Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Petaling Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik
Catholic High School
八打灵公教国民型中学
Lokasi
Jalan 10/3, Petaling Jaya, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoTaat dan Berusaha (Cina: 忠诚勤朴)
Afiliasi agamaRoman Katholik
Ditubuhkan1957
PengasasJoche Philippe Wu daripada Marist Brothers
Sekolah kembarSaint Joseph's Institution, Singapura
Nombor sekolah379565484
Kod sekolahBEB8653[1]
Pengerusi PIBGEn. Han Chuan Chour
PengetuaDr. Margret Lim,PPT[2]
Jumlah penuntut2933 (2020)
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Lau Yan Hong
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Hew Swee Kung
Penolong Kanan KokurikulumPn. Teh Hui Ping
Faks379543236
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google
Map

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik (bahasa Inggeris: Catholic High School, Cina: 八打灵公教国民型中学) atau SMJK Katholik (juga dikenali sebagai CHSPJ, 公教中学, 公中), merupakan sebuah sekolah menengah mubaligh Katholik jenis kebangsaan campuran yang terletak di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1956 oleh Rev. Bro. Philippe Wu dari Marist Brothers, sekolah tersebut kini merupakan salah satu sekolah cemerlang di negeri Selangor dan telah dinobatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011.[3] Sebagai sebuah SMJK Cina, pelajar pentadbirnya telah mewajibkan semua pelajarnya mengambil subjek Bahasa Cina dalam peperiksaan PT3 dan SPM.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMJK Katholik ditubuhkan oleh Joche Philippe Wu daripada Marist Brothers pada tahun 1956. Pada zaman penubuhannya, sekolah tersebut tidak mempunyai bangunan sekolah yang tersendiri dan beroperasi di Sekolah Rendah La Salle yang terletak di Brickfields, Kuala Lumpur pada sesi petang atas persetujuan De La Salle Brothers.[5] Pada masa itu, sekolah tersebut mempunyai 88 orang pelajar yang dibahagikan kepada dua kelas serta 5 orang guru.

Pada tahun 1957, Sekolah Menengah Katholik mula mencari premis yang baharu untuk menampung bilangan pelajarnya yang kian meningkat. Pentadbir Sekolah Menengah Maxwell, Kuala Lumpur, telah membenarkan Sekolah Menengah Katholik untuk beroperasi di bangunan sekolahnya pada waktu petang. Pada masa yang sama, Jawatankuasa Rancangan Pembinaan Sekolah telah ditubuhkan untuk membina sebuah bangunan sekolah yang tersendiri bagi sekolah tersebut. Walaupun pihak kerajaan telah meluluskan projek tersebut dan menguntukkan sebidang tanah di Cheras sebagai tapak sekolah yang baharu, usaha pemindahan penduduk setinggan di kawasan tersebut yang diperlukan adalah sangat mahal dan memakan masa yang lama. Oleh itu, jawatankuasa tersebut telah membuat keputusan untuk mencari lokasi yang alternatif untuk membina sekolah tersebut.

Blok A, dengan Dewan Bro. Philippe Wu di sebelah kiri

Pada Ogos 1958, Sekolah Menengah Katholik akhirnya berpindah ke premis sekarangnya yang terletak di Jalan 10/3, Petaling Jaya. Tanah tersebut telah dibeli oleh jawatankuasa tersebut selepas memperoleh dana yang mencukupi daripada orang awam.[6] Batu asasnya telah diletakkan pada 13 April 1958 oleh Rt Rev Dominic Vendargon.[7][8] Bangunan sekolah yang baharu mempunyai satu blok bangunan bertingkat dua yang mempunyai 20 buah bilik darjah (Blok A) dan sebuah padang yang besar. Pada tahun yang berikutnya, kumpulan calon peperiksaan LCE (kini digelar sebagai PT3[9]) yang pertamanya telah menduduki peperiksaan tersebut. Satu blok bangunan baharu juga telah dibina untuk menempatkan makmal sains dan perpustakaan. Pada tahun 1961, kumpulan pelajar Tingkatan 5 yang pertamanya telah menduduki peperiksaan S.C./F.M.C. (kini digelar sebagai SPM[9]) dan menamatkan pendidikan menengah mereka.[6] Pada tahun yang sama, Sekolah Menengah Katholik bertukar menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan di bawah Akta Pelajaran 1961 dan sekolah tersebut kini dikenali sebagai SMJK Katholik.[10]

