Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di bandar Kota Tinggi, Johor. Sekolah ini merupakan sekolah yang tertua di bandar ini.Dirasmikan pada tahun 1952,usia sekolah ini telah mencecah usia 70 tahun. Selama 7 dekat seramai lebih dari 10 orang pengetua telah berkhidmat di sekolah ini. Pelbagai kejayaan dan pencapaian membanggakan diperoleh semenjak sekolah ini pertama kali dibuka hingga kini di samping peristiwa dan kenangan yang tidak dapat dilupakan berlaku tanpa diduga.

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Laksamana ini mula dibuka pada 10 Februari 1952 dengan nama Government English School atas daya usaha beberapa orang, antaranya ialah Tuan Syed Abu Bakar bin Abdullah, Allahyarham Dato' Haji Ismail Saadon, Encik Tan Bak Khiang, dan Encik Kelu Ramu. Sekolah ini pada asalnya hanya menyediakan pendidikan di peringkat sekolah rendah. Pada ketika itu, bilangan gurunya hanyalah 6 orang sahaja termasuk Guru Besar dan pelajarnya hanya berjumlah 20 orang. Pelajar-pelajar tersebut ditempatkan di dalam 2 buah bilik darjah sahaja.


Sejajar dengan kepentingan dan anjakan paradigma arena pendidikan negara, "Laksamana" mengalami perubahan sedikit demi sedikit. Pada tahun 1954, bilangan kelas bertambah kepada 6 buah. Pelajaran sekolah menengah mula diperkenalkan pada tahun 1955 dengan bilangan pelajar seramai 29 orang. Pada tahun 1957, nama Government English School ditukar kepada Laksamana School, Kota Tinggi. Nama "Laksamana" ini diambil bersempena nama Laksamana Bentan yang amat terkenal dengan sejarahnya bukan sahaja di daerah ini dan negeri Johor bahkan di seluruh Malaysia dengan penghasilan filem hitam putih yang bertajuk "Sultan Mahmud Mangkat Dijulang" yang diterbitkan pada tahun 1959.


Peperiksaan Lower Certificate Education (L.C.E) yang pertama diadakan di sekolah ini ialah pada tahun 1957. Pada tahun 1958, pentadbiran sekolah rendah diasingkan daripada sekolah menengah. Pada tahun 1959, buat pertama kalinya pelajar sekolah ini mengambil Peperiksaan Overseas Certificate dan Federation of Malaya Certificate. Pada tahun 1978,perubahan besar berlaku kepada sekolah ini iaitu bangunan sekolah rendah dan sekolah menengah diasingkan. Sekolah rendah berpindah ke bangunan di Jalan Kota Kechil dan dikenali sebagai Sekolah Rendah Laksamana manakala sekolah menengah dikekalkan di kawasan lama seperti yang ada kini (Jalan Bukit Sri Lalang).Pada tahun itu juga,Laksamana telah merayakan sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun penubuhannya.


Mulai Januari 1983, sekolah ini dinaikkan taraf gred yang sebelum ini merupakan sekolah gred B dan C. Kini, sekolah ini semakin berkembang selaras dengan perkembangan pendidikan dan pertukaran tampuk pentadbiran.Semasa di bawah pentadbiran Encik Anthony Lim, perubahan yang pesat telah berlaku. Antaranya ialah bilik guru berhawa dingin, 3 bilik sumber untuk pembelajaran dan perpustakaan berhawa dingin yang dilengkapi dengan pelbagai sumber rujukan.


Pada tahun 2002, pembinaan 2 blok bangunan 4 tingkat telah mengubah hampir sebahagian besar landskap sekolah.Projek yang telah siap sepenuhnya pada tahun 2004 ini memuatkan makmal Fizik, Biologi dan Kimia, makmal komputer, bengkel Kemahiran Hidup, kelas tingkatan 6 Sains, bilik mesyuarat dan pejabat pentadbiran. Pada akhir tahun 2008, sebuah lagi projek naik taraf bangunan sekolah telah dirancang dan mengambil masa selama setahun lebih untuk siap sepenuhnya. Pada tahun 2010, 2 blok bangunan 4 tingkat telah siap bagi menggantikan 2 blok lama yang telah sedia ada sejak sekian lama. Blok ini menempatkan semua kelas tingkatan 1, 2 dan 3, makmal Sains,bengkel Kemahiran Hidup dan Dewan Terbuka.


