Sekolah Menengah Kebangsaan Meru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Meru
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah BEB0110
Lokasi Batu 7, Pekan MeruKLANG, Selangor,  Malaysia
Telefon 333921035
Faks 333926735


Sekolah Menengah Kebangsaan Meru atau nama ringkasnya SMK Meru, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Batu 7, Pekan Meru.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Meru memiliki 1940 pelajar lelaki dan 1696 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 3636 orang. Ia mempunyai seramai 178 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Ogos 1985, sekolah ini telah dirasmikan dengan nama Sekolah Menengah Meru, Klang, Selangor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Bujang Bin Ulis, yang merupakan Timbalan Menteri Pelajaran pada ketika itu. Masyarakat setempat bersyukur dan berbangga kerana akhirnya wujud sebuah sekolah menengah yang baharu di kawasan Meru ini. Penduduk setempat berharap agar institusi ilmu ini mampu meneruskan kesinambungan kecemerlangan akademik anak-anak tempatan. Impian penduduk tempatan untuk menikmati kemudahan pendidikan di kawasan ini telah direalisasikan melalui Rancangan Malaysia Ke-4. Sekolah Menengah Meru dibina dalam Rancangan Malaysia ke-3 pada tahun 1979 di kawasaan seluas 18 ekar. Sekolah Menengah Meru memulakan sessi persekolahan pada tahun 1982. Sekolah ini hanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah yang hanya mempunyai 12 bilik darjah untuk pelajar tingkatan 1 dan 3 dengan menmpung seramai 674 orang. Kini bilangan kelas terus bertambah kepada 144 buah  bilik darjah yang meliputi pelajar Model Khas-iaitu program yang menempatkan murid-murid sekolah rendah (tahap 2) di sekolah menengah (yang dikenali sebagai Projek Baling), Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dan Kelas Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Meru memiliki 1940 pelajar lelaki dan 1696 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 3636 orang. Ia mempunyai seramai 178 orang guru. Berdasarkan statistik enrolmen pada Januari 2011 adalah sebanyak 4200 pelajar, manakala jumlah guru 232 orang dan bilangan kakitangan adalah 32 orang pada dan bilangannya terus bertambah. Kini sehingga Mei 2013, seramai 4292 murid lelaki dan perempuan serta seramai 227 orang guru di sessi pagi dan petang serta 32 orang kakitangan pejabat yang berkhidmat di sekolah ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Meru
Batu 7, Pekan Meru
Selangor, Malaysia
Telefon = 333921035
Fax = 333926735

Pautan luar[sunting | sunting sumber]