Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII
|
|
||
| Nama | ||
| Alamat |
Jalan Muzium Hulu |
|
| Poskod |
34000 |
|
| Bandar | ||
| Penubuhan | ||
| Jenis |
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) |
|
| Tingkatan |
1 ke 6 (Atas) |
|
| Daerah |
Pendidikan Daerah Larut, Matang dan Selama |
|
| Nama Timangan |
Tigers atau Edwardian |
|
| Maskot | ||
| Warna | ||
| Moto |
Magni Nominis Umbra |
|
| Majalah |
The Edwardian |
|
| Telefon dan Faks |
No. Telefon: 05-807 3191 |
|
| Rangkaian Sekolah | ||
Sekolah Menengah King Edward VII, merupakan sekolah perdana [1] dan antara sekolah lelaki tertua di Malaysia. Logo rasmi bagi sekolah ini ialah harimau belang atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya. Para pelajar sekolah ini lebih dikenali sebagai 'EDWARDIANS' manakala yang terkenal pula dengan gelaran 'TIGERS'.
Isi kandungan |
[sunting] Penubuhan
Julai 1883 dengan penubuhan Central School atau Sekolah Pusat. Penubuhan ini adalah berpunca daripada perkembangan pesat perlombongan bijih timah terutama di Kamunting. Bermula cuma dengan 13 orang murid pada Julai 1883 bilangan itu bertambah menjadi 55 orang pada akhir tahun 1884.
Pada tahun 1885 sebuah gelanggang gimnastik dibina di Sekolah Pusat itu. Perkembangan Sekolah Pusat itu menimbulkan keperluan untuk bangunan dan kawasan baru yang lebih luas dan kawasan yang dipilih ialah tempat terletaknya Sekolah Rendah Kebangsaan King Edward VII (1) sekarang. Bangunan-bangunan baru yang bermula pada 1904 dan siap pada 1905 iaitu menelan kos 93,000.
Mr. R.F. Stainer, guru besar kedua Sekolah Pusat telah mencadangkan nama Sekolah Pusat ditukar kepada Sekolah King Edward VII bersempena dengan pertabalan King Edward VII yang menaiki takhta England pada 1901 selepas kemangkatan Queen Victoria.
[sunting] Latar Belakang
[sunting] Warna Sekolah
Warna merah dan hitam dipilih menjadi warna bendera sekolah. Merah melambangkan keberanian dan kemegahan, hitam melambangkan perpaduan yang utuh.
[sunting] Rumah Sukan
Sekolah King Edward VII merupakan antara sekolah yang terkenal dalam bidang sukan dan melahirkan ramai atlit sejak awal penubuhannya. Prestasi cemerlang ditunjukkan dalam bidang bola sepak, kriket, gimnastik, olahraga dan yang paling dikenali menerusi sukan ragbinya.
Bagi sukan sekolah yang dianjurkan setiap tahun, sebanyak enam rumah sukan dibahagikan mengikut warna
[sunting] Sejarah Ragbi
Ragbi merupakan aktiviti sukan utama dan menjadi kepentingan sekolah dari awal penubuhan hingga kini.
Bermula dalam tahun 1923, yang diperkenalkan oleh T.J Thomas, pengetua pada masa itu. Nama pasukan sekolah mula dikenali sebagai Tigers pada tahun 1933. Kejayaan pertama pasukan ragbi sekolah dengan menewaskan Penang Free School dan terus mendapat gelaran juara dan merupakan pasukan sekolah pertama di Tanah Melayu serta mendapat kemenangan pertama pertandingan ragbi antara-sekolah, yang juga merupakan pertandinga yang pertama. Namun, nama-nama pemain sekolah pada masa itu tidak diketahui.
Semasa diantara tahun 1954 dan 1961, Tigers telah mengatur satu perlawanan persahabatan dengan pihak lawan dari sekitar Kedah hingga Singapura, kejayaan pasukan sekolah sekali lagi, dengan menewaskan kesemua pasukan lawan dan menjadi juara. Kemenangan perlawanan persahabatan ini telah membuat Tigers mendapat gelaran Kings of Rugby. Namun, ini bukanlah sekadar kemenangan sekali saja.
Untuk tahun 1978, pasukan sekolah telah dipilih oleh Malaysia sebagai wakil untuk Pertandingan Ragbi Antara-sekolah ASEAN di Hatyai, Thailand, dan mendapat tempat ketiga. Kemenangan dan kejayaan selepas itu, membuat Tigers menyandang gelaran seperti Juara Ragbi Perak, Juara Daerah (1979), Juara Piala Taiping (1979), Juara Zon Utara Malaysia (1979), dan Juara Pertandingan Ragbi Antara-sekolah (1979)- tewaskan Royal Military College dengan mata 22-3. Kejayaan Tigers juga dengan menjadi juara Piala Perak (1983-1985, 1987-1989 dan 1996-1998). Semasa pertandingan Piala Diraja Selangor, Tigers berjaya mendapat tempat keempat diperingkat kebangsaan (1987 dan 1998).
