Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan
Lokasi
 Malaysia Jalan Dato Mohd Musa, 94300, Kota Samarahan,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto'Berdisiplin, Bertanggungjawab, Berilmu'
Nombor sekolah6082672353
Kod sekolahYEA8102
Pengerusi PIBGEncik Mahmud Bin Pawi
PengetuaTuan Bujang Awang Jamain
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Jimali Anak Sunang
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Thomas Anak Nyayu
Penolong Kanan KokurikulumEncik Maslan Bin Jemat
Faks6082673657


Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan atau nama ringkasnya SMK Kota Samarahan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Dato Mohd Musa.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan memiliki 798 pelajar lelaki dan 724 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1522 orang. Ia mempunyai seramai 101 orang guru.2009


5 Ikhlas 2022/23 was the best.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini terletak di Jalan Dato' Mohd. Musa, Kota Samarahan yang meliputi seluas 36.72 ekar yang dikongsi bersama SK Pendidikan Khas (Cacat Pendengaran). Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina dengan kos sebanyak RM 14,525,783.13 . Skop projek ini merangkumi 1 blok pentadbiran, 24 bilik darjah dan kemudahan lain seperti padang permainan, tapak perhimpunan, kantin, makmal dan sebagainya.

Sekolah ini memulakan sesi persekolahan pada 2 Januari 2002 dengan menumpang di SK Dato' Mohd. Musa.Sekolah ini siap sepenuhnya pada 19 Julai 2002 dan telah diserahkan kepada pihak sekolah pada 31 Julai 2002.Akhirnya,pada 5 Ogos 2002 sekolah ini memulakan sesi persekolahan di bangunan sendiri. Tanggal 20 Februari 2004, YAB Dato' Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi (perdana menteri ke-lima) merasmikan sekolah ini.


Senarai pengetua :

1. Puan Kalsom Binti Othman (1 Januari 2002-31 Jun 2003) 2. Puan Dayang Mastura Binti Hj. Awang Hashim (31 Jun 2003-31 Jun 2006) 3. Puan Hjh. Siti Norbaya Binti Mansor (1 Julai 2006-Februari 2009) 4. Puan Hjh. Juita Binti Hj. Senawi (Mac 2009-Mei 2012) 5. Puan Maimunah Binti Bujang (Jun 2012 hingga kini)

Visi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan pemacu generasi gemilang

Misi[sunting | sunting sumber]

÷Membangunkan modal insan melalui pendidikan bersepadu dan berkualiti selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan


Logo Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pengertian warna

Kuning,lambang kepatuhan dan ketaatan kepada sistem perlembagaan beraja. Merah,Lambang keberanian. Biru,Lambang perpaduan kaum.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan
Jalan Dato Mohd Musa
94300, Kota Samarahan
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082672353
Fax = 6082673657
Laman Web: http://smkks.ml

Pautan luar[sunting | sunting sumber]