Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tasek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tasek
Lokasi
Jalan Sultan Azlan Shah (U), Taman Tasek Indra, 31400, Ipoh,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6055497606
Kod sekolahAEA2051
Faks6055497606


Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tasek atau nama ringkasnya SMK Jalan Tasek, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Sultan Azlan Shah (U), Taman Tasek Indra.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tasek memiliki 773 pelajar lelaki dan 738 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1511 orang. Ia mempunyai seramai 107 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Jalan Tasek memulakan sesi persekolahan pada 4 Disember 1995 dengan 15 kelas tingkatan satu (seterusnya menjadi 14 kelas) pada sesi petang manakala tingkatan dua hingga lima di sesi pagi.

Kesemua pelajar baru tingkatan dua hingga lima ditukar masuk dari beberapa sekolah-sekolah menengah yang berhampiran bagi membantu bilangan pelajar yang meningkat.

Pelajar tingkatan satu pula merangkumi semua murid-murid darjah enam dan tingkatan permulihan dari sesi persekolahan 1995 yang tinggal berhampiran dengan sekolah ini.

Disebabkan sekolah ini masih berkurangan asas pada mulanya, ramai pelajar yang memohon ditukar keluar ke sekolah-sekolah menengah di bandar.

Segala blok-blok bangunan telah siap dibina dan digunakan apabila sekolah dibuka kecuali satu blok empat tingkat yang dikenali sebagai Blok D serta dewan serbaguna yang ditambah kemudian.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

PT3,SPM &STPM

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tasek
Jalan Sultan Azlan Shah (U), Taman Tasek Indra
31400, Ipoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6055497606
Fax = 6055497606

Pautan luar[sunting | sunting sumber]