Sekolah Menengah Kebangsaan King George V
| Moto | Veni Vidi Vici Bahasa Melayu: Kudatang, Kulihat, Kutawan |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1923 |
| Dirasmikan | 1928 oleh W.G. Ormsby Gore |
| Jenis | Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Hadi bin Mohd Yusuf |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Abd Rahop bin Zakaria |
| Lokasi | Jalan Za'ba, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia |
| Kemasukan Pelajar | Dikawal oleh kerajaan negeri |
| Laman web | KGV Online |
SMK King George V, Seremban ialah sebuah sekolah harian dan kemasukan pelajar ditapis dan ditentukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Negeri Sembilan mengikut beberapa kriteria yang diperlukan. SMK King George V telah diklasifikasikan sebagai sekolah primer yang mana kaya dengan tradisi dan berlatar belakangkan kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum. Dalam bidang akademik, SMK King George V mempunyai hasrat untuk menjadi 'Terbilang di kalangan cemerlang'. Hasrat ini dipupuk di kalangan pelajar dan tertulis di misi dan visi sekolah.
Sekolah ini dinamakan sempena Raja George V, raja England. Memandangkan 23 April adalah hari St George, St George membunuh naga telah diterima sebagai motif lambang sekolah.[1]
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
SMK KGV pertama kali dilancarkan pada 15 Januari 1923 di dalam sebuah bangunan stesyen keretapi sebagai GES.[2] Pada 7 Oktober 1926, bangunan utama sekolah mula dibina. Pada 23 April 1928, bangunan utama yang terletak di Jalan Hose (kini Jalan Za’aba) telah dirasmikan oleh W.G. Ormsby Gore. SMK KGV pernah dijadikan sebagai hospital pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Bilik yang terletak di sebelah dewan utama sekolah pernah dijadikan bilik penyeksaan oleh askar Jepun.[1]
Logo sekolah [sunting]
Maksud [sunting]
- Warna:
- Biru, putih, dan merah: Warna Union Jack
- Simbol:
- Penunggang: Melambangkan kebaikan mengalahkan kejahatan
- Mahkota: Taat setia kepada raja
- Huruf 'V': Mewakili Raja George V
Sejarah logo [sunting]
Pada awalnya, logo SMK KGV adalah seperti gambar di sebelah:
Terdapat sedikit kotroversi terhadap tanda '+' yang terdapat pada logo tersebut yang dikatakan berunsur keagamaan Kristian. Logo tersebut ditukar menjadi seperti gambar di bawah:
Ia sekali lagi ditukar kerana dianggap terlalu ringkas. Logo seperti dahulu digunakan tetapi lambang '+' ditukar menjadi 'V'. Logo ini digunakan sehingga kini.[3]
Falsafah, moto, misi serta lagu sekolah [sunting]
Moto [sunting]
Veni, Vidi, Vici ("Kudatang, Kulihat, Kutawan")
Falsafah [sunting]
Setiap insan boleh dididik ke arah kecemerlangan.[4]
Misi [sunting]
Melaksanakan pengurusan pendidikan secara profesional dan dinamik demi melahirkan insan yang cemerlang berteraskan Flasafah Pendidikan Kebangsaan ke arah mencapai kejayaan.[4]
Visi [sunting]
SMK King George V sentiasa menjadi institusi yang memperkembangkan potensi insan ke arah kecemerlangan bertaraf dunia.[4]
Lagu Sekolah [sunting]
School Song: WE GEORGIANS FAITHFULLY SHALL SERVE OUR KING AND COUNTRY ON LAND AND SEA WHEREVER GEORGIANS BE WE PROUDLY FLY THE SCHOOL BANNER HIGH OUR SCHOOL BRINGS JOY NO WORDS CAN TELL HOW WE HONOUR THEE UNITED WE ARE TOGETHER OR APART FOREVER CONTRIBUTING IDEAS TO PROGRESS SING OUR SCHOOL SONG BRINGS MEMORY SO SWEET WITH GRATITUDE SO DEEP WE HAIL THEE SING OUR SCHOOL SONG BRINGS MEMORY SO SWEET WITH GRATITUDE SO DEEP WE HAIL THEE WE GEORGIANS FAITHFULLY SHALL SERVE OUR KING AND COUNTRY TILL ETERNITY"
Kurikulum [sunting]
Kelas [sunting]
Terdapat 7 nama kelas di SMKKGV:
- 1 hingga 6A Abu Bakar
- 1 hingga 6A Alauddin
- 1 hingga 6A Iskandar
- 1 hingga 6A Izzudin
- 1 hingga 6A Melewar
- 1 hingga 6A Muzaffar
- 1, 4, 5, 6R dan 6A Hishamuddin
Nama kelas Diyauddin telah dimansuhkan sejak tahun 2002
Nama-nama kelas diambil dari nama-nama Sultan dari Tanah Melayu.
