Sekolah Menengah Kebangsaan Pujut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pujut
سکوله منڠه کبڠسأن ڤوجوت
Lokasi
 Malaysia Lot 3119, Paradise Park, Jln Maigold, Desa Senadin, 98100, Miri, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto
  • Be The Best, Nothing Less
  • Sederap Menuju Gemilang
Ditubuhkan5 Januari 2004
Nombor sekolah6085657349
Kod sekolahYEA4109[1]
Pengerusi PIBGEn. Robert Oyo Ing Emang
PengetuaPn. Su Yien Jiong
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Christina Anak Pedang
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Tai Chu Ping
Penolong Kanan KokurikulumEn. Mat Anak Assan
Faks6085658793

yea4109@moe.edu.my

smkpujut@yahoo.com.my
Laman sesawang
Map

Sekolah Menengah Kebangsaan Pujut (Jawi: سکوله منڠه کبڠسأن ڤوجوت ) atau nama ringkasnya SMK Pujut, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Lot 3119, Paradise Park, Jln Maigold, Desa Senadin, Miri, Sarawak.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Pujut (SMKP) telah dibuka pada 5 Januari 2004. Ia terletak di kawasan Senadin, Miri kira-kira 11 km dari Bandaraya Miri. Sekolah ini meliputi kawasan seluas 11.116 hektar ataupun 27.4 ekar. Pelan asal SMK Pujut ini terletak di kawasan Pujut, Miri tetapi telah ditempatkan semula ke kawasan baru iaitu di Senadin, Miri. Walau bagaimanapun, nama sekolah dikekalkan dengan nama SMK Pujut.

Pada permulaan pembukaan pada tahun 2004, SMK Pujut mempunyai seramai 1005 warga sekolah. Jumlah ini merangkumi 39 staf akademik, 9 orang staf sokongan dan 957 orang pelajar. Bilangan kelas adalah sebanyak 23 buah merangkumi 2 kelas peralihan, 7 kelas tingkatan 1, 5 kelas Tingkatan 3 dan 2 kelas aliran sastera.

Sebanyak 73 kelas telah diwujudkan untuk menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat dengan  sebuah kelas peralihan,  14 buah kelas tingkatan 2 dan tingkatan 3, serta 15 buah kelas bagi Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dengan kapasiti pelajar seramai 2429 orang. Sekolah bukan berasrama penuh yang pertama di Miri ini diberi kelayakan untuk menubuhkan Kelas Rancangan Khas (KRK) tingkatan 4 bermula pada tahun 2010. Ia hasil daripada kepercayaan pihak Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Sarawak kerana sekolah ini mendapat kejayaan lebih daripada 50% pelajar KRK tingkatan 3-nya (2008) di bawah Jabatan Pelajaran Sarawak mendapat semua A dalam PMR 2008.

Pada tahun 2009, SMK Pujut melakar sejarah apabila 20 orang pelajar PMR-nya mendapat semua A dalam mata pelajaran meningkat daripada 16 orang daripada tahun sebelumnya. Kejayaan ini membuktikan bahawa walaupun pada usia sekolah yang masih muda, sekolah ini mampu bersaing dengan sekolah lain yang sudah lama ditubuhkan di bandar raya Miri.


Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]

Bil. Nama Tahun perkhidmatan
1. Fadzillah binti Abdul Halim

(Pemangku Pengetua)

2004
2. Sophia Limi 2005 - 2006
3. Sumarni binti Said 2006 - 2013
4. Koh Che Kiat 2013 - Jun 2019
5 Madline Anak Jayan Jun 2019 - 2023
6 Su Yien Jiong September 2023 -

Penolong Kanan[sunting | sunting sumber]

PK PENTADBIRAN PK HEM PKKK PK PETANG
Christina Anak Pedang Tai Chu Ping Mat anak Assan Sharol Nizam bin Abd Aziz

Visi[sunting | sunting sumber]

The School of Choice

Misi[sunting | sunting sumber]

Building Characters, Ensuring The Future

Moto[sunting | sunting sumber]

Be The Best, Nothing Less
Sederap Menuju Gemilang

[sunting | sunting sumber]

[sunting | sunting sumber]

BENTUK KESELURUHAN LOGO.

Bentuk keseluruhan logo yang berbentuk “Q” ini mewakili “Quality” yang membawa maksud untuk melahirkan pelajar yang berkualiti dalam kejayaan sekolah baik dari segi akademik ataupun sukan dan kecerian.

BINTANG yang menglilingi bulatan ‘buku & tetikus’ bermaksud kejayaan bagi pelajar dalam penguasaan semua bidang.

