Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Jengka 2
Lokasi
Felda Cempaka Jengka 2, 26430, Bandar Jengka,, Pahang Darul Makmur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSMK J2 TERATAS
Nombor sekolah6094674325
Kod sekolahCEA9114
Pengerusi PIBGEncik Ahmad Nasir
PengetuaEncik Khatamarazi bin Mohamad Ghaus (DG54)
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Darussalam Bin Taib (DG48)
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Marjohan Bin Bungkik (DG48)
Penolong Kanan KokurikulumEncik Zaidi (DG48)
Faks6094674188


Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Jengka 2 atau nama ringkasnya SMK (LKTP) Jengka 2, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Felda Cempaka Jengka 2.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Jengka 2 memiliki 547 pelajar lelaki dan 578 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1125 orang. Ia mempunyai seramai 102 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dibuka pada 1 Januari 1973 di kawasan seluas 15 hektar merupakan sekolah menengah pertama di Wilayah Pembangunan Jengka. Sekolah ini memulakan operasinya sehari selepas Pengetua pertama iaitu Tuan Haji Ibrahim Haji Mohamad melaporkan diri pada 1 Januari 1973.[1] Menurut Haji Ibrahim ketika itu bangunan SMK Jengka 2 belum siap dibina .Beliau diarahkan untuk membuka kelas sementara di Sekolah Kebangsaan Jengka 2. Dengan jasa baik Guru Besar Encik Ahmad Osman, dua buah kelas disediakan untuk SMK Jengka 2.[2] Ketika itu jumlah pelajar yang menuntut di SMK Jengka 2 ialah seramai 87 orang dan kaki tangan akademiknya ialah seramai 4 orang.[3] Memandangkan keadaan sekolah yang serba kekurangan dan tiada padang permainan, maka kegiatan sukan dan permainan belum diadakan ketika itu. Pada 9 Mac 1973 barulah warga sulung SMK Jengka 2 berpindah ke bangunan sendiri. Tetapi kemudahan sukan seperti padang permainan belum ada dan terpaksa menumpang di Padang SK Jengka 2.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Jengka 2
Felda Cempaka Jengka 2
26430, Bandar Jengka
Pahang, Malaysia
Telefon = 6094674325
Fax = 6094674188

Pautan luar[sunting | sunting sumber]