Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan San Min

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan San Min
Lokasi
 Malaysia Lot 1146,Jalan Merbok, 36000, Teluk Intan, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6056221216
Kod sekolahAEB5170
Faks6056237060


Sekolah Menengah Kebangsaan San Min atau nama ringkasnya SMK San Min, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Lot 1146, Jalan Merbok.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan San Min memiliki 744 orang pelajar lelaki dan 816 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1560 orang. Ia mempunyai seramai 88 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada 2 Februari 1929 hasil daripada gabungan tiga buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Hua Chiau, Sekolah Rendah Pei Hua dan Sekolah Rendah Perempuan Telok Anson. Nama sekolah “San Min” mempunyai erti paduan 3 buah sekolah. Ini adalah kerana selepas berlaku “Peristiwa Chee Nam” pada 3 Mei 1928. Orang ramai Cina semasa menganjurkan Kutipan Derma, terasa Urusan Pelajaran tidak patut dibeza-bezakan. Maka, pemimpin-pemimpin Masyarakat Cina, yang terdiri daripada:

  1. Encik Khor Beng Poh
  2. Encik Tan Sin Chooi
  3. Encik Chan Chen Kai
  4. Encik Teh Kee Chui
  5. Encik Lim Chai Jin
  6. Encik Yip Teng Khai
  7. Encik Tan Poh Aun

bercadang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah tersebut. Yang mulia Encik Chan Chen Kai telah dipilih sebagai Pengerusi yang pertama, Majlis Jemaah Sekolah Rendah San Min.

Sekolah mula berfungsi pada 12 Februari 1929 dengan bilangan murid pada masa itu telah melebihi 300 orang. Seorang guru, Encik Goh Soon Cheong telah dilantik sebagai Ketua Urusan Pengajaran.

Pada tahun 1930, Encik Lim Chan Tien telah dilantik sebagai guru besar dan Encik Goh Soon Cheong sebagai penolong kanannya.

Pada tahun 1931, Encik Yip Teng Khai dipilih sebagai Pengerusi Lembaga Pengurus, Encik Au Chong Mun sebagai Naib Pengerusi, Encik Tham Hua Loong sebagai Guru Besar sehingga tempoh persaraannya. Seorang guru Encik Tai Ai Teik dilantik sebagai Ketua Urusan Pengajaran.

Pada tahun 1932, Encik Lim Chai Jin sebagai Pengerusi, melantik Encik Yan Choon Chor sebagai Ketua Urusan Pengajaran.

Pada tahun 1933, Encik Tan Poh Aun dipilih sebagai Pengerusi Lembaga Pengurus. Pada tahun 1935, semasa Encik Cheah Kian Shue menjadi Guru Besar, beliau menubuhkan 1 kelas Junior Teachers Training. Oleh kerana kekurangan sambutan, Kelas Junior Teachers Training ditutup pada tahun 1936 lalu kelas Tadika dimulakan pula. Pada tahun 1936, Encik Kok Mow dilantik sebagai Guru Besar sekolah San Min dan Encik Yeoh Chee Khoon dilantik sebagai Ketua Guru Tadika.

Pada awal tahun 1937, Encik Woo Chee Meng dilantik sebagai Pengerusi manakala Encik Tham Joo Soong dilantik sebagai Guru Besar. Encik Chan Lee Ru dilantik sebagai Penolong Kanan selepas Guru Besar Encik Tham meletakkan jawatan. Beliau mencadangkan kelas-kelas campuran murid-murid lelaki dan perempuan ‘Co-Education’. Mula-mula, kelas ‘Co-Education’ dilaksanakan di darjah-darjah Rendah selama 2 tahun dan kemudian pada seluruh darjah dan Tingkatan di sekolah San Min.

