Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Tuan Haji Abdul Rahim Bin Affandi
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik En. Shamsul Kamar Bin Ahmad
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn.Dayang Intan Binti Awang Saperi
Penolong Kanan Kokurikulum En. Hasim bin Kamarolzaman
Pengerusi PIBG Prof. Dr Kamar Shah Bin Ariffin
Kod sekolah PEA4007
Lokasi Transkrian14300, Nibong Tebal,, Mutiara Timur,  Malaysia
Nama singkatan SMKSI
Telefon 04-5942913
Faks 04-5942913


Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah atau nama ringkasnya SMK Saujana Indah, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Transkrian, Pulau Pinang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah memiliki 310 pelajar lelaki dan 256 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 566 orang. Ia mempunyai seramai 39 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah (SMKSI) telah ditubuhkan pada tahun 2002. Sekolah ini terletak bersebelahan dengan Kampus Kejuruteraan, USM dan Maktab Rendah Sains Mara Transkrian.

Sekolah ini mula beroperasi pada 6 Januari 2003 dengan jumlah pelajar seramai 66 orang iaitu 12 orang tingkatan peralihan, dan 54 orang pelajar tingkatan satu. Jumlah guru yang mengajar ketika itu ialah 9 orang. Pengetua yang pertama yang dilantik adalah Encik Abdul Jalil bin Abdullah. Pada 16 Disember 2003, beliau telah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pauh Jaya (SMKPJ). Jawatan beliau telah disandang oleh Puan Hajah Zainab binti Shafie hingga 1 Januari 2007. Kemudian beliau bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (SMKM) dan telah digantikan pula oleh Encik Nafiah bin Mat sebagai pengetua. Tugas En. Nafiah Bin Mat di SMK Saujana Indah berakhir pada pertengahan bulan 6 2011 setelah beliau dinaikan pangkat sebagai Pengawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara. Kini jawatan pengetua disandang oleh Tuan Haji Abdul Rahim Bin Affandi.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Antara pencapaian terbaik sekolah ialah: Sekolah harian biasa terbaik di daerah Seberang Perai Selatan Pencapaian keputusan PMR terbaik pada tahun 2010

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah
Transkrian
14300, Nibong Tebal
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = +6-045942913
Faks = +6-045942913

Pautan luar[sunting | sunting sumber]