Pada tahun 1963, sebuah gelanggang pingpong dan bilik stor telah dibina. Pada tahun 1964, beberapa projek pengindahan telah dilaksanakan: tanah sekolah telah diratakan, kawasan padang telah ditanam rumput, jalan telah dilapisi batu lada dan pintu masuk utama serta pagar sekolah telah dibina. Pada 4 Jun 1964, Hari Sukan yang pertama telah diadakan. Pada tahun 1965, Rev. Bro. Paul Sung telah dilantik sebagai pengetua yang keempat. Di bawah pentadbirannya, sebuah blok bangunan bertingkat tiga telah dibina selari dengan Blok A pada tahun 1969 (Blok B). Bangunan tersebut mempunyai sebuah bilik guru dan 12 bilik darjah. Perpustakaan sekolah turut dipindah ke Blok B.[6] SMJK Katholik juga pernah ditumpang oleh Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman sebelum mempunyai kampus yang tersendiri.[11]

Projek pembinaan Dewan Sekolah baharu telah bermula pada Ogos 1975 hasil daripada usaha Lembaga Pengelola, PIBG, Persatuan Old Boys, Jawatankuasa Pendanaan dan guru sekolah untuk mengutip dana daripada orang ramai. Pada Ogos 1976, Dewan Sekolah telah siap dibina. Dewan sekolah telah dinamakan sebagai Dewan Bro. Philippe Wu sebagai tanda penghormatan terhadap pengasas SMJK Katholik.[6] Pada 1982, Rev. Bro. Paul Sung sekali lagi memegang jawatan pengetua SMJK Katholik. Dalam tempoh masa dua tahun, sebuah blok bangunan yang mempunyai makmal sains dan perpustakaan sekolah yang terbesar di Petaling Jaya (Blok C) telah dibina. Tambahan lagi, enam gelanggang skuasy telah dibina. Pada tahun 1984, SMJK Katholik memulakan kelas Tingkatan Enam yang beraliran Sains. Pada 1985, SMJK Katholik mula menerima pelajar perempuan.[12]

Blok E, dilihat dari padang sekolah

Pada tahun 1989, Encik Cheok Cheo Foh telah dilantik sebagai pengetua yang ke-13, menjadi pengetua sekolah pertama yang bukan merupakan anggota Marist Brothers. Pada Oktober 1990, Encik Lee Kim Tian telah dilantik sebagai pengetua sekolah. Di bawah pentadbirannya, sebuah kantin dan dua blok bangunan baharu yang mempunyai bilik darjah, bilik seni, makmal sekolah, bengkel, dewan kuliah dan perpustakaan yang berhawa dingin telah dibina (1992 – Blok D dan 1998 – Blok E). Pada tahun 2001, beliau telah mewujudkan sudut bacaan ditepi kantin sekolah sebelum beliau bersara. Beliau juga memulakan kelas Tingkatan Enam yang beraliran Seni pada tahun 2000.[6]

Pusat Sukan SMJK Katholik

Pada 16 September 2001, Puan Tan Lin telah menjadi pengetua perempuan yang pertama di SMJK Katholik. Sebuah pusat sukan yang berharga RM3 juta telah dibina 18 Jun 2005.[13] Pusat sukan tersebut diperlengkapkan dengan gelanggang skuasy, bolah keranjang, bolah tampar dan ping pong serta bilik mesyuarat dan bilik aktiviti. Sistem penyaman udara juga dipasangkan di Dewan Bro. Philippe Wu manakala ambang sekolah telah dibina di Blok A. Puan Tan Lin juga memasangkan sistem CCTV dan membina pondok pengawal yang berlengkap dengan pagar tiang yang automatik. Beliau digantikan oleh Pn. Lee Kim Lai.[6] Pada tahun 2011, sebelum beliau bersara, SMJK Katholik telah dinobatkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.[14]

