hingga 3.00. Kini, bilangan guru yang mengajar di sekolah ini adalah seramai 74 orang. Bilangan Anggota Kumpulan Pelaksana pula ialah seramai 12 orang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya
Jalan Kemuyang
96000, Sibu
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084217610
Fax = 6084210281

Pautan luar[sunting | sunting sumber]