Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah
Lokasi
Jalan Pandan Mewah 1, Taman Pandan Mewah, 68000 Ampang, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah03-42954210
Kod sekolahBEA4631
PengetuaPn Siti Khadijah Bt Abd Wahab
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Misnah Bt Wagirin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Ahmad Amzan bin Ishak
Penolong Kanan KokurikulumYM Engku Faridah Bt Engku Mat
Faks03-42977040
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah memiliki 1179 pelajar lelaki dan 1145 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2324 orang. Ia mempunyai seramai 129 orang guru.2009

Pada 2020, Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah Memiliki 738 pelajar lelaki dan 707 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1445 orang. Bilangan guru pula ialah seramai 112 orang guru dan 10 orang anggota kumpulan pelaksana.2020

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMKPM dibina di atas tanah Lot No. PT. 19495 dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ) dengan keluasan iaitu 60 622 meter.Bangunan SMKPM terdiri daripada tujuh buah blok, sebuah surau, sebuah dewan dan sebuah pondok pengawal keselamatan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah, Ampang, Selangor Darul Ehsan ( SMKPM ) mula beroperasi pada 1 Januari 2004.

SMKPM telah beroperasi secara menumpang di SK Taman Bukit Teratai dari 2 Januari hingga 14 April 2004.Pada ketika itu terdapat 323 orang pelajar Tingkatan 1 dan 75 orang pelajar Tingkatan 2, manakala tenaga pengajarnya pula seramai 32 orang guru berijazah.

Pada awal pembukaannya sekolah ini diterajui oleh Pn Wan Fatimah bt. Wan Musa selaku Pengetua, Pn Hjh Rohaya bt. Sharifin sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum, En Ahmad Sale b. Khamsen sebagai Guru Penolong Kanan HEM, dan Datin Hjh Zuraida bt. Ahmad sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Bendera[sunting | sunting sumber]

Rekabentuk bendera adalah berlatarbelakang warna PUTIH asas kepada suci lahirnya seseorang murid yang menuntut di sekolah ini. Di tengah-tengah secara melintang terdapat tiga lagi warna MERAH, BIRU dan KUNING bersimbolkan lencana yang memaparkan ilmu dan didikan sebagai sebahagian dariapda sejarah kehidupan seseorang murid yang belajar di SMKPM.

Grafik Bendera dan Lencana Sekolah SMK Pandan Mewah telah direkabentuk oleh Encik Ahmad Sale bin Khamsen pada bulan Disember 2003 sebelum pembukaan secara rasmi Sekolah Menengah Pandan Mewah, Ampang, Selangor Darul Ehsan pada 3 Januari 2004. Pada grafik lencana sekolah, asasnya menpunyai empat warna asas Bendera Jalur Gemilang Malaysia iaitu Merah, Putih, Biru dan Kuning. Warna BIRU adalah membentuk; memantapkan perpaduan; KUNING adalah warna diraja; MERAH adalah gagah, siap siaga, gagah, perkasa, dan warna PUTIH pula warna bersifat suci, luhur sebagai pelajar yang dicorakkan kehidupan yang fitrah, cekal menghadapi gelombang global komtemporari.

Di bahagian tengah lencana, terdapat buah corak buku terbuka bermakna pembelajaran sepanjang hayat- Life-long learning (buku tidak bertutup). Juga mewakili empat elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagai keseimbangan elemen dalam diri seseorang murid. Sementara satu garisan tegak. dan empat condong adalah lima garisan yang bertemu di bahagian bawah sebagai mata pena dan mewakili lima prinsip Rukun Negara. Manakala cogan kata lencana pula diletakkan di bahagian atas seolah-olah terletak di bahagian bahu sebagai mendokong tanggungjawab bagi warga sekolah SMKPM iaitu BERILMU, BERETIKA DAN GEMILANG.

Akhir sekali, lima bulatan di bahagian atas asas kesejahteraan fizikal dalam sukan dan permainan mencapai standard tinggi ke sukan aras tinggi. akhir sekali lima bulatan di bahagian atas asas kesejahteraan fizikal dalam sukan permainan mencapai standard tinggi ke sukan aras tinggi

Alamat[sunting | sunting sumber]

SMK PANDAN MEWAH,
JALAN PANDAN MEWAH 1
AMPANG,SELANGOR
68000 ,  Malaysia
Telefon = 03-42954210
Fax = 03-42977040 norliza