Encik Ong Boon Puah telah memegang jawatan pengetua dari tahun 2011 hingga 2017. Semasa beliau memegang jawatan tersebut, beliau telah memperkenalkan konsep Pendidikan Abad-21 dan Seven Habits of Highly Effective People yang berlandaskan buku Stephen R Covey, serta memasangkan panel solar di Pusat Sukan Sekolah.[15][16] Sebuah blok bertingkat tiga juga dibina di bawah pentadbiran beliau.[17] Beliau digantikan oleh Pn. Low Lai Khun.[18] Kini, SMJK Katholik diketuai oleh Cik. Margeret Lim Pei Tee.


Pada 9 September 2023, SMJK Katholik telah mengadakan suatu majlis makan amal bertajuk "爱吾公中" AI WU GONG ZHONG untuk mengumpulkan wang bagi membina STEAM LAB dan memperbaiki tandas serta naik taraf Dewan Brother Philip Wu. Kos untuk projek ini adalah kira-kira 2 juta. Di samping itu, pihak sekolah juga menyampaikan hadiah kepada kelas yang menderma wang yang paling banyak.

Akademik[sunting | sunting sumber]

Sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan, SMJK Katholik mempunyai keperluan kemasukan yang tersendirinya. Misalnya pada tahun 2015, pelajar yang ingin memohon ke dalam SMJK Katholik perlu memperoleh 5A ke atas dalam UPSR.[19]

SMJK Katholik telah mencatatkan 100% kelulusan dalam Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2011, dengan 5 pelajar mendapat 12A, 26 pelajar mendapat 11A dan 76 pelajar mendapat 10A pada tahun tersebut.[20] Sebelum ini pada tahun 2008, sekolah tersebut mempunyai 2 pelajar 14A, 12 pelajar 13A, 44 pelajar 12A dan 67 pelajar 11A dalam SPM. Pada tahun 2013, Khor Hui Yi telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Negeri Selangor dengan keputusan SPMnya sebanyak 10A+.[20] Pada tahun 2015, Mok Siao Chi turut meraih 10A+ dalam peperiksaan SPMnya.[21] Pada tahun 2016, SMJK Katholik telah dianugerahkan sekolah terbaik dalam daerah Petaling Utama, dengan Iddhima Chong Hui Yi yang meraih 11A+ dan 1A serta Eer Kai Jun yang meraih 10A+ dan 1A dinobatkan sebagai pelajar terbaik Selangor.[22]

SMJK Katholik telah mencapai 100% kelulusan dalam peperiksaan STPM untuk tujuh tahun berturut-turut sejak tahun 2006.[20]

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Musik dan reka bentuk[sunting | sunting sumber]

SMJK Katholik mempunyai empat pancaragam, pancaragam bras, pancaragam musik oriental, sinfonietta dan kumpulan harmonika dan gitar.[23] Pancaragam bras SMJK Katholik ditubuhkan oleh bekas pengetua sekolah, Bro. Paul Sung pada tahun 1982.[24] Kini, pancaragam tersebut telah menganjurkan sebanyak sembilan konsert sejak tahun konsert "An Evening of Music" anjuran bersama Institusi Raffles.[25] Pancaragam musik oriental pula ditubuhkan pada tahun 1989, dan kini juga telah menganjurkan sebanyak lapan konsert sejak konsert pertamanya pada tahun 1994.[26] Kumpulan harmonika dan gitar pada mulanya merupakan kelas harmonika yang ditawarkan oleh Persatuan Bahasa Cina SMJK Katholik pada tahun 1982. Mereka kemudian berkembang menjadi sebuah kumpulan musik pada tahun 1996 dan turut pernah menganjurkan konsert pada tahun 2019.[27]