Pada awal tahun 1939, kerja pembangunan Bangunan Sekolah San Min (di Jalan Woo Saik Hong/Jalan Immigrant) Fasa I (1 Blok) bentuk 1 dengan 14 buah bilik darjah dimulakan. Kemudiannya, Fasa kedua terdiri daripada Bangunan Chin Woo serta dengan 6 buah bilik darjah di sebelah kiri bangunan utama. Nama-nama penderma ialah:

  1. Persatuan Chin Woo
  2. Au Chong Mun
  3. Lee Kong Chiang
  4. Mrs. Woo Chai
  5. Mrs. Lim Boon Lee
  6. Chop Joo Hoe
  7. Chan Yean Chean

Walaupun ketiga-tiga buah sekolah itu telah digabungkan, bangunan-bangunan asalnya masih terus diguna pakai sehingga bangunan baru yang mempunyai 20 buah bilik darjah telah siap didirikan pada bulan Jun 1941 dan mula digunakan pada bulan berikutnya. Pada masa itu, bilangan murid telah meningkat kepada 1300 orang. Pada 10 Oktober 1941, bangunan itu dibuka secara rasmi oleh Encik Liew Pak Khoon. Bangunan tersebut ialah tapak duduk utama sekolah ini.

Oleh kerana tercetusnya Perang Dunia Kedua, sekolah ini terpaksa ditutup pada 10 Disember 1941. Bangunan dan kawasan sekolah ini telah dijadikan sebagai Pusat Pentadbiran Tentera Jepun. Buku-buku, alat-alat, fail-fail dan alat-alat muzik telah habis rosak atau hilang.

Sekolah ini dibuka semula pada 3 Disember 1945, sebaik sahaja tamat Perang Dunia Kedua dengan seramai 32 orang guru dan 1300 orang murid. Untuk menjayakan urusan pengajaran dan urusan sekolah pada tahun 1947, sekolah ini telah menganjurkan 2 perlawanan bola keranjang untuk kutipan derma. Pihak sekolah dapat memungut sebanyak RM2,000.00 dan pada akhir tahun 1947, kerajaan memberikan bantuan subsidi RM8,000.00. Pada ketika itu, guru besar ialah Encik Nga Chee Swee. Beliau meletakkan jawatan pada Jun 1947. Seorang guru iaitu Encik Yeoh Saw Jin dilantik sebagai Ketua Urusan Pengajaran.

Sekolah ini terus berkembang dan kelas-kelas untuk peringkat sekolah menengah mulai ditubuhkan pada tahun 1948. Pada ketika itu, Guru Besar ialah Encik Chau Kuan Hai. Beliau meletakkan jawatan pada bulan Jun 1948. Encik Soon It Chern dilantik sebagai Guru Besar pada bulan November 1948 sehingga 1953. Beliau meletakkan jawatan pada tahun 1953 dan Encik Kan Pak Hau telah dilantik sebagai Guru Besar. Beliau meletakkan jawatan pada tahun 1958.

Pada tahun 1958, disebabkan Ordinan Pelajaran, bahagian sekolah menengah itu telah diasingkan daripada sekolah ini. Guru besar Sekolah Menengah ialah Encik Wong Fuh Yong dan Guru Besar bagi Sekolah Rendah ialah Encik Yin Chung Shun.

Memandangkan pertambahan bilangan murid yang begitu ramai, maka pada tahun 1959, Lembaga Pengurus Sekolah Rendah San Min memohon kepada Pejabat Pelajaran Perak supaya sekolah Rendah San Min dibahagikan kepada dua, iaitu Sekolah Rendah San Min (pagi) dan Sekolah Rendah San Min (petang). Kedua-dua buah sekolah menggunakan bangunan yang sama tetapi Guru Besar dan kakitangan mereka adalah berlainan. Pada masa itu, Pemangku Guru Besar Sekolah Pagi ialah Encik Yim Chong Swam. Sekolah Rendah San Min Pagi telah dijadikan Sekolah Bantuan Penuh mulai 1 Januari 1962. Jadi, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada SRJK (C) San Min (Petang).

