Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell

Lencana SMK Maxwell

Pengasas Kerajaan British Malaya
Telefon 340412895
Alamat  Malaysia Jalan Tun Ismail, Maxwell Road Kuala Lumpur
Faksimili 340446057
Pengelasan Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan, Sekolah Lelaki, Pelajar Perempuan Hanya Untuk Tingkatan 6
Moto Disco Ut Serviam - (Latin)= Kami Belajar Untuk Berbakti
Tingkatan Tingkatan 1 - Tingkatan 6 Atas
Slogan Maxwell Hebat!!!
Kod Sekolah WEB0218
Pengetua Puan Radiah Binti Nordin K.M.W
Penolong Kanan Akademik Puan Norwani Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar En. Zainudin
Penolong Kanan Kokurikulum En. Silvaratnam
Penolong Kanan Pra-Universiti En. Roshidi
Tahun dirasmikan 1912 (banggunan sekolah dibina), 1924 (Sekolah Maxwell Mula Beroperasi)
Lagu Sekolah Disco Ut Serviam
Majalah Sekolah The Maxwellian, The Burning Tiger (OMAX), Sixth Form Council Newsletter
Lembaga-Lembaga Sekolah Lembaga Pengawas Sekolah, Lembaga Perpustakawan Sekolah, Lembaga Koperasi, Unit Bimbingan Dan Kaunselling, Majlis Tingkatan Enam,Lembaga Ketua Dan Penolong Ketua Kelas
Sekolah Berdekatan SMK St.John KL, SMK Victoria KL, SMK (L) Methodist KL, SMK Convent Sentul, SMK La Salle Sentul SMK (L) Methodist Sentul, SMK sentul Utama , SMK Bandar Baru Sentul,SMK (P) Jalan Ipoh, Sekolah Persendirian Wesley Methodist,Sekolah Persendirian Chong Hwa

Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Tun Ismail maxwell Road), Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell (juga disebut sebagai SMK Maxwell ataupun Maxwell School) merupakan sebuah sekolah menengah lelaki yang hanya memiliki pelajar perempuan pada peringkat Tingkatan Enam dan merupakan di antara sekolah yang tertua di wilayah utara Kuala Lumpur dan juga di antara yang tertua di Malaysia. Pelajar sekolah ini dikenali sebagai Maxwellian. Sekolah Maxwell terkenal dengan pencapaian yang cemerlang dalam Akedemik dan Sukan bagi peringkat sekolah menengah. Sekolah Menengah Maxwell sejak dahulu lagi terkenal dengan kelas persediaan universitinya (Tingkatan Enam) dan merupakan di antara sekolah yang terbaik pencapaiannya dalam keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan merupakan sekolah yang terkenal dengan pendidikan Tingkatan Enam.

Isi kandungan

Sejarah Sekolah [sunting]

Ditubuhkan pada 1917 di hadapan jalan bersempena nama seorang British bernama Sir William George Maxwell. pada 1 Jun 1922, Sekolah Maxwell dibuka pintunya kepada 110 pelajar oleh lima orang tenaga pengajar.Pada zaman pra-peperangannya, Baggunan sekolah ini berfungsi sebagai sekolah permulaan (Sekolah Rendah) kepada Sekolah Menengah Victoria ( Victoria Institution). Pada 1933, Sekolah ini terpaksa ditutup buat seketika tapi digunakan oleh pihak swasta untuk sekolah swasta yang beroperasi dari tahun 1934 hingga 1938. sekolah swasta tersebut dinamakan sebagai Sekolah Pertukangan (Trade School). Semasa kependudukan Jepun, Banggunan Sekolah ini telah digunakan oleh Tentera Kempeitai Jepun. Selepas perang, Banggunan sekolah digunakan sebagai Asrama untuk sebuah Kolej Teknikal baru hingga tahun 1953, selepas itu, Sekolah ini dibuka semuala sebagai sebuah sekolah menengah moden yang pertama di Malaya. Pada hari ini, Sekolah Maxwell masih lagi berdiri megah dengan banggunan asal yang telah dibina sejak dahulu lagi.

