Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong
Lokasi
 Malaysia Merang, Permaisuri, Malaysia, Setiu, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Elit, Sekolah Berprestasi Tinggi
MotoCemerlang Gemilang Terbilang
Nombor sekolah6096531315
Kod sekolahTEA6086[1]
Faks6096532206


Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong atau nama ringkasnya LeBEST (Lembah Bidong Elite School Terengganu), merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Setiu, Terengganu Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2005.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong memiliki 350 pelajar lelaki dan 394 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 744 orang. Ia mempunyai seramai 56 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Lembah Bidong (LeBEST) merupakan sebuah sekolah yang dipilih khas untuk menjadi model persekolahan satu sesi kepada sekolah-sekolah di Negeri Terengganu. Kerajaan Negeri Terengganu menjadikan sekolah ini sebagai sekolah Elit negeri yang berkonsepkan asrama penuh. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah harian berasrama dibawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Terengganu dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelancaran Sekolah Elit ini dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar Terengganu sendiri sempena pelancaran sekolah elit dan premier di Terengganu pada 2 Januari 2005. Manakala perasmian sekolah pula dilakukan oleh DYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 24 Julai 2005 serta dihadiri oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia Dato' Sei Hisyamuddin Tun Hussein.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

sekolah ini telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT) pada tahun 2011

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong
Setiu , Terengganu, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096531315
Fax = 6096532206

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]