Pada tahun 1964, Lembaga Pengurus Sekolah bagi kedua-dua buah sekolah telah bersetuju menukarkan nama Sekolah Rendah San Min (pagi) menjadi S.R.J.K.(C) San Min No.1 dan Sekolah Rendah San Min (petang) menjadi S.R.J.K.(C) San Min No.2. Namun demikian, kedua-dua sekolah ini masih berkongsi kemudahan-kemudahan fizikal dan bangunan sekolah. Tiap-tiap tahun, kedua-dua buah sekolah saling mengganti tempat untuk menjalankan urusan pengajaran di sebelah pagi atau di sebelah petang.

Oleh kerana bilangan murid telah bertambah ramai, tandas adalah tidak mencukupi dan tandas yang lama itu dalam keadaan buruk pun rosak pada tahun 1966. Jadi, tandas baru pun telah didirikan pada tahun 1966 dengan perbelanjaan Wang Bantuan Modal sebanyak RM15,000.00.

Bilangan murid bagi kedua-dua sekolah ini terus meningkat dan menimbulkan masalah kekurangan bilik darjah. Pada 29 dan 30 Julai 1967, Lembaga Pengurus dari kedua-dua buah sekolah menganjurkan Pasar Ria kali pertama untuk kutipan derma bagi Tabung Pembangunan Sekolah. Kutipan ketika itu melebihi RM10,000. Dengan adanya Wang Bantuan Modal Kementerian sebanyak RM35,000.00 dan kutipan derma orang ramai, maka satu blok bangunan sekolah baru dua tingkat dikerjakan pada 7 Disember 1967. Kos pembangunannya termasuk pendawaian dan lain-lain ialah lebih kurang RM70,000.00

Bangunan baru itu dibuka rasmi oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran, Encik Khir Johari pada 12 November 1968. Bangunan 2 tingkat itu mempunyai 3 buah bilik darjah di tingkat bawah dan di tingkat atas terdapat Bilik Pejabat, Bilik Guru dan Bilik Guru Besar untuk kedua-dua buah sekolah berasingan.

Memandangkan keadaan bangunan sekolah lama yang telah lama dan buruk dan cat dindingnya pun telah lekang di samping pagar yang buruk, pihak sekolah memohon kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapat Wang Bantuan Modal bagi projek mengecat bangunan lama dan memasang pagar baru. Kementerian telah pun meluluskan Wang Bantuan Modal sebanyak RM12,000.00 untuk projek-projek tersebut. Pada tahun 1970, bangunan lama telah dicat semula dan pagar sekolah didirikan semula. Jumlah perbelanjaan untuk kedua-dua projek itu ialah kira-kira RM17,000.00.

Dalam tahun 1973, satu blok bangunan baru yang mempunyai enam buah bilik darjah pula telah siap dibina. Jumlah perbelanjaannya termasuk pendawaian dan lain-lain lebih kurang RM70,000.00. Punca kewangan untuk pembangunan itu adalah daripada:

  1. Pengadaan Pasar Ria
  2. Pengadaan Pertunjukan Anika Ragam
  3. Kutipan derma daripada orang ramai, ibu bapa dan kakitangan sekolah
  4. Wang Bantuan Modal Kementerian sebanyak RM20,000.00

Dermawan-dermawan yang menderma wang sebanyak RM2,000.00 atau ke atas:

  1. Lee’s Foundation (RM6,000.00)
  2. Encik Mah King Woon (RM4,000.00)
  3. Encik Hon Pit Loh JP (RM3,000.00)
  4. Encik Tan Kee Hoe (RM2,000.00)

Maka, nama-nama tersebut di atas dapat diukirkan dalam 4 buah bilik darjah dalam bangunan baru itu.

