Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam
Lokasi
 Malaysia Kg Mak Lagam, Kemaman, Malaysia, Kemaman, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6098599041
Kod sekolahTEA2032[1]
Faks6098599040


Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam atau nama ringkasnya SMK Mak Lagam, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Kg Mak Lagam, Kemaman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam memiliki 279 pelajar lelaki dan 334 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 613 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam terletak 7 kilometer dari pusat bandar Chukai. Mula dibina pada 2001. siap sepenuhnya pada 21 Oktober 2001.Sekolah yang dibina di atas keluasan tapak 16 ekar berkonsepkan sekolah bestari.

Sekolah yang mula dibuka pada 1 Januari 2004 ini diterajui oleh Pn. Nong Shamsiah bt. Mukhtar Affandi selaku Pengetua disamping 22 orang guru dan 4 staf sokongan. Dengan bermulanya pendaftaran pelajar pada 28 Februari 2004 satu catatan sejarah baru telah bermula di SMK Mak Lagam.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Mendapat tempat ke-2 keputusan PMR 2011 peringkat negeri Terengganu

Mendapat kejayaan yang paling bernilai di peringkat kebangsaan apabila keputusan PMR 2009 berjaya menduduki tempat ke-2 dalam kategori Sekolah Harian Biasa

Pada tahun 2014, seramai 11 orang daripada 88 calon SPM telah mendapat semua A dan sekaligus mendapat tempat pertama keputusan SPM 2014 peringkat daerah Kemaman.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam
Kg Mak Lagam, Kemaman, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098599041
Fax = 6098599040

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]