Keputusan peperiksaan PMR dan SPM bertambah baik dari tahun ke tahun sama juga bagi STPM. Berkat pentadbiran yang efektif dan kecekalan setiap warga, Laksamana pernah dinobatkan sebagai 'Sekolah Harapan Negara' pada tahun 1991.Dalam lapangan sukan dan ko-kurikulum, ‘The Laksamanian’ terus menunjukkan kejaguhan dalam menguasai pentas pertandingan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun rantau ASEAN. Laksamana telah muncul Johan keseluruhan MSSD Kota Tinggi sebanyak enam belas kali menjelang 2010. Hasilnya,lahir bakat-bakat baru yang terus menambah rencah dalam arena sukan tanahair. Ternyata, Laksamana bukan sahaja gemilang dalam akademik malah terbilang dalam lapangan-lapangan lain.

Pemandangan[sunting | sunting sumber]

Fail:Smkl panorama.jpg
Bahagian hadapan SMK Laksamana



Senarai Pengetua SMK Laksamana[sunting | sunting sumber]

1952 hingga sekarang[sunting | sunting sumber]

Image Name
A. C. Mukherji
Khor Beng Hoe
Tan Beng Soon
N. S. Menon
Haji Ali bin Jabar
Anthony Lim Peng Hwa
Ong Tiaw Chin
Koh Wee Huat
Haji Mahjom bin Haji Sarwen
Senevahsan Naidu
Md Din bin Hussein
Mustaffa bin Sani

Logo Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sejarah dan Makna[sunting | sunting sumber]

Logo sekolah ini mula muncul pada tahun 1959, sebuah idea yang dilahirkan oleh sekumpulan pelajar dan guru. Rekaan yang mudah serta dilitupi dengan warna biru dan kuning menjadi pilihan. Ciri yang paling menonjol pada logo ini ialah sebilah keris yang melambangkan keagungan dan kegagahan Laksamana Bentan. Sekolah ini dinamakan sempena nama beliau yang telah menunjukkan kepahlawanan yang tulen, tidak pernah gentar menjunjung pegangannya tanpa menjejaskan kesetiaannya pada negara walau apa pun yang akan terjadi. Dua tangkai padi menunjukkan peranannya yang besar dalam kehidupan seharian kita iaitu sebagai makanan asasi kita. Akhir sekali, frasa Inggeris, “Conscience,Duty,Loyalty”(logo awal) yang merupakan moto sekolah ini menyeru dalam menjaga kesedaran sentiasa, tidak memandang remeh dalam menjalankan tugas masing-masing kepada sekolah dan menjadi pelajar yang setia kepada sekolah ini.

Pada tahun 1980, moto sekolah telah diubah kepada Bahasa Melayu, sejajar dengan dasar pendidikan yang baru. Moto “Berusaha dan Berbakti” yang terdapat pada logo jelas menyeru warga Laksamana dengan penuh kesedaran agar tidak lalai dalam melaksanakan tanggungjawab kepada sekolah dan menjadi murid sekolah yang taat setia. Beberapa tahun kemudian, iaitu pada 1987, di bawah pentadbiran dinamik oleh pengetua baru pada masa itu, Encik Anthony Lim, rekaan yang sedia ada telah diubah menjadi lebih terperinci dan artistik. Nama sekolah, “Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana” ditulis dengan tulisan tebal dan rekaan asal keris dan dua tangkai padi masih lagi dikekalkan.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lirik[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Laksamana,
Mendidik Kami Sentiasa,
Kami Semua Akan Berjanji,
Menaburkan Budi dan Berbakti.

Kami Semua Bersatu Padu,
Berikrar dan Berjanji Setia,
Akan Taat dan Akan Berjasa,
Pada Bangsa dan Negara Kita.

Laksamana di Kota Tinggi,
Kami Putera Puteri Berjanji,
Berusaha dan Juga Berbakti,
Itulah Cogan Kami di Sini.

Guru Berjasa Mendidik Kami,
Membina Malaysia Yang Tercinta,
Tidak Gentar Segala Rintangan,
Walaupun Jiwa Akan Terkorban.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]