Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah
Moto Usaha Tetap Jaya
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah MEA2087
Lokasi Batu BerendamMelaka Tengah, Melaka, Malaysia
Telefon +(60)6-3175320
Faks +(60)6-3173812


Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah atau nama ringkasnya SMK Munshi Abdullah, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Batu Berendam.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah memiliki 987 pelajar lelaki dan 1086 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2073 orang. Ia mempunyai seramai 150 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Munshi Abdullah telah ditubuhkan pada tahun 1958 sempena menyahut seruan Penyata Dasar Pelajaran Razak 1956. Pada mula penubuhannya, pelajar menumpang di Sekolah Inggeris Gajah Berang di Jalan Gajah Berang. Nama asalnya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Laki-Laki Bandar Melaka (SMKL). Pelajar perintisnya berjumlah 80 orang iaitu terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki tingkatan 1.

Pada tahun 1964, SMKL menumpang di bangunan Sekolah Menengah Tun Tijah, di Jalan Durian Daun. Kemudiannya berpindah dan menumpang di bangunan Durian Daun pada Oktober 1965.

Pada bulan Disember 1966, SMKL mempunyai bangunan sendiri di Batu Berendam, yang terletak kira-kira 5 km dari Bandar Melaka. Nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Batu Berendam (SMKLBB). Pada masa ini SMKLBB terdiri daripada empat blok bangunan iaitu Blok A, B, C, D dan sebuah kantin.

Pada 16 Jun 1968, apabila SMKLBB dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Mohd. Khir Johari dan secara rasminya, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Munshi Abdullah (SMMA).

Tingkatan 6 Sastera bermula pada tahun 1969 dan mengandungi 30 orang pelajar terdiri daripada 15 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan. Pada tahun 1970, tiga kelas Tingkatan 4 aliran sains dimulakan juga bermulanya pengambilan pelajar perempuan kerana sebelumnya pengambilan pelajar tingkatan 1 hingga 5 adalah terdiri daripada pelajar lelaki sahaja. Berikutan dengan itu satu kelas Tingkatan 6 sains dimulakan di SMKMA pada tahun 1971.

Pada tahun 1977, SMKMA menerima pelajar Rancangan Khas iaitu pelajar yang sekurang-kurangnya mendapat 3A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang tidak berjaya ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sebanyak dua kelas dengan lebih kurang 65-75 pelajar lelaki dan perempuan. Mereka diwajibkan tinggal di asrama.

Pada tahun 1991 program Rancangan Khas (RK) ini dihentikan dan digantikan dengan Kelas Aliran Agama (KAA). Pada dasarnya KAA ini sama dengan RK bezanya pelajar-pelajar ini tidak berjaya permohonannya ke SMK(A) iaitu SMK aliran agama.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah
Batu Berendam,
75350, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-3175320
Fax = 06-3173812