Pengetua-pengetua Sekolah Maxwell yang terdahulu [sunting]

1917 - 1918 Fasa Peperangan
1919 - 1922 Fasa Penubuhan
1922 - 1925 Montague B. Brockwell
1925 - 1928 C. N. Beamish
Aug 1928 Harold Ball
1928 - 1930 Agnes R. Cooke
1930 - 1930 M. Wheatley
1930 - 1933 C. W. Bloomfield
1933 - 1938 R. Thampipillay
1939 - 1941 Ditutup
1941 - 1945 Fasa Peperangan
1946 - 1953 Ditutup
1953 - 1954 William C. Cleine
1954 - 1956 Donald Priestley
1956 - 1957 Paul Chang
1957 - 1957 Razak Khan
1957 - 1961 Ong Choon Ghee
1961 - 1961 A. E. Navarasingam
1961 - 1968 Wong Ah Fatt
1968 - 1979 P. Nadarajah
1979 - 1988 Victor Wong
1988 - 1990 Abdul Razak Mohammed
1990 - 1999 Ismail Sajad
1999 - 2001 Han Seng Kuang
2001 - 2006 Loy Liang Dee
2006 - 2006 Azmah Bt. Rajion
2006 - 2007 Datin Khairiah Abd Majid
2007 - 2010 Datin Zainab Bee Bte. Ismail
2011 Radiah Binti Nordin

Pengetua berbangsa Eropah [sunting]

1922 - 1923 Annie Grenier
1923 - 1924 J. H. Dennett
1924 - 1926 Edith L. Earnshaw
1926 - 1927 D. A. Peck
1927 - 1928 Helen D. Leith
1928 - 1929 Agnes R. Cooke
1929 - 1933 Nellie F. Careless

Banggunan Sekolah [sunting]

Sekolah ini mempunyai dua buah banggunan pada permulaannya,iaitu blok A dan Blok B atau blok Gymnasium yang ditukar kepada perpustakaan sekarang. Senibina kedua-dua banggunan ini bersenibinakan era Kolonial yang hampir serupa senibinanya dengan banggunan Stesyen Keretapi Malaya dan banggunan Sultan Abdul Samad yang kedua-duanya bersenibinakan gaya Moorish. Pada mulanya Sekolah Maxwell mempunyai banggunan dua tingkat biasa yang selepas itu diubahsuai kepada bangunan konkrit dengan koridor berkubah-kubah yang pada masa itu amat lazim dibina pada sekolah kolonial. Terdapat Veranda pada kedua-dua sisi banggunan(Blok A), bersiling tinggi dan mempunyai tangga besar dan lebar yang juga bersenibinakan kolonial. Sekolah Maxwell merupakan diantara sejumlah sekolah yang tidak pernah berpindah kedudukannya dan masih berdiri teguh di tapak asal sejak azalinya lagi. Walaupun Kementerian Pendidikan telahpun membina beberapa buah banggunan moden seperti kebanyakan sekolah sekarang, Bentuk huruf "H" yang dapat dilihat dari pandangan udara merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan sekolah dan juga satu feature menarik bagi bandar Kuala Lumpur dan sekaligus mengekalkan kemegahan nama Maxwell untuk bangsa dan negara.

Blok A [sunting]

Blok ini merupakan nadi utama Sekolah Maxwell, Blok ini menempatkan dewan utama, kelas tingkatan 6 dan surau pada aras bawah dan bilik guru, pejabat sekolah, dan pusat akses pada aras atas.

Blok B [sunting]

Blok satu tingkat ini menempatkan koperasi SMK Maxwell berhad, bilik gerakan, dewan 7 dekad,Stor SPBT, bilik sukan dan tandas pekerja.

Blok C [sunting]

Blok 4 tingkat ini menempatkan, makmal sains (Biologi, Kimia, Fizik dan Sains), bilik moral, kantin, kelas tingkatan 1,2,3,4 dan 5.

Blok D,E [sunting]

Blok ini telah dirobohkan pada tahun 2009 untuk dibina bangguan 6 Tingkat. Blok ini adalah untuk menempatkan pelajar Tingaktan 6 kerana mereka mempunyai masa pembelajaran yang berbeza berbanding pelajar yang lain. Blok ini dilengkapkan dengan lif untuk guru-guru, bilik media, bilik akses dan perpustakaan yang dilenkapkan dengan kemuduhan hawa dingin. Blok baru ini mula digunakan pada tahun 2012.

Blok F [sunting]

Blok dua tingkat yang menempatkan bengkel kerja kayu, bilik pengurusan diri, perpaipan,makmal komputer(pelajar) dan bilik seni.

