Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau
Lokasi
Peti Surat 272, 89008, Keningau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoMulia, Setia, Budi
Ditubuhkan10 Februari 1986
Nombor sekolah6087333107
Kod sekolahXEA1058
Faks6087330527


Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau atau nama ringkasnya SMK Keningau, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 272.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau memiliki 743 pelajar lelaki dan 895 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1638 orang. Ia mempunyai seramai 109 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Keningau ditubuhkan pada 10 Februari 1986. Hj. Mohd. Farid Linggi, Pegawai Pendidikan Bahagian Keningau (PPBK) pada waktu itu, mengilhamkan sekolah berkenaan yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketiadaan tempat belajar unutk lebih 100 pelajar di sekitar Keningau dan lebih dikenali sebagai pengasas sekolah berkenaan. Pada mulanya, disebabkan sekolah tersebut tidak mempunyai bangunan sendiri, sekolah itu menumpang di SK Pekan Keningau, dengan jumlah guru hanya 6 orang, termasuk pengetua pertama, Ujuh Iyai and Penolong Kanan Pentadbiran dan Kokorikulum, Mersin Sukiman.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ditubuhkan dengan Vincent Marukau menjadi perngerusi pertamanya. Hasil usahanya dengan kerjasama pihak pentadbir, mereka mendapat kelulusan unutk membuat projek kilat yang mengandungi 4 bilik darjah. Pada tahun 1989, PPBK membenarkan sekolah untuk menggunakan Pusat Sumber Bahagian sebagai bangunan pentadbiran.

Asalanya, sekolah ini dinamakan SMK Sook. Nama ini wujud kerana lokasi yang diluluskan Kementerian Pendidikan (KPM) itu terletak di Sook. Namun, pembinaannya tergendala akibat konflik antara penduduk Kg. Sook dengan penduduk Kg. Batu Lunguyan di Tulid. Mengambilkira kelulusan peruntukan yang diberikan oleh KPM pada waktu itu, Pegawai Pendidikan Bahagian (pada masa itu) memindahkan lokasi pembinaan ke pekan Keningau, dan sekali lagi ke Bukit Langsat sebagai SMK Keningau pada bulan Disember 1991 dengan segala kemudahan lengkap disediakan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau
Peti Surat 272
89008, Keningau
Sabah, Malaysia
Telefon = 6087333107
Fax = 6087330527

Pautan luar[sunting | sunting sumber]