Pancaragam SMJK Katholik telah merangkul johan dalam Pertandingan Pancaragam Bras Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2005 yang diadakan di Pulau Pinang. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin Bin Buang mengatakan bahawa pasukan SMJK Katholik telah menentukan standard yang sangat tinggi dan harus dijadikan tanda aras bagi pasukan pancaragam bras yang lain.[28] Mereka turut memenangi Anugerah Perak dalam Festival Pancaragan Antarabangsa Singapura 2010 anjuran Persatuan Pancaragam Konsert Singapura. Dari 29 November 2011 hingga 3 Disember 2011, Pancaragam SMJK Katholik menyertai Festival Pancaragam Musim Sejuk Ketiga 2011 yang diadakan di Hong Kong Disneyland dan berjaya memenangi Anugerah Emas. Mereka turut menjadi pancaragam Malaysia yang pertama yang mengadakan persembahan di Art of Animation Studio, Disneyland, Hong Kong.[20] Pancaragam SMJK Katholik juga terlibat dalam persembahan upacara pembukaan Sukan SEA 2017.[29]

Dalam World Choir Games ke-6 yang diadakan di Shaoxing, China dari 22 hingga 27 Julai 2010, Kelab Koir SMJK Katholik telah berjaya mendapat Diploma Perak.[30][31] Kumpulan SMJK Katholik yang terdiri daripada Mu Chun Khang, Lim Joe Onn dan Krystle Liu Jaey turut berjaya merangkul johan dalam Pertandingan Built Environment Explained 2013 yang dianjurkan oleh Taylor's University dan memenangi ganjaran wang sebanyak RM2800. Tema bagi edisi tahun tersebut ialah "Designing Better Classrooms".[32]

Debat[sunting | sunting sumber]

Pasukan Debat Bahasa Cina SMJK Katholik merupakan antara 5 pasukan yang terbaik di dunia pada tahun 2020 menurut Ranking Debat Bahasa Cina Sekolah Menengah Antarabangsa.[33] Pasukan telah memenangi Kejohanan Debat Bahasa Cina Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan pada tahun 1999, 2001, 2002 dan 2003.[34] Pasukan Debat SMJK Katholik turut pernah merangkul johan dalam Pertandingan Debat Bahasa Cina Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2019 anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia,[35] Pertandingan Debat Bahasa Cina Sekolah Menengah Ala Parlimen Kebangsaan 2019[36] dan Piala Asia 2018 yang diadakan di Hong Kong.[37]

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2016, pasukan SMJK Katholik telah dinobatkan sebagai johan kebangsaan dalam pertandingan FedEx-Amcham International Trade Challenge.[38] Pada 2017, dua pasukan dari SMJK Katholik telah muncul sebagai tiga syarikat yang terbaik dalam pertandingan 1 Million Dreams Startup Challenge yang dianjurkan oleh Taylor's University. Alumni terkenal

Alumni terkenal[sunting | sunting sumber]

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

  • Tan Sri William Cheng - Pengerusi Lion Group Bhd.[39]
  • Tan Sri Lim Hock San - Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group Bhd.[40]

Politik[sunting | sunting sumber]

Hiburan[sunting | sunting sumber]

  • Eric Lim Kin Fai - Penyanyi
  • Edmund Yeo - Pengarah filem
  • Xandria Ooi - VJ Astro HITZ.TV, pengacara televisyen dan wartawan
  • Koe Yeet - Penyanyi
  • Victor Gu - Pembahas kebangsaan, ahli politik, bekas penyampai berita dan pengacara televisyen NTV7[43]
  • Long Wen Min - Penyampai berita dan pengacara televisyen Astro AEC
  • Loh Lee Keen - Penyampai berita dan pengacara televisyen Astro AEC
  • Siao Hui Min - Penyampai berita dan pengacara televisyen Astro
  • Gan Jiang Han - Penyampai berita dan pengacara televisyen Astro AEC[43]

Sukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018
  2. ^ {{cite {web|url=http://chspj.edu.my/staff_directory.html%7Ctitle=Staff Directory|website=chspj.edu.my|access-date=24 Disember 2021|url-status=live}}
  3. ^ Sheila Sri Priya (17 April 2016). "School transfer woes". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2016. Dicapai pada 9 Januari 2022.
  4. ^ "蔡庆文:华社应重视 召集7华中商发展大计" [Cai Qing Wen: Masyarakat Cina harus beri perhatian - Menghimpunkan 7 SMJK untuk bincang rancangan pembangunan]. Nanyang Siang Pau (dalam bahasa Cina). 7 Oktober 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  5. ^ Armstrong, Denis (28 April 2018). "LA SALLE SCHOOL, BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR". Malaysian Federation of LaSallian Associations. Dicapai pada 3 Mac 2022.
  6. ^ a b c d e f "School History". chspj.edu.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Disember 2021.
  7. ^ "Jawi was used in schools". Herald Malaysia (dalam bahasa Inggeris). 9 Januari 2020. Dicapai pada 24 Disember 2021.
  8. ^ "$750,000 SCHOOL PLANNED". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 14 April 1958. m/s. 7. Dicapai pada 26 Disember 2021.
  9. ^ a b "EDUCATION DIRECTION". Kementerian Pendidikan Malaysia. Dicapai pada 24 Disember 2021.
  10. ^ "魏家祥:国民型地位毋庸置疑.查灵公教浪费时间" [Wee Ka Siong: Kedudukan SMJK tidak harus dipertikaikan, siasat SMJK Katholik bazir masa sahaja]. Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 7 Mac 2015. Dicapai pada 28 Disember 2021.
  11. ^ "兩代人对拉曼大学学院的情怀" [Perasaan dua generasi terhadap TAR UC]. Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 6 Mac 2019. Dicapai pada 19 Februari 2022.
  12. ^ "八打灵公教中学 前校长宋宝书修士病逝" [Bekas Pengetua SMJK Katholik Bro. Paul Sung Meninggal Dunia] (dalam bahasa Cina). China Press. 27 Disember 2016. Dicapai pada 24 Disember 2021.
  13. ^ "Catholic High seeks funds for sports centre". The Star (dalam bahasa Inggeris). 20 April 2005. Dicapai pada 28 Disember 2021.
  14. ^ "Achievement". chspj.edu.my. Dicapai pada 24 Disember 2021.
  15. ^ Beh, Yuen Hui (7 Mac 2015). "'Join energy programme'". The Star. Dicapai pada 24 Disember 2021.
  16. ^ "Events". chspj.edu.my. Dicapai pada 24 Disember 2021.
  17. ^ "魏家祥:不容置疑 "公教是國民型中學"" [Wee Ka Siong: Usah pertikaikan isu "SMJK Katholik ialah sebuah SMJK"]. Guang Ming Daily (dalam bahasa Cina). 7 Mac 2015. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  18. ^ "公教、育华、育群·雪3华中校长调动" [Katholik, Yu Hua, Yoke Kuan · Pemindahan Pengetua di 3 SMJK Selangor] (dalam bahasa Cina). Sin Chew Daily. 26 Februari 2017. Dicapai pada 24 Disember 2021.
  19. ^ "FORM 1 ADMISSION TO CATHOLIC HIGH SCHOOL PETALLING JAYA" (PDF). chspj.edu.my. Dicapai pada 19 Februari 2022.
  20. ^ a b c d "SMJK Katholik Achievements". Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2017. Dicapai pada 30 September 2017.
  21. ^ "Top scorer jittery the night before SPM results". Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2018. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  22. ^ "SMJK Katholik Achievements". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2017. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  23. ^ "Co-curriculum". chspj.edu.my. Dicapai pada 19 Februari 2022.
  24. ^ Ahmad Azlan Pa'wan (8 Mei 1996). "Fine show by school band" [Persembahan menarik oleh pancaragam sekolah]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). m/s. 22. Dicapai pada 22 Februari 2022 – melalui Google Books.