Syarat kemasukan [sunting]
- Tingkatan 1 - Habis Darjah 6 di mana-mana Sekolah Rendah Kebangsaan dengan mencapai 5A dalam UPSR. Pelajar dari SJK(C) dan SJK(T) dengan 7A turut layak. Peluang yang lebih akan diberi kepada pelajar yang mempunyai markah tinggi dalam ko-kurikulum.
- Tingkatan 4 - Minimum 5A dalam PMR termasuk subjek Sains dan Matematik.
- Tingkatan 6 Rendah - Lulus SPM dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk Bahasa Melayu.[5]
Aktiviti ko-kurikulum [sunting]
Sukan [sunting]
Rumah sukan [sunting]
Terdapat 5 rumah sukan di SMKKGV:
- Seng Long - Merah
- Meade - Hijau
- Braddon - Kuning
- Sheikh Ahmad - Biru
- Abdul Malek - Ungu
Pasukan ragbi [sunting]
Pasukan ragbi KGV dinamakan 'Cougar'. Pasukan bawah 18 tahun mendapat tempat ke-2 negeri manakala pasukan bawah 15 tahun mendapat tempat kedua kebangsaan. Ini adalah pencapaian tertinggi pasukan ragbi sekolah.
Kelab dan persatuan [sunting]
Terdapat 23 kelab/persatuan di SMKKGV:
- Kelab Interaksi
- Kelab Alam Sekitar
- Kelab Rekacipta
- Persatuan Bahasa Cina
- Persatuan Bahasa Tamil
- Persatuan Sains dan Matematik
- Persatuan Seni Kreatif
- Persatuan Kemanusiaan
- Badan Ukhwah dan Dakwah Islamiah
- Kelab Penyiaran
- Kelab Fotografi
- Kelab Pencegahan Jenayah
- Persatuan Bahasa Inggeris
- Persatuan Kemahiran Hidup
- Kelab Seni dan Budaya
- Kelab Pencegahan Jenayah
- Persatuan Bahasa Melayu
- Persatuan Tingkatan 6
- Kelab Usahawan Remaja
- Kelab Penyelamat Kelemasan
- Kelab Kaunseling
- Kelab Koperasi
- Kelab Formula 1
Unit beruniform [sunting]
Terdapat 12 unit di KGV:
- Taekwando
- Pengakap (Pengakap 01)
- Persatuan Bulan Sabit Merah
- Pandu Puteri
- Puteri Islam
- Kadet Polis
- Briged Sekolah
- Kadet Remaja Sekolah
- Polis Trafik
- Renjer Puteri
- Kadet Bomba dan Penyelamat
- Silat
Alumni terkenal [sunting]
Berikut merupakan lepasan sekolah SMK King George V yang terkenal.[6]
- Dato' Seri Fong Chan Onn - bekas Menteri Sumber Manusia.
- Suki Low Sook Yee - Juara One in a Million yang pertama.
- Shuhaimi Baba - Pengarah filem terkenal.
- Dato’ Punch Gunalan - Bekas pemain badminton kebangsaan.
- Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohd. Rashdan Haji Baba - Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia yang pertama.
- Abdul Latiff Haji Mohiden (ALMA) - Penyajak dan seniman terkenal.
- Dato' Hamdan Adnan - Pesuruhjaya di Suhakam.
- Hj Zakaria bin Nordin - Wakil rakyat kawasan Ampangan
Lihat juga [sunting]
Rujukan [sunting]
- ↑ 1.0 1.1 (Inggeris) http://www.smkkgv.edu.my/history.html
- ↑ Berita Harian: Pembangunan Seremban tak cemar kehijauan
- ↑ (Inggeris)Badge Core purpose: Badge
- ↑ 4.0 4.1 4.2 (Inggeris) http://www.smkkgv.edu.my/about.html
- ↑ http://www.smkkgv.edu.my/entry.html
- ↑ Key Figures, KGV Online
Pautan luar [sunting]
|
|||||||||||||||||||||||

