Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari
Moto TINGGIKAN MUTU
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah KEA3046
Lokasi Jalan Pengkalan08000, Sungai Petani,, Kedah Darul Aman,  Malaysia
Telefon 6044212648
Faks 6044258206


Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari atau nama ringkasnya SMK Khir Johari, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Pengkalan.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari memiliki 1137 pelajar lelaki dan 935 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2072 orang. Ia mempunyai seramai 133 orang guru.2009 Nama sekolah ini bersempenakan nama bekas Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Mohamed Khir Johari.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dimulakan pada tahun 1963 di sebuah bangunan dua tingkat yang sekarang digunakan oleh pelajar¬pelajar Tingkatan 1 dan 2. Kelas aliran Melayu ini sebenarnya bermula di Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani pada tahun 1959. Permindahan separuhnya berlaku pada tahun 1964 dengan pelajar-pelajar seramai 400 orang dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dengan 21 orang guru. Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petani sehingga dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Mohd khir Johari, Menteri Pendidikan ketika itu, pada 6hb Mei 1965 dan ditukarkan nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari.


Pada tahun 1969, 2 kelas Tingkatan 4 aliran Sains diadakan. Pada tahun 1970, bilangan pelajar sains bertambah, masalah tempat tinggal pelajar timbul. Ini dapat diatasi dengan kerjasama Sekolah Menengah Ibrahim dan Sekolah Menengah Che Tom yang telah dapat menampung seramai 80 orang pelajar. Pada tahun 1971, bilangan meningkat dengan keadaan yang mendesak, asrama sementara dibuka bertempat di sebuah bangunan yang asalnya Sekolah Melayu Sungai Petani dengan penghuninya seramai 40 orang.


Bangunan Asrama Puteri yang ada sekarang digunakan pada tahun 1972. Penghuni perempuan di tingkat atas, manakala penghuni lelaki di tingkat tengah dan bawah. Jumlahnya ialah 130 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan yang terdiri daripada pelajar 4,5 dan 6. Pelajar-pelajar lelaki dipindahkan ke blok 3 tingkat yang baru pada tahun 1986. Kelas tingkatan 6 rendah Sastera bermula pada 1971 manakala Aliran Sains diwujudkan pada tahun 1973.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari
Jalan Pengkalan
08000, Sungai Petani
Kedah, Malaysia
Telefon = 6044212648
Fax = 6044258206

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

http://smkkjspk.blogspot.com/