Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun
Lokasi
 Malaysia Km.16, Jalan Cheras, CHERAS, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERILMU DAN BERAMAL
Ditubuhkan1989
Nombor sekolah390745828
Kod sekolahBEA4611
PengetuaPuan Hajah Norehan Bt. Abdul Sani
Faks390745828


Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun atau nama ringkasnya SMK Perimbun, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Km.16, Jalan Cheras.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun memiliki 2400 pelajar lelaki dan 2345 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 4745 orang. Ia mempunyai seramai 175 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Cheras, Selangor. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 3 Januari 1989. Di awal penubuhan, SMK Perimbun menumpang di SMK SAAS, Kajang selama dua tahun. Seterusnya pada 1 Disember 1990, pelajar-pelajar ditumpangkan di SRK Taman Cuepacs selama empat bulan, sebelum dipindahkan ke bangunan tetap yang berdiri megah sekarang ini.

SMK Perimbun menyediakan pembelajaran kepada pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan enam (bawah & atas). Sesi pembelajaran terbahagi kepada dua, iaitu sesi pagi dan petang.

SMK Perimbun banyak memenangi anugerah-anugerah di peringkat zon, daerah dan juga negeri, serta Sekolah Harapan Negara pada tahun 2004. SMK Perimbun telah banyak menghasilkan pelajar-pelajar cemerlang di bidang akademik mahupun ko-kurikulum.

Senarai pengetua SMK Perimbun:

  1. En. Mohd Daud Bin Lapuh (2.1.1989 - 29.2.1991)
  2. En. Md. Som Bin Abdullah (1.3.1991 - 30.11.1994)
  3. Pn. Hjh. Yasmin Bee Bt. Mohd Hassan (1.12.1994 - 30.5.1998)
  4. Pn. Hjh. Jamelah Bt. Hj. Mansor (1.6.1998 - 2008)
  5. Puan Hajah Petri Noor Jaliah Bt. Megat Adnan (1.1.2009 - 27.12.2014)
  6. En Ishak bin Abdullah. ( 28.12.2014 - 2016 )
  7. Mohamad Thani bin Mohd Ibrahim (2016 - 2019)
  8. Puan Hajah Norehan Bt. Abd. Sani (2019 - kini)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun,
KM 16,
Jalan Cheras,
43200 Cheras,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon = 390745828
Fax = 390745828

Pengawas Sekolah[sunting | sunting sumber]