Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim
| Moto | Sentiasa Maju |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1961 |
| Dirasmikan | 1966 |
| Jenis | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
| Pengetua | Tuan Haji Asri Bin Abdul Hamid |
| Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik | En Rohaimi Ismail |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Haslelawati bt Rahim |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Ruzita Abd Rahman |
| Kod sekolah | KEA5024 |
| Lokasi | |
| Nama singkatan | SMK Kulim |
| Laman web | Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim |
| Telefon | 044892676 |
| Faks | 044893480 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim atau nama ringkasnya SMKKulim, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Lunas.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim memiliki 457 pelajar lelaki dan 518 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 975 orang. SMKKulim mempunyai seramai 86 orang guru.2009
Isi kandungan |
[sunting] Logo
- Direka cipta pada tahun 1996.
- Diilhamkan oleh pengetua sekolah yang pertama iaitu En Ahmad Hasmuni b. Haji Hussein.
- Berlandaskan Motto sentiasa maju seiring lagu sekolah.
[sunting] Makna Logo
- Tangan - Lambang bersatu pelajar pelajar.
- Obor - Lambang kecemerlangan pelajar pelajar dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum.
- Kepala Harimau - Simbol keberanian dalam menempuh cabaran yang dihadapi bagi mencapai kesempurnaan hidup.
- Warna Kelabu - Lambang perpaduan pelajar yang terdiri daripada pelbagai bilang kaum.
- Warna Kuning - Lambang ketaatan kepada Tuhan, Raja, dan Negara.
- Warna Merah - Lambang kemegahan putera puteri sekolah dalam menyumbang bakti dalam pembangunan dan kecemerlangan sekolah.
- Motto - Sentiasa Maju, iaitu sentiasa maju dalam semua bidang yang diceburi bagi mencapai misi dan visi sekolah.
- Bentuk Keseluruhan - Melambangkan kecemerlangan dan kegemilangan yang menjadi cita cita murni semua warga sekolah.
[sunting] Bendera
- Merah - Keberanian dalam mencuba sesuatu
- Kuning - Ketaatan kepada sekolah
- Putih - Kesucian dari segi rohani
[sunting] Galeri Pengetua
- Encik Ahmad Hasmuni B Haji Hussein-1966-1967
- Datuk Hashim B Mydin-1967-1969
- Encik Mamood B Haji Ismail-1969-1971
- Tuan Haji Hashim B Khamis-1972-1986
- Tuan Haji Md Yusoff B Othman-1986-1995
- Tuan Haji Ahmad B Husain-1995-1998
- Puan Hajjah Faridah BT Mohd Noor-1998-2003
- Puan Hajjah Murizah BT Jamaluddin-2003-2008
- Puan Zaharah BT Ishak-2008-2011
- Tuan Haji Asri Bin Abdul Hamid-2011-sekarang
[sunting] Lagu Sekolah
Kami Putera Puteri sekolah ini
Bangun melengkapkan diri
Menyising lengan memerah otak
Kedepan sederap bergerak
Bersaingan menuntut pelajaran
Dalam persatuan dalam sukan
Dengan semangat kental di jiwa
Kami tetap maju jaya
Kuning kelabu serta merah
Bendera sekolah berkibar megah
Motto di dada SENTIASA MAJU
Segala ilmu kami buru
Dengan segala jiwa raga
Bimbingan guru ayah bonda
Maju jangan bertangguh lagi
Hidup bererti hidup berbakti…
[sunting] Falsafah
- Semua pelajar boleh dididik dan terdidik melalui pemupukan budaya mulia
[sunting] Visi
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim menjadi antara sepuluh sekolah menengah yang terunggul di negeri Kedah menjelang tahun 2010
[sunting] Misi
SMK Kulim berazam dan beriltizam untuk:
- Memimpin mengurus dan mentadbir sekolah dengan berkesan, cekap, dan cemerlang
- Melahirkan pelajar yang berpotensi tinggi dan berdaya saing dalam bidang kokurikulum
- Melahirkan pelajar yang bersahsiah mulia dan bersifat terpuji
- Mewujudkan prasarana yang selamat, kondusif, dan cekap
- Menjalinkan hubungan yang baik dan mesra di antara pihak sekolah dengan komuniti
[sunting] Cogan Kata / Motto
SENTIASA MAJU
[sunting] Code Of Conduct
We, the students of SMKKulim, hereby agree to abide by this Code Of Conduct:
- I will be clean and neat
- I will be deligent and responsible
- I will be honest
- I will be caring
- I will respect and be tolerent of others
So that, I will be a true Insan
[sunting] Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim
- Jalan Lunas
- 09000, Kulim
- Kedah, Malaysia
- Telefon = 6044892676
- Fax = 6044893460
[sunting] Rujukan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim
- MAJALAH MAJU KELUARAN EDISI TAHUN 2010