Pada tahun 1964 hingga 1978, sekolah ini diketuai oleh Encik Ong Hin Leng. Pada tahun 1979, Encik Ho Hock Lim dilantik sebagai Guru Besar dan memegang jawatan ini sehingga tahun 1984 dan digantikan dengan Encik Sooi Pooi. Beliau bersara pada 23 Julai 1991 dan mulai 1 Ogos 1991, Encik Chong Yap Sang dijadikan Guru Besar sekolah ini. Pada bulan Ogos 1995, Encik Tang Ooi Kang pula dilantik sebagai Guru Besar SJK (C) San Min No.2. Beliau bersara pada tahun 1999 dan digantikan oleh Encik Cheah Sek Choon. Encik Wong Kim Yew mengambil alih jawatan Guru Besar pada tahun 2,000 sebelum beliau ditukarkan ke SJK (C) Chong Min Teluk Intan pada tahun 2003. Mulai 16 Mac 2003, Encik Ong Chin Huat dilantik sebagai Guru Besar sekolah ini sehinggalah beliau bersara pada 13 Mei 2014. Jawatan ini diganti oleh Encik Chong Kum Foo @ Wong Kum Foo. Encik Wong melaporkan diri pada 16 Jun 2014.

Projek menggantikan bumbung bangunan lama dengan bumbung jenis asbestos telah dilaksanakan pada tahun 1980 dan projek mendirikan tandas baru (6 unit) telah didirikan pada tahun 1981. Projek-projek itu yang memerlukan kos sebanyak RM63,800.00 adalah di bawah Bantuan Modal Kementerian RM30,000.00 dan baki perbelanjaannya sebanyak RM33,800.00 telah dibayar oleh Tabung Wang Suwa SRJK (C) San Min 1 & 2. Teluk Anson.

Sekolah ini berkongsi bangunan dan kemudahan-kemudahan fizikal dengan S.R.J.K.(C) San Min No.1 dan Sekolah Percuma Malam Chung Chen bagi tiga sidang iaitu sidang pagi, petang dan malam. Oleh itu, sukar bagi sekolah mengambil keputusan serta melaksanakan apa-apa rancangan secara bersendirian.

Oleh sebab itu, penggunaan dan kemudahan-kemudahan fizikal di luar waktu persekolahan merupakan satu masalah yang agak rumit diatasi. Hal ini kerana bilik-bilik darjah digunakan secara bersambungan pada tiga sidang persekolahan, maka timbullah masalah ketiadaan bilik-bilik darjah untuk diadakan kelas-kelas tambahan atau aktiviti-aktiviti pada hari persekolahan. Selain daripada itu, sukar juga bagi pihak sekolah memelihara keselematan harta benda sekolah dan kebersihan kawasan sekolah dengan sempurna.

Oleh kerana ketiga-tiga buah sekolah berkongsi bangunan yang sama, maka sedikit sebanyak akan timbul masalah, baik dari segi penggunaan kemudahan fizikal, mahupun pentadbiran dan pengurusan sekolah. Keadaan kelam-kabut sedia berlaku setiap hari pada waktu tengah hari, iaitu ketika sidang pagi bersurai dan murid-murid sidang petang telah datang. Keadaan bertambah buruk lagi ketika musim hujan. Maka dengan sebab itu, timbullah hasrat pihak sekolah untuk mendirikan sebuah Dewan Serbaguna untuk melindungi murid-murid daripada berpanas dan berhujan.

Sebuah Dewan Serbaguna yang mempunyai dua buah gelanggang bola keranjang telah didirikan pada awal tahun 1983. Projek ini telah memakan belanja lebih kurang RM 230,000.00. Wang ini ialah hasil titik peluh pihak kedua-dua sekolah yang bertungkus lumus menjalankan kutipan derma untuk membiayai kos projek itu. Dewan serbaguna itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datin Paduka Chew Poh Kheng D.P.M.D. pada 6 November 1984.

