Sekolah Menengah Kebangsaan Kubu Gajah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kubu Gajah
Lokasi
Jalan Taiping, 34130, Selama,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6058391913
Kod sekolahAEA6060
PengetuaEn. Yang Sarkawi Bin Shaharum
Faks6058391913
Laman sesawang


Pengenalan[sunting | sunting sumber]

SMK Kubu Gajah (SEKUGA) merupakan salah sebuah sekolah menengah di daerah Larut Matang dan Selama(LMS). Merupakan sekolah menengah yang mempunyai bilangan pelajar yang paling sedikit di daerah LMS iaitu sekitar 272 orang pada tahun 2014. Pada 2019 hanya 175 orang dengan 10 kelas sahaja.

Dibuka pada tahun 2002 yang ditakbir urus oleh Penolong Kanan Pentadbiran En. Ahmad Azhar Bin Abdullah. Mendapat pengetua pertama Pn. Hjh Roh Hani Bt. Abdul Latif pada tahun berikutnya. Pn. Hjh Roh Hani telah memperkenalkan sekolah tanpa tong sampah dengan menitik beratkan kebersihan sekitar kawasan sekolah disamping kecemerlangan dalam akademik.

SMK Kubu Gajah telah mendapat gelaran SEKUGA oleh pengetua kedua Tn. Hj Badri Bin Nordin. SEKUGA membawa maksud "SETIA, KUAT dan GAGAH" selaras dengan visi dan misi yang ingin dicapai oleh SMK Kubu Gajah. Dibawah kepimpinan Tn. Hj Badri Bin Nordin SEKUGA telah menempa nama dalam bidang akademik terutama dalam peperiksaan awam PMR dan SPM. Kecemerlangan Kokurikulum juga telah ditonjolkan menerusi pengasahan bakat dalam permainan petanque, bola baling dan ping pong di peringkat zon, daerah dan negeri.

Kecemerlangan SEKUGA disambung di  bawah kepimpinan pengetua ketiga En. Mohamad Sharif Bin Sharmin. Permainan Petanque telah menjadi sukan yang diminati oleh guru-guru dan pelajar SEKUGA. Permainan Petanque telah berkembang dengan baik di SEKUGA dengan munculnya jaguh Petanque dikalangan guru-guru dan murid-murid sehingga keperingkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Permainan petanque telah mencapai kemuncak pada tahun 2019 di bawah pengetua Pn. Maznah Abdullah kerana menjadi Johan ANGKASA Peringkat Kebangsaan kategori Koperasi Sekolah Perempuan. Di bawah bimbingan En. Lokman Hakim dan En. Mohd Azlan Johan. Pada tahun 2018 menerusi SUKMA Perak wakil sekolah telah mendapat pingat Emas pertama di daerah kecil Selama. Diperingkat kebangsaan juga guru-guru mewakili MAKSAK Perak telah menjadi Johan Kebangsaan dalam kejohanan Petanque.

Profil Sekolah[sunting | sunting sumber]

MAKLUMAT AM SEKOLAH

Nama Sekolah : SMK Kubu Gajah

Alamat Sekolah : SMK Kubu Gajah, 34130 Selama, Perak

Kod Sekolah : AEA 6060

Gred : B Lokasi : Luar Bandar

Sesi : Pagi

No. Telefon : 05-8391913 No. Faks : 05-8391913

E-mail : aea6060@moe.edu.my

Laman Web : www.sekuga.edu.my

Nama Pejabat Pelajaran Daerah : PPD Larut Matang dan Selama  

Jarak dari sekolah ke PPD : 48 KM

Jarak dari sekolah ke PKG : 8 KM

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEJARAH SEKOLAH

Kawasan SMK Kubu Gajah (SEKUGA) asalnya ialah estet kelapa sawit yang di miliki oleh pihak swasta tetapi telah di ambil alih oleh kerajaan . Mula dibina pada tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada Januari 2002 .


SMK Kubu Gajah mempunyai keluasan sebanyak 6.071 hektar . Sekolah ini merupakan salah satu projek dalam pelan Rancangan Malaysia ke-7.  En. Ahmad Azhar b. Abdullah dari SMK Dato Hj Hussein telah dilantik menjadi Penolong Kanan pada 1 Februari 2002 . Beliau bertanggungjawab untuk menerima dan menempatkan semua peralatan dan kemudahan untuk kegunaan sekolah ini. Pn. Hjh Roh Hani Binti Abdul Latif  merupakan Pengetua pertama yang berkhidmat di SEKUGA mulai awal tahun 2003.  Pengetua silih berganti dan kini SMK Kubu Gajah diterajui oleh pengetua yang ke-9 iaitu En. Yang Sarkawi Bin Shaharum yang merupakan kembar Pakya Senario.


Pembinaan sekolah ini telah diilhamkan oleh YB Dato' Mohd Ali. Mantan ADUN Selama. Sekolah ini juga dilengkapi dengan 10 kuarters guru untuk kemudahan guru-guru di sekitar Selama, Perak.


