Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa
Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin
Lokasi
Jalan Bunga Tanjung
Jasin, Melaka Bandaraya Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Harian
Ditubuhkan1964
Autoriti pendidikanJasin
Nombor sekolah(+6)06-5291318
Kod sekolahMEB1065 [1],[2]
Pengerusi PIBGEncik Nasaruddin bin Rahmat
PengetuaPuan Hajah Jamilah binti Ab Aziz
SloganExcellence Beyond Expectation
GPK Pentadbiran dan AkademikUstaz Rozalan bin Che Soh
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTuan Haji Nasaruddin bin Lah
Penolong Kanan KokurikulumEncik Mohd Farid bin Azalli
Faks(+6)06-5292752
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa (dikenali sebagai SMAAT) (atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin) ialah sebuah sekolah menengah harian yang dibina di Jalan Bunga Tanjung yang terletak di Taman Maju, Jasin, Melaka dengan kawasan seluas lebih kurang 10~13 ekar. SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa ialah sekolah yang ditubuhkan bagi memudahkan perjalanan pelajar-pelajar yang tinggal berhampiran dengan Taman Maju. SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa merupakan satu-satunya sekolah yang menyediakan kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) untuk pelajar-pelajar yang istimewa. Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa masih giat berusaha untuk menjadi sebuah sekolah yang terunggul di negeri Melaka menjelang tahun 2015. Namanya diambil sempena nama Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa[3]

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa (SMAAT) bermula pada tahun 1964 dengan nama "Jasin Lower Secondary Continution School". Pada masa itu ia tidak mempunyai bangunan sendiri dan terpaksa menumpang di SJK (C) Yu Hsein dan Sekolah Kebangsaan Jasin. Pelajar printisnya pada ketika itu berjumlah 154 orang.

Bangunan SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa siap dibina pada tahun 1966 dan telah dirasmikan pada 1 Oktober 1967 oleh Yang Berhormat En Khair Johari Menteri Pendidikan ketika itu. Pengetua sekolah yang pertama ialah mendiang En I.Chinniah.

Pada tahun 1966 terdapat tiga blok bangunan dua tingkat dan sebuah kantin. Pada tahun 1977 sebuah lagi bangunan setingkat dibina. Ia memuatkan dua buah makmal sains. Sebuah surau juga telah dapat dibina dengan kerjasama pihak PIBG. Pada tahun 1996 pula satu lagi bangunan baru 3 tingkat, sebuah dewan serbaguna yang besar dan bengkel Kemahiran Manipulatif telah siap dibina. Dengan adanya kemudahan ini masalah penempatan kelas telah dapat di atasi. Bangunan baru tersebut kini menempatkan bilik komputer, perpustakaan, bilik sumber dan bilik gerakan.

Pada tahun 2002, kerja kerja bagi pembinaan sebuah makmal komputer telah bermula dan beroperasi sejak tahun 2005. Makmal ini memudahkan proses pembelajaran ICT dan juga membantu pelajar melayari Internet. Sekolah ini juga mempunyai Kelas Pendidikan Khas bagi pelajar istimewa.

Pada tahun 2005, bengkel MPV telah dibina dan kini pelajar tingkatan 4 dan 5 berpeluang mengikuti kursus menghasilkan makanan ringan. Mulai tahun 2008, pelajar SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa juga telah berpeluang mengikuti pelajaran Pendawaian Domestik yang telah diperkenalkan sebagai mata pelajaran elektif bagi pelajar tingktan 4.

Pada tahun 2015, mata pelajaran MPV yang bersifat teknikal telah diwujudkan dengan nama Pendawaian Domestik, dengan persediaan 2 orang tenaga pengajar yang profesional serta berkemahiran tinggi. Murid pertama keluaran sekolah ini sekarang berada di tingkatan 5. Murid keluaran pertama mata pelajaran ini bukan sahaja dibekalkan dengan kemahiran malahan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia membekalkan juga mata pelajaran khas yang dikenali sebagai (MPAK) atau mata pelajaran aliran kemahiran.

Kemudahan permainan pula terdiri daripada sebuah gelanggang aneka permainan. SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa masih belum mempunyai padang sekolah dan terpaksa berkongsi dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak. Walau bagaimanapun, dengan terdirinya sebuah dewan yang besar, SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa kini mampu menyediakan kemudahan untuk pelajarnya bermain badminton dan menjalankan pelbagai aneka aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Lagu rasmi sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Abdul Aziz Tapa,
Dihati terSMAAT sentiasa,
Kami pelajar berbilang bangsa,
Jadi harapan nusa tercinta,


Kami pelajar bercita-cita tinggi,
Rukun sekolah kami patuhi,
Kami berikrar dan berjanji,
Berdisiplin dan berdedikasi,


Nama baik mu dipelihara,
Agar harum di sepanjang masa,

Nama baikmu dipelihara,

Agar harum di sepanjang masa!

Agar harum di sepanjang masa!

Pengetua[sunting | sunting sumber]

Senarai nama pengetua[sunting | sunting sumber]

Bil Nama Mula tamat
1. Tuan Ichinniah 1964 1969
2. Tuan C. Visanathan 1969 1972
3, Tuan Yap Choon Kee 1973 1975
4. Tuan Haji Ismail Bin Bachik 1975 1979
5. Tuan Seow Kim Swee 1980 1981
6. Tuan S. Narinasamy 1981 1986
7. Tuan Chao Say Hin 1987 1991
8. Puan Hajah Rosnah Binti Haji Husin 1992 1994
9. Tuan Haji Moh Dali Bin Haji Alias 1995 1998
10. Tuan Haji Mustadza Bin Haji Md. Yusof 1998 1999
11. Tuan Chan Hian Teck 1999 2000
12. Puan Hajah Timah Binti Md. Zin 2000 2006
13. Tuan Abu Bakar Bin Alim 2006 2008
14. Tuan Mazelan Bin Azam 2008 2014
15. Tuan Haji Baharudin Bin Husin 2014 2016
16. Tuan Haji Tuah Bin Dalip 2016 2016
17. Tuan Haji Abd. Aziz Bin Omar 2016 2017
18. Tuan Haji Kamaruzzaman Bin Ab Rahim 2017 Kini
Tuan Kamaruzaman Bin Abd Rahim

menghadapi sebarang cabaran

Persekitaran[sunting | sunting sumber]

PANORAMA SMAAT

.

Galeri Warisan[sunting | sunting sumber]

Galeri warisan SMAAT masih lagi dalam pengumpulan maklumat. Namun begitu, pihak pentadbir bersama-sama guru sedang giat mengumpul bahan supaya ianya dapat ditempatkan di ruang sebenar.






Maklumat sekolah[sunting | sunting sumber]

Alamat surat menyurat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa

Jalan Bunga Tanjung, 77000

Jasin, Melaka

No. telefon/faksimili[sunting | sunting sumber]

  • No. telefon: (+6)06-5291318
  • No. faksimili: (+6)06-5292752

Informasi ICT[sunting | sunting sumber]

Alamat e-mel: meb1065@moe.gov.my

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri
  2. ^ SENARAI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JASIN
  3. ^ "Abdul Aziz bin Tapa - Arkib Negara". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-02. Dicapai pada 2017-08-02.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]