Tigers juga menjadi pilihan negeri Perak, apabila 14 pemain sekolah dipilih mewakili negeri dalam tahun 1996 dengan menewaskan pasukan dari Negeri Sembilan dan memberi negeri Perak sebagai juara. Dalam tahun 2000, antara kejayaan Tigers adalah menjadi juara Pertandingan MSSPK, tempat kedua di Pertandingan Perdanan Zon Perak dan menjadi antara pasukan di peringkat separuh akhir di Piala Perdana Kebangsaan.
Antara pesaingan hebat Tigers yang pernah diberikan adalah dari Malay College Kuala Kangsar, Royal Military College, Penang Free School, dan Sultan Abdul Hamid College
[sunting] Lagu Sekolah
King Edward’s will live forever
As long as the Taiping Hills stand
King Edward’s will shine forever
For the glory of this land
In this year of our victory
We are proud of the days of yore
King Edward VII School we hail thee
You’ll be greater than before
King Edward VII School we hail thee
You’ll be greater than before
The Tigers roar loud and full
Magni Nominis Umbra
The motto of our great school
Magni Nominis Umbra
Edwardians old and young tigers
Let’s unite in a song of glee
King Edward VII School forever
In Malaysia of the free
King Edward VII School forever
In Malaysia of the free
[sunting] Pengetua dan Pemangku Sekolah
| Tahun | Nama |
|---|---|
| 1899-1905 | C. Greene (CENTRAL SCHOOL, TAIPING) |
| 1905-1921 | R. F. Stainer (King Edward VII School) |
| 1913 | E. Foster Lee (Pemangku) |
| 1918 | J. A. Roberts (Pemangku) |
| 1921-1922 | J. M. Moade (Pemangku) |
| 1922-1927 | D. W. MC Leod |
| 1927-1928 | C. G. Coleman |
| 1928 - 1929 | J.Bain |
| 1929-1931 | D. R. Swaine |
| 1931-1939 | R. P. S. Walker |
| 1932-1933 | L. R. Wheeler (Pemangku) |
| 1934 | C. W. Bloomfield (Pemangku) |
| 1937 - 1938 | E. T. M. Lias |
| 1938 - 1939 | J. B. Neilson |
| 1939 - 1941 | F. C. Barraclough |
| 1941 | R. M. Young (Pemangku) |
| 1945 | E. A. Moissinac |
| 1946 | C. R. TOlliday |
| 1946 | F. J. A. Rawcliffe |
| 1946-1947 | F. G. Barraclough |
| 1947 - 1949 | J.D Joseph |
| 1949 | J. Young (Pemangku) |
| 1949 - 1950 | W. H. Wallace Little |
| 1950 | G. D. Muir (Pemangku) |
| 1950 - 1952 | D. H. Christie |
| 1952 - 1953 | N. Campbell |
| 1953 - 1956 | A. L. McCorkindale |
| 1956 | J. R. North (Pemangku) |
| 1957 | Yeoh Teng Khoo (Pemangku) |
| 1957 - 1958 | J. E. B. Ambrose |
| 1959 - 1960 | W. V. Hobson |
| 1960 | N. S. R. Bickers (Pemangku) |
| 1960 - 1962 | W. V. Hobson |
| 1962 - 1963 | J. A. McCumisky |
| 1961 | Bion Dury (Pemangku) |
| 1963 - 1985 | Long Heng Hua |
| 1982 | V. Ravinder Singh (Pemangku) |
| 1983 - 1986 | Ismail Sajad B Sajad |
| 1986 - 1991 | Abdul Moein Skymar B Abdul Wahab |
| 1991 - 1992 | Haji Azidin B Mahmud |
| 1992 - 1994 | Haji Samsudin b Abdul Hamid |
| 1994 - 1995 | Salleh B Mohammad Husein |
| 1995 - 2000 | Haji Ibrahim b Jusoh |
| 2000 - 2003 | Haji Serip Mohamad B Gulam Din |
| 2003 - 2004 | Mohd Arif B Ramli |
| 2004 - 2011 | Yahaya B Liman |
| 2011 - sekarang | Tuan Haji Rashib |
[sunting] Tokoh dikenali
- Ling Liong Sik, bekas Presiden Persatuan Cina Malaysia
- Abdul Mutalib B Mohamed Razak, Pengurus Besar Media Prima Berhad
- Wan Mohd Zahid B Mohd Nordin, bekas Pengarah Pendidikan - Am (1 Mac ,1993 - 28 April, 1997)
- Abdul Shukor Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia [2]
- Jins Shamsudin, Pengerusi FINAS
- M. Karathu , Bekas Jurulatih Bolasepak Malaysia
- Tan Sri Dato' Seri Abdul Shukor Abdullah , Pengarah Pendidikan Malaysia Malaysia
[sunting] Rujukan
- ↑ http://www.smke7.net/smkevii/2006/premier/senaraisek.htm Senarai sekolah premier di Perak
- ↑ http://www.smke7.net/smkevii/Aee6050/web/tokoh7.htm , Tokoh Edwardian
[sunting] Pautan luar
- SMKE VII Portal, Laman rasmi SMK King Edward VII Taiping yang baru sejak 2008
- Old Edwardian, Laman forum Old Edwardians Association Malaysia
- Old Edwardians Yahoogroups, Yahoogroups Persatuan murid-murid tua Edwardians