Demi mengatasi masalah-masalah yang timbul oleh kerana perkongsian bangunan dan kawasan yang sama dan juga kerana pembangunan yang pesat, maka Lembaga Pengurus S.R.J.K.(C) San Min No.1, S.R.J.K.(C) San Min No.2, dan Sekolah Menengah San Min telah bersetuju dengan satu perjanjian seperti berikut:

  1. LPS SRJK(C) San Min No.1 dan No.2 telah bersetuju menyerahkan satu tapak 5e 1R 3p yang terletak di Mukim Durian Sebatang Lot. 1146 kepada LPS Sekolah Menengah San Min untuk mendirikan bangunan sekolah baru supaya Sekolah Menengah San Min dapat berpindah ke tempat baru itu. Pemindahan itu akan dilakukan secepat mungkin.
  2. LPS Sekolah Menengah San Min bersetuju menyerahkan bangunan yang di tapak sekarang kepada LPS SRJK (C) San Min No.1 dan No.2.
  3. LPS Sekolah Menengah San Min tidak akan menuntut sebarang hak harta yang di bawah nama Sekolah Rendah San Min Teluk Intan.

LPS SRJK (C) San Min No.1 dan No. 2 telah mencapai kata sepakat untuk mendirikan satu bangunan tiga tingkat di tapak Jalan Ah Cheong, Teluk Intan hak kepunyaan SRJK (C) San Min No.1 dan No.2 untuk dijual. Tiga perempat daripada keuntungan itu digunakan untuk menggantikan bangunan Blok ‘L’ di sekolah. Bangunan baru akan memupunyai 18 buah bilik darjah yang memakan belanja lebih kurang RM 1.5 juta.

Pada tahun 1996, satu blok bangunan baru yang mempunyai 15 buah bilik darjah didirikan lagi bagi menampung murid yang kian bertambah dan bangunan itu siap dibina pada tahun 1997.

Pada tahun 2003, LPS SJK(C) San Min No.1 dan No.2 mencapai kata sepakat untuk menjalankan persekolahan satu sesi, iaitu kedua-dua buah sekolah mempunyai bilik darjah, bilik khas dan pejabat masing-masing. Ahli Parlimen memperuntukkan sebanyak RM 3,000 untuk menukarkan set sistem PA baharu.

Pada tahun 2004, pihak sekolah bercadang menyimen lantai di sebelah kelas sekolah malam Chung Chen untuk memudahkan para ibu bapa menjemput anak-anak mereka.

Pada tahun 2005, melalui mesyuarat, PIBG bersetuju untuk memulihbaikan kelas lama SMK San Min. Projek ini diselesaikan pada akhir tahun dan menelan sebanyak RM15,000. Pada masa yang sama, pihak sekolah juga telah memohon penambahan kelas tahun dua daripada tiga kelas kepada empat buah kelas pada tahun 2006.

Pada tahun 2006, bangunan lama SMK San Min digunakan secara rasmi dan makmal sains dibuka semula. Pihak PIBG menambahkan sebanyak 40 set meja dan kerusi. Oleh kerana kekurangan guru, JPN tidak meluluskan penambahan kelas.

Pada tahun 2007, ahli parlimen, Datuk Ma Siew Keong memperuntukkan sebanyak RM5,000 sebagai dana aktiviti PIBG, Encik Kiew Poh Loo mendermakan RM5,000 untuk menambahkan meja dan kerusi, Encik Ong Beng Chuan menderma RM2,000 sebagai penambahan almari dalam kelas. Pihak sekolah juga menerima dermaan daripada PIBG sebanyak RM2750, saudari Ong Xin Yee sebanyak RM3,000 dan bekas murid San Min sebanyak RM100. Hasil dermaan ini digunakan untuk membeli 150 buah meja untuk menggantikan meja lama sekolah malam Chung Chen. Pada masa yang sama, sekolah malam Chung Chen juga menukarkan kerusi lama kepada kerusi plastik baharu sebanyak 100 buah.