TOPI UNIVERSITI melambang ilmu ialah raja (Knowledge is king)

BUKU & TETIKUS melambangkan kemajuan akademik dan penguasaan IT dan semangat perkomputeran dalam era teknologi.

OBOR & 3 BULATAN melambangkan semangat kesukanan bagi penghuni sekolah ini.

KELALANG KON melambangkan sekolah aktif dengan jurusan sains

BENTUK 10 BINTANG DAN RIBEN malambangkan pelajar yang sentiasa berdisiplin dan semangat sejarah berkobar-kobar untuk merebut anugerah.

2004 melambangkan tahun pembukaan sekolah ini pada tahun 2004 dan ia akan diingati sebagai sejarah pembukaan sekolah.


[sunting | sunting sumber]

WARNA KUNING melambangkan keharmonian.

OREN melambangkan semangat muda dan waja yang sentiasa ingin maju ke hadapan

BIRU TUA melambangkan perpaduan tidak kira bangsa dan agama. Ia juga melambangkan semangat bekerjasama.

MERAH melambangkan semangat yang sentiasa menyala-nyala.

PUTIH melambangkan kesucian.


Lagu Sekolah (Menuju Gemilang)[sunting | sunting sumber]

Sekolah inilah yang ditujui,

Demi menyemai budi dan bakti,

Rukun negara panduan setiap masa,

Untuk berbakti kepada negara.


Jati diri pencerna wawasan,

Warga pujut menuju gemilang,

Iltizam dan wawasan,

Menjadi pedoman.


Melangkaui jangkauan,

Menjadi harapan,

Sentiasa bersedia,

Menjadi pegangan.


Kami pelajar SMK Pujut,

Teguh berdiri bersama-sama,

Visi dan misi kami laksana,

Demi masa depan bangsa dan negara.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah menerima "Anugerah Penilaian Tawaran Baharu kepada Pengetua dan Guru Besar" (TBPGB) Tahun 2015.

SPM 2019[sunting | sunting sumber]

SENARAI NAMA PELAJAR TERBAIK SPM 2019[sunting | sunting sumber]

BIL NAMA TINGKATAN PENCAPAIAN
1 AGATHA TIONG WEI TING 5ST1 8A(1A+,5A,1A-),1B+
2 BARRY LADDY ANAK MENJAYA 5ST1 5A(3A,2A-), 1B+,2B,1C+
3 CATHRINA NISSHA ANAK KASI 5ST1 5A(1A+,2A,2A-), 1C+,2C,1D
4 EDLYSIA AWA ANAK BELAYONG 5ST1 7A(2A+,2A,3A-), 1B+,1B
5 ELVIRA TIFFANY EDMOND 5ST1 5A(3A,2A-),2B+,2B
6 EMMANUEL SITIOL DAVID GINTUA 5ST1 8A(5A+,3A),1B+
7 EWEE YING CHUEN 5ST1 8A(2A+,2A,4A-),1B+
8 MARIA NASHA ANAK FREMLIN 5ST1 5A(1A+,1A,3A-), 3B+,1B
9 MARTHA NADIA ANAK FREMLIN 5ST1 6A(3A+,1A,2A-).3B+
10 NASYA ARIELLA ANAK NELSOL NYALU 5ST1 8A(2A+,3A,3A-),1B+
11 NUR WENDA BINTI SHARIFF 5ST1 5A(4A,1A-), 2B,2C+
12 CHIONG PEI KIAN 5ST2 8A(2A+,1A,5A-)
13 MEGAN ANN SUPANG DOM 5ST2 5A(2A,3A-),3C+,1C
14 ALLYCIANA SIMBA ANAK EDWIN 5AM 5A(3A,2A-),2B+,1C+
15 CARLINIE ALYSSIA ANAK TOMYMUELLER 5AK 5A(2A+,2A,1A-)1B+,1C+
16 EMILIA BAUN JOHANNES 5AK 6A(3A,3A-),1B
17 CHIRSTINA ANAK JILIN 5AK 5A(4A,1A-),1B+,1B
18 JESSNITA SINJOY LEE 5AK 5A(3A,2A-),1B+,1B
19 AVANTIKA ANAK DISAPER 5NG 1A,4A-),1B+,2C+
20 RODDY ANAK CHIMING 5GEO1 5A(3A,2A-), 2B+
21 HOUSTON RILEY ANAK MAJID 5GEO2 7A(3A+,2A,2A-)



Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Pujut
Lot 3119, Paradise Park, Jln Maigold, Desa Senadin
98100, Miri
Sarawak, Malaysia
Telefon: 6085657349
Faks: 6085658793
Email: yea4109@moe.edu.my
smkpujut@yahoo.com.my

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 4°29′09″N 114°00′49″E / 4.485803°N 114.013551°E / 4.485803; 114.013551