Sekolah Menengah Kebangsaan Jati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Jati
Moto Berilmu,Bersetia,Berjati Diri
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Puan Hjh. Halijah binti Abdullah
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Puan Soraya binti Abdul Rahman
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tn. Hj. Azmy bin Mohamed Nazir
Penolong Kanan Kokurikulum Encik Salleh bin Haji Yusuf
Kod sekolah AEA2062
Lokasi  Malaysia Taman Jati30020, Ipoh,, Perak Darul Ridzwan, Malaysia
Nama singkatan SMK Jati
Telefon 6055265082
Faks 6055265062


Sekolah Menengah Kebangsaan Jati atau nama ringkasnya SMK Jati, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Taman Jati.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jati memiliki 549 pelajar lelaki dan 512 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1061 orang. Ia mempunyai seramai 62 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Jati bermula pada 1 September 1999 di atas tapak seluas 5 ekar. Tapak sekolah yang terletak di atas sebuah bukit yang dikelilingi kawasan perumahan seperti Taman Jati, Taman Meru 2B, Taman Meru 2C, Taman Meru Jaya dan Bandar Meru Raya. Dengan itu, sekolah ini akan menampung keperluan pelajar-pelajar dari taman perumahan tersebut. Jarak sekolah dari Bandaraya Ipoh ialah lebih kurang 10 km.

Kerja-kerja pembinaan bangunan dan lain-lain prasarana telah siap sepenuhnya pada Disember 2001. Sebagai persediaan memulakan operasi persekolahan, Jabatan Pelajaran Perak telah melantik En. Mohamed Hatha bin Mohamed Yusof sebagai penyelaras operasi pada 17 April 2002. Beliau dibantu oleh En. Amad Tarmizi bin Khalidin. Empat orang staf sokongan ditempatkan di sekolah ini pada 15 Mei 2002 untuk membantu hal-hal perkhidmatan dan kewangan sekolah. Mereka terdiri daripada dua orang kakitangan pejabat dan dua orang kakitangan makmal.

Sebagai persediaan untuk sekolah mula beroperasi sepenuhnya pada 5 Jun 2002, pegawai-pegawai pentadbiran berikut telah dilantik, En. Mohamed Hatha bin Mohamed Yusof selaku Penolong Kanan, Pn. Zuraida bt. Zainal Abidin selaku PK HEM dan En. Sugumaran A/L Velayutham selaku PK Ko-Kurikulum.

Sekolah ini mula beroperasi pada 5 Jun 2002 dengan 240 pelajar dan 18 orang guru. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar tingkatan 1 (4 kelas), tingkatan 2 (3 kelas), tingkatan 4 (2 kelas). Pelajar-pelajar ini berpindah dari SMK Jelapang Jaya. Puan Hajah Asiah bt Haji Abdul Razak dilantik sebagai Pengetua SMK Jati yang pertama mulai 1 September 2002. Beliau bersara pada tarikh 6 Mei 2005.Kepimpinan sekolah ini telah diambil alih oleh Pn. Hajah Yan bt Abdul Hamid pada 6 Jun 2005. Setelah 1 tahun 6 bulan menerajui sekolah ini, tugas beliau telah diambil alih oleh Tuan Haji Marazlen bin Haji Amran pada 1 Disember 2006. Dibawah kepimpinan beliau, sekolah ini telah dipilih untuk melaksanakan pengurusan P&P mengikut standard kualiti ISO 9001 2000.

Pada tahun 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Jati telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah yang mempunyai kelas rancangan khas. Kelas ini terdiri daripada tingkatan 1,2 dan 3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah menerima dengan rasminya Anugerah Pengiktirafan MS ISO 9001 2000 tahun 2007 dalam aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran pada bulan Disember tahun 2007. Anugerah ini telah diterima oleh Pn. Hajah Halijah bt Abdullah selaku pengetua SMK Jati yang ke-4 menggantikan Tuan Haji Marazlen bin Haji Amran yang telah berpindah ke Jabatan Pelajaran Negeri Perak.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jati
Taman Jati
30020, Ipoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6055265082
Fax = 6055265062

Pautan luar[sunting | sunting sumber]