SMK Kubu Gajah terkenal dengan kebitaraan Petanque sejak pengetua ketiga En. Mohamad Sharif Bin Sharmin. Sukan ini diperkenalkan oleh En. Nor Umara Bin Omar Basah yang bertukar ke sekolah ini dari SMK Redang Panjang. Sejak itu guru-guru dan murid-murid SMK Kubu Gajah bergiat secara aktif dalam sukan petanque. Tahun 2018 merupakan pertama kali dalam sejarah murid sekolah ini mendapat pingat emas dalam SUKMA XIX Perak 2018 menerusi double wanita oleh atlet Athirah Binti Sareh. Kecemerlangan ini diteruskan pada tahun 2019, SMK Kubu Gajah telah mendapat Johan Kebangsaan Kejohanan Petanque ANGKASA Kebangsaan dalam kategori koperasi sekolah perempuan di Arena Petanque Datuk Arfan, RTC Napoh, Kedah. Diperingkat kebangsaan juga guru mewakili MAKSAK Perak telah menjadi Johan Kebangsaan dalam kejohanan Petanque pada tahun 2019.


Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

  1. PN. HJH ROH HANI BT. ABDUL LATIF - 2003 - 2005
  2. TN. HJ. BADRI BIN NORDIN - 2005 - 2009
  3. EN. MOHAMAD SHARIF BIN SHARMIN - 2009 - 2011
  4. TN. HJ HUSNI BIN HJ TUSIN - 2011 - 2013
  5. EN. MOHAMMAD NOOR BIN CHE ALI - 2013 - 2015
  6. TN. HJ AHMAD FAIRUS BIN MD TAHIR - 2015  
  7. TN. HJ. AHMAD MASRI BIN ABDUL RASID - 2016 - 2017
  8. PN MAZNAH BINTI ABDULLAH - 2017 - 2020
  9. EN. YANG SARKAWI BIN SHAHARUM - 2021 - 2022
  10. USTAZ AHMAD BAKHTIER BIN MUSLIM - 2022 - 2023
  11. TN. HJ. MAZLI BIN ABD. MUTALIB - 2023

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

ANTARABANGSA[sunting | sunting sumber]

Petanque : Alumni Mohamad Danial Syazwan Bin Md Noor mewakili Malaysia di kejohanan dunia Bercelona Sepanyol - November 2021

Petanque : Pusingan 4 (Best 32) - Kejohanan Antarabangsa Port Diskson 2017

Petanque : Naib Johan Pusingan 1 - Antarabangsa Port Diskson 2016

Badminton Open Malaysia (Pengadil) 2015 - En. Arawan Bin Azmi

KEBANGSAAN[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Petanque ANGKASA Kebangsaan (Kedah) 2019 - Johan Ketagori Sekolah Perempuan (Athirah, Syafinas, Syafa)

Petanque Double Terbuka Kerian Siri 5 Mei 2019 - Johan (Mohd Azlan Bin Johan)

Petanque MAKSAK Kebangsaann 2019 (Pudu Hulu, KL)- Johan Kebangsaan (Negeri Perak - Mohd Azlan Bin Johan)

Kejohanan Petanque Terbuka Selangor 2019 Bawah 18 tahun - Ketiga

Kejohahan Petanque Terbuka UiTM Kedah 1 Dis 2018 - Johan (Kategori Double) - En. Mohd Azlan Bin Johan

SUKMA XIX Perak 2018 - Pingat Emas Petanque Double Negeri Perak (Athirah Binti Sareh)

Kejohanan Petanque ANGKASA Kebangsaan (Melaka) 2018 - Keempat Negeri Perak (Athirah, Nabila, Shafinas)

Wanita SUKMA XIX Perak 2018 - Pingat Gangsa Petanque Berpasukan Wanita

Pertandingan Robotik Kategori Rookie 2018- Kelima

Johan Bergu Wanita Petanque MSSKPP 2016 Kedah

Bola Baling (Perempuan bawah 18 tahun) Sarawak 2015 - Norazimah Binti Mohd Rizal (4VT)

Naib Johan (Kategori Wanita Veteran) - Pn. Umi Kalsom Binti Ramli - SMK Kubu Gajah

NEGERI

Kejohanan Petanque Triple Tertutup Perak 3 Jan 2021 - Johan (Athirah Binti Sareh)

Pertandingan Robotik Kategori Rookie 2018- Johan (SMK Abu Bakar Al-Bakir)

Petanque Kategori Koperasi Sekolah - Johan ANGKASA Perak 2018

Petanque Kategori Dewasa - Naib Johan Angkasa Triple Lelaki - 2016

En. Anmad Azhar Bin Abdullah

En. Mohd Azlan Bin Johan

En. Adnan Moshi Bin Shuib

Kurikulum[sunting | sunting sumber]

Keputusan SPM 5 Tahun (2016-2020)

2020 - Calon 34 > GPS 4.88 (Kategori SMK terbaik LMS)

2019 - Calon 30 > GPS 5.51

2018 - Calon 32 > GPS 5.51 (Lonjakan Sarjana)

2017 - Calon 49 > GPS 6.40

2016 - Calon 42 > GPS 6.04

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Kubu Gajah
Jalan Taiping
34130, Selama
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6058391913
Fax = 6058391913

Pautan luar[sunting | sunting sumber]