  25. ^ Chan, Jade (14 Julai 2018). "School band raises RM115,000 from concert". The Star. Dicapai pada 22 Februari 2022.
  26. ^ "公教中学华乐团演奏会.学生精湛演出赢喝彩". Sin Chew Daily. 22 Februari 2022. Dicapai pada 22 Februari 2022.
  27. ^ "公教中学口琴与吉他演奏会·逾千人沉醉"忆·追朔"". Sin Chew Daily. 7 Julai 2019. Dicapai pada 22 Februari 2022.
  28. ^ "School band performance of world standard". Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2018. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  29. ^ Saiful Affendy Sapran; Devinder Singh; Mohd Fitrie Muhamad; Fardy Bungga (19 Ogos 2017). "Perasmian KL2017 penuh tradisi, gilang-gemilang". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2022.
  30. ^ "6th World Choir Games 2010 Shaoxing, China Results Open Competition" (PDF). Interkultur. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  31. ^ "6th World Choir Games - YouTube". www.youtube.com. Dicapai pada 2020-09-13.
  32. ^ "Designing Better Classroom". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2017. Dicapai pada 2 Oktober 2017.
  33. ^ "霹州中学辩论界佼佼者.兴中辩论队颠簸中前进" [Pasukan yang terkemuka dalam dunia debat Perak - SMJK Shing Chung melangkah ke hadapan dalam laluan penuh cabaran]. Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 6 Februari 2020. Dicapai pada 19 Februari 2022.
  34. ^ "CHS Chinese Debating Team". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2017. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  35. ^ ""全中辩"圆满落幕‧灵公教辩出冠军" [Pertandingan Debat Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan berjaya diadakan, SMJK Katholik PJ mendapat johan]. Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 3 Jun 2019. Dicapai pada 18 Februari 2022.
  36. ^ "华中杯国会式华语辩论赛·灵公教中学夺冠" [Pertandingan Debat Bahasa Cina Ala Parlimen - SMJK Katholik PJ mendapat johan]. Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 29 Mei 2019. Dicapai pada 18 Februari 2022.
  37. ^ "學習現場‧公教中學辯論隊亞洲杯奪冠 能說善道"辯"真章" [Kesempatan untuk belajar - Pasukan Debat SMJK Katholik memenangi Piasa Asia]. China Press (dalam bahasa Cina). 27 Ogos 2018. Dicapai pada 18 Februari 2022.
  38. ^ "Usahawan masa depan". HM Online. 2016-08-22. Dicapai pada 2017-12-22.
  39. ^ "Persatuan Alumni SMJK Katholik". chspj.edu.my. Dicapai pada 28 Disember 2021.
  40. ^ "林福山:料今年完成策划.公中拟实行全日制" [Lim Hock San: Jangka tahun ini siap rancang, SMJK Katholik rancang melaksanakan sesi persekolahan sepenuh masa]. Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 19 Januari 2016. Dicapai pada 28 Disember 2021.
  41. ^ "方贵伦:从88人就读变3千.公教中学有教无类奏效" [Fong Kui Lun: Dari 88 pelajar hingga 3 ribu, dasar pengajaran tanpa diskriminasi SMJK Katholik berkesan]. Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 14 September 2015. Dicapai pada 8 Januari 2021.
  42. ^ "Ex-disciplinary teacher returns to old school". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2 Julai 2006. Dicapai pada 28 Disember 2021.
  43. ^ a b 许雅玲 (Xu Ya Ling) (6 Disember 2016). "综艺辩论化(中篇)中学时代加入辩论队 大马星辩养成之路" [Pertunjukan aneka ragam jenis pendebatan (Bahagian 2) Menyertai pasukan debat semasa zaman sekolah menengah - Laluan bintang pendebat Malaysia ke arah kejayaan]. China Press (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 30 Disember 2021.
  44. ^ Long, Peter (9 Mac 2017). "What it takes to become a grandmaster". Malay Mail. Dicapai pada 6 April 2019.
  45. ^ "Kejohanan Catur Kusess Kali Ketiga 2015 KATEGORI BERPASUKAN SEKOLAH MENENGAH". Chess-Results.com. 24 Oktober 2015. Dicapai pada 8 Januari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]