Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang
Lokasi
 Malaysia Kubor Panjang, 06760, Alor Star,, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoPengetahuan Tanda Kejayaan
Nombor sekolah6047846076
Kod sekolahKEAA092
Pengerusi PIBGEncik Zubidi Bin Deris
PengetuaHajah Rusni bt Ahmad
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Hajah Rokiah Binti Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Dahlan Bin Ishak
Penolong Kanan KokurikulumPuan Hasnah binti Said
Faks6047847253


Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang atau nama ringkasnya SMK Kubor Panjang, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kubor Panjang. Sekolah ini dibuka pada tahun 1965 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Kubor Panjang. Ketika itu, perintis pendidikan menengah di Pekan Kubor Panjang hanya terdiri dari 165 pelajar dan 7 orang guru lelaki.

Pada tahun 1968, SMK Kubor Panjang terus maju dengan mendirikan 2 blok bangunan iaitu Bangunan Melor dan Bangunan Anggerik. Kini, pada tahun 2013, SMK Kubor Panjang telah mempunyai 9 blok bilik darjah dengan 1 blok tiga tingkat dikhaskan untuk pelajar PraUniversiti, 2 buah surau, 5 buah Makmal Sains, Makmal Komputer dengan 50 buah komputer, 2 buah bilik ERT, Bilik Mesyuarat berhawa dingin yang boleh memuatkan 100 orang pada satu-satu masa,2 bengkel KH, koperasi, dan dewan terbuka. Jumlah pelajar juga telah meningkat ke 1 600 orang pelajar dan 120 orang guru2013

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

SMK Kubor Panjang dikenali di daerah Pendang sebagai sebuah sekolah yang sentiasa mendominasi bidang pengucapan awam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. -Public Speaking, wakil dari SMK Kubor Panjang merupakan johan peringkat PPD Pendang bagi tahun 2010 dan 2012. -Choral Speaking, wakil dari SMK Kubor Panjang merupakan johan PPD Pendang pada tahun 2011 serta mendapat pengiktirafan sebagai konduktor terbaik dan mendapat tempat ke-4 Negeri Kedah. -Pidato, wakil dari SMK Kubor Panjang pada tahun 2008 dan 2012 telah berjaya menjadi johan serta mewakili daerah Pendang ke Pertandingan Pidato Negeri -Bahasa Ala Parlimen, tiada rekod rasmi

Selain itu, SMK Kubor Panjang turut dikenali dalam permainan bola tampar, catur, bola sepak dan kawat kaki - Bola Tampar, SMK Kubor Panjang merupakan naib johan Bawah 18 (L) pada tahun 2012 - tiada rekod rasmi - Catur, pada tahun 2011, 3 pemain catur B 15 (P) dan B 18 (P) SMK Kubor Panjang telah mewakili daerah Pendang ke kejohanan MSSK. Pada tahun 2012 pula, 3 pemain catur B 15 (P) dan 1 pemain catur B 18 (P) juga mewakili daerah Pendang ke MSSK. - Bola Sepak, SMK Kubor Panjang merupakan johan pada tahun 2010 - Kawat Kaki - pasukan Kadet Remaja Sekolah SMK Kubor Panjangdiiktiraf sebagai antara pasukan yang terbaik dari segi semangat berpasukan dan disiplin di negeri Kedah. Kapten KRS SMK Kubor Panjang turut dianugerahkan sebagai Ketua Platun Terbaik.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang
Kubor Panjang
06760, Alor Star
Kedah, Malaysia
Telefon = 6047846076
Fax = 6047847253

Pautan luar[sunting | sunting sumber]