Pada Jun 2007, Lembaga Pengurus Sekolah dan PIBG SJK(C) San Min No. 1 dan No. 2 merancang menaikkan taraf dewan serbaguna San Min. Kedua-dua buah sekolah telah mendapat bantuan daripada bekas murid untuk mengadakan jogathon pada 28 Oktober 2007 untuk mengutip derma sebagai tabung penaikan taraf dewan. SJK (C) San Min No. 1 berjaya mengutip sebanyak RM8,000, manakala SJK (C) San Min No. 2 berjaya mengutip sebanyak RM18,000. Projek ini bermula pada akhir tahun 2007. Projek ini mengutamakan pembinaan semula pentas, meninggikan lantai dewan, membina tandas, menukarkan lampu-lampu dan penambahan kipas-kipas. Projek penaikan taraf dewan serbaguna San Min selesai pada tahun 2008 dengan menelan belanja sebanyak RM407500. 

Pada tahun 2008, untuk menyahut seruan kempen “seorang seringgit”, pihak sekolah telah berjaya mengutip derma sebanyak RM11430 untuk disumbangkan kepada mangsa gempa bumi di Sechuan, China.

Pada Disember 2008, dengan kerjasama daripada pekerja-pekerja, sekolah telah berjaya menghapuskan anai-anai dalam makmal sains, bilik darjah tahun 1 dan 2 serta bilik darjah Chung Chen. Pada masa yang sama, SJK (C) San Min No. 1 dan No. 2 dengan kerjasama MCA Teluk Intan memohon peruntukan daripada Timbalan Menteri Pelajaran untuk menghapuskan anai-anai dan menaikkan taraf lantai kantin.

Pada tahun 2009, Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan sebanyak RM50,000 sebagai penghapusan anai-anai dan penaikan taraf lantai kantin. SJK (C) San Min No. 1 dan No. 2 masing-masing membayar RM29780. Projek ini disiapkan pada bulan Ogos. Projek pembasmian anai-anai menelan belanja sebanyak RM9,000. Penambahan rak buku di Pusat Sumber sebanyak RM7150 dan membaiki tandas perempuan sebanyak RM3,000.

Pada tahun 2010, syarikat Jaz menderma sebanyak RM30,000 untuk menaik taraf kemudahan bilik darjah tahun 1 dan tahun 2 seperti kerusi dan meja murid, meja guru, papan tulis, papan kenyataan, alamari dan langsir.

Pada tahun 2011, Puan Tan Yoke Pei, ibu kepada murid Toh Teck Wei dari kelas 5C mendermakan sebanyak 38 buah meja untuk kelas 5C. Lembaga Pengurus Sekolah memperuntukkan sebanyak RM7,600 untuk pemasangan perkakasan computer bagi kelas tahun 1 untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Lembaga Pengurus Sekolah juga bercadang untuk memasang perkakasan komputer bagi setiap kelas bermula pada tahun 2012. Lembaga Pengurus Sekolah juga membekalkan 2 set komputer bernilai RM3,000 untuk memudahkan pengurusan sekolah. Pada masa yang sama, PIBG juga membeli satu set komputer untuk pengurusan pusat sumber. Pengurusan sistem pusat sumber dikendalikan oleh Syarikat Komputer Fatra secara percuma.

Pada Disember 2013, SJK(C) San Min No.2 membiayai kos RM195,000 untuk membina sebuah jejantas menyambung blok pejabat guru dan pentadbir dengan blok bilik darjah tiga tingkat serta meningkatkan taraf bilik pentadbiran, pejabat guru dan bilik darjah dengan liputan jubin lantai. Antara kos perbelanjaan ini, RM 120,000 ialah peruntukan kerajaan manakala RM75,000 ialah sumbangan daripada LPS dan PIBG. Jejantas tersebut memudahkan perjalanan guru-guru dan murid-murid antara bilik darjah dan pejabat.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Harapan Negara, Tahun 2006[1]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan San Min
Lot 1146, Jalan Merbok
36000, Teluk Intan
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6056221216
Faks = 6056237060

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sekolah harapan negara". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-20. Dicapai pada 2018-05-19.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]