Lagu Sekolah [sunting]

Lagu sekolah yang pertama berjudul Disco Ut Serviam, dikarang pada tahun 1954 oleh Puan A.V. Priestly, isteri kepada pengetua masa itu Tuan Donald Priestly. Lagu ini dinyanyikan bermula dari tahun 1954 hingga 1981.

Service, not wealth or fame,
From this our schools’ high aim,
May we ne’er swerve,
New boy and senior,
Prefect and monitor,
Eyes on the future, for learning we serve,
And when in after years, we test in large spheres,
Hand, brain and nerve,
And fierce machinery,
Commerce and industry,
Science or policy,
In all, we serve,
So all our whole life through,
The law which here we knew,
We shall preserve,
Heedless of selfish gain,
May we with strength maintain,
This, as our life’s refrain,
Learning, we serve.


Pada pertengahan tahun 1980an yang pada masa itu Tuan Victor Wong sebagai pengetua, Tuan Leonard Wong diminta untuk mengarang lagu sekolah baru. Lirik untuk lagu baru telah ditulis oleh Puan Soriah Abdullah dan Puan G.Balakrishnan, musik dikomposerkan oleh Tuan Leonard Wong sendiri.

Mara serentak, tuju kemasyhuran,
Cabari dunia, capai kejayaan,
Sumbangan bakti, mengharumkan Maxwell,
Megah dan agung nama Maxwell.

Tetap cekal, tempuhi rintangan,
Buru cita penuh jiwa raga,
Kegigihan satu amalan,
Ikrar kita demi tujuan mulia.

Mara serentak, tuju kemasyhuran,
Cabari dunia, capai kejayaan,
Sumbangan bakti, mengharumkan Maxwell,
Megah dan agung nama Maxwell.

Kehidupan Pelajar Maxwell [sunting]

Apa yang menjadikan Sekolah Maxwell sebagai sebuah institusi pendidikan yang unik ialah pengalaman yang diperolehi oleh pelajar dari luar bilik darjah. Maxwellian menggelar diri mereka sebangai pelajar yang bersasiah tinggi di dalam sekolah mahupun luar sekolah.Antara peraturan yang tidak dilisankan ialah setiap pelajar baru mesti menganggotai sekurang-kuarangnya satu badan beruniform, Kelab dan Persatuan dan Sukan dan Permainan. Sekolah Maxwell mempunyai pelbagai jenis Kelab, Badan Beruniform dan Sukan yang memenuhi setiap citarasa Maxwellian disamping mempunyai fasiliti sukan yang lengkap.

Semangat Persaingan Dan Persahabatan Maxwell [sunting]

Seperti sekolah lama yang lain, Sekolah Maxwell mempunyai persaingan dan persahabatan yang adil. Sekolah Menengah Saint John merupakan pesaing dan sahabat tradisi Sekolah Maxwell. Persaingan dan persahabatan ini jelas ditonjolkan ketika Pelajar Maxwell mengunjungi Saint John's dan sebaliknya. Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak dan Sekolah Laki- Laki Methodist Sentul juga pesaing dan sahabat tradisi sekolah Maxwell bermula pertengahan tahun 1950an.

Tradisi Sekolah Maxwell [sunting]

Ianya adalah normal untuk sesebuah sekolah yang tua seperti Maxwell untuk mempunyai tradisi yang tersendiri yang masih selamat dari perubahan masa. pada masa semua tradisi-tradisi ini lenyap pada kebanyakkan sekolah kolonial lain, Sekolah Maxwell masih lagi memelihara beberapa tradisi sekolah. Tradisi pertama merupakan penyerahan lencana ketua pelajar kepada ketua pelajar yang baru pada setiap tahun. Tradisi kedua ialah kesemua uniform pengawas sekolah mesti dijahit sendiri oleh tukang jahit sekolah dan tidak boleh dibeli terus dari kedai baju.Tradisi ketiga ialah, Persatuan Bekas Pelajar Maxwell ( Maxwell School OldBoys Association)mesti menjemput ketua pelajar menghadiri jamuan makan malam untuk persatuan itu.Pada hari rabu pula, pelajar Maxwell harus berpakaian unit beruniform lengkap.

Alamat [sunting]

Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell
Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur
Telefon = 340412895
Fax = 340446057

Pautan luar [sunting]