Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar
Lokasi
 Malaysia Jalan Tanjung Inggeris, 06500, Langgar,, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6047876390
Kod sekolahKEA2095
Faks6047876390

Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar atau nama ringkasnya SMK Langgar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Tanjung Inggeris.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar memiliki 400 pelajar lelaki dan 335 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 735 orang. Ia mempunyai seramai 49 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar ditubuhkan pada 1 Januari 1985. Nama sekolah ini dipilih bersempena dengan nama Mukim Langgar. Sekolah ini tidak mempunyai bangunan sendiri pada awal penubuhannya, dan terpaksa menumpang di sebuah bangunan lama milik Sekolah Kebangsaan Langgar yang terdiri daripada 8 buah bilik darjah, sebuah bilik pentadbiran dan sebuah makmal sains. Pelajar pada ketika itu berjumlah 202 orang yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. Bilangan kakitangan pula terdiri daripada 15 orang guru, seorang Pengetua, seorang Guru Penolong Kanan dan seorang Pembantu Tadbir.

SMKL berpindah ke bangunan sendiri pada 22 Jun 1986 di alamat Lot 319, Kampung Tanjung Inggeris, Mukim Langgar, Alor Setar, Kedah yang meliputi kawasan seluas 19e.1r.16p. Jarak sekolah  hanya 11 km dari  bandar Alor Setar.  Pada awalnya, sekolah ini hanya menyediakan kelas bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 3 sahaja. Pada tahun 1988, kelas Tingkatan 4 dibuka dan seterusnya  pada tahun 1989 sekolah ini telah membuka kelas Tingkatan 5. Pencapaian keputusan peperiksaan SPM buat kali pertama amat memberangsangkan dan mendapat surat pujian daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

SMKL kini telah berusia 30 tahun. Kebanyakan pelajar terdiri daripada anak-anak tempatan yang tinggal di sekitar Mukim Langgar. Pendidikan, pembangunan prasarana dan pengisian ilmu terus berlaku setiap detik di sini. Dalam usia ini, SMKL akan meneruskan perjuangan mengorak langkah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan yang melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum disamping memiliki sahsiah yang terpuji.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar
Jalan Tanjung Inggeris
06500, Langgar
Kedah, Malaysia
Telefon = 6047876390
Fax = 6047876390

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • www.albumsmklanggar.blogspot.com