Sekolah Menengah Kebangsaan Machang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Machang
Lokasi
Jalan Kota Bharu, Kweng Hitam., 18500, Machang,, [Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoPengetahuan Suluh Kehidupan
Nombor sekolah6099751235
Kod sekolahDEA2189
Pengerusi PIBGDatuk Hj. Ismail b Hj. Mamat
PengetuaTn Hj. Haris b Muhamad
GPK Pentadbiran dan AkademikTn Hj Mohd Adnan bin Mat Yazid
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTn Hj Azman bin Ahmad
Penolong Kanan KokurikulumPn Hjh Nora'ini binti Ab Ghani
Faks6099751235
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Machang atau nama ringkasnya SMK Machang, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kota Bharu, Kweng Hitam..

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Machang memiliki 986 pelajar lelaki dan 1056 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2042 orang. Ia mempunyai seramai 156 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Machang pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Machang dan telah memulakan sesi pertama persekolahan pada 1 Januari 1965. Pada masa itu, SMK Machang menumpang di bangunan Sekolah Menengah Hamzah Machang. Kumpulan pelajar pertama seramai 136 orang dan ditempatkan di dalam empat buah tingkatan satu.

Pada awal penggal ketiga 1966, SMK Machang telah berpindah ke bangunan yang ada sekarang. SMK Machang mempunyai keluasan tapak 10 ekar dan terletak di Batu 25, Jalan Kota Baharu-Kuala Krai. SMK Machang telah dibuka dengan rasminya pada 3 Julai 1967 oleh Yang Berhormat Encik Khir bin Johari, Menteri Pelajaran Malaysia. Pada ketika itu SMK Machang mempunyai dua blok bangunan yang ada lapan bilik darjah, dua makmal Sains Rumah Tangga dan dua bilik Seni Perusahaan.

Pada tahun 1970, SMK Machang telah mendapat satu blok bangunan tambahan yang mempunyai sepuluh bilik darjah, satu pejabat, satu bilik guru, satu perpustakaan dan dua makmal sains.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Machang
Jalan Kota Bharu, Kweng Hitam.
18500, Machang
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6099751235
Fax = 6099751235

Pautan luar[sunting | sunting sumber]