Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya
Lokasi
Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah harian
MotoBerilmu, Bermoral
Ditubuhkan4 Disember 1989
Autoriti pendidikanSeberang Perai Tengah
Kod sekolahPEA0004
Pengerusi PIBGTuan Mohd Faizal bin Che Amat
PengetuaPuan Hamidah binti Jailani
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Zahida binti Musa
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Anuar Affandi bin Mohd Saad
Penolong Kanan KokurikulumEncik Kanagarajan A/L Maruthan
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang, Malaysia dan ditubuhkan pada tahun 1990.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya telah ditubuhkan pada 4 Disember 1989, bermula dengan 253 orang pelajar. Oleh kerana bangunan sekolah masih lagi dalam pembinaan, para pelajar ditempatkan sementara di Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh iaitu lebih kurang 3km dari tapak sekolah yang sebenar. Pada Mac 1990, para pelajar dipindahkan pula ke Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II, Lengkok Tenggiri. Pembinaan sekolah tergendala selama hampir dua tahun kerana kontraktor tidak dapat menyiapkannya pada masa yang ditetapkan. Enrolmen sekolah telah meningkat lebih 600 orang pada tahun 1992. Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II, iaitu sekolah yang ditumpangi tidak dapat menampung pelajar-pelajar SMKSJ sebelah petang.

Pada 1 Disember 1992, para pelajar dipindah ke bangunan baru yang masih dalam penyelenggaran dan hanya dibenarkan menduduki blok A sahaja. Blok B dan C masih lagi dalam pembinaan. Pembelajaran berjalan tanpa bekalan elektrik dan air selama 4 bulan sehinggalah keseluruhan pembinaan siap dan diserahkan kepada pihak pentadbir sekolah pada bulan Mac 1992. Namun, keadaan yang kurang lengkap tanpa bilik guru, perpustakaan, malmal dan stor menyukarkan perjalanan pentadbiran sekolah. Walau bagaimanapun, dengan kerjasama para guru, pelajar, PIBG dan Pejabat Pelajaran Daerah, keadaan sekolah dapat berjalan lancar, baik dan teratur.

Kini,[bila?] bangunan Sekolah Menengah kebangsaan Seberang Jaya telah bertambah dengan pembinaan 2 blok bangunan lagi iaitu Blok D dan E. Pertambahan bangunan ini menyediakan pelbagai kemudahan dengan adanya 46 bilik darjah, 2 bilik guru, bilik disiplin, bilik kaunseling, ERT, dewan serbaguna, makmal sains, makmal bahasa, bilik komputer, gimnasium, bengkel, bilik kesihatan, bilik seni, bilik mesyuarat, pusat sumber, koperasi, pejabat pegurusan dan stor.

Pada 2003, kelas tingkatan 6 telah diwujudkan iaitu satu kelas sains dan satu kelas kemanusiaan. Pelajar tingkatan 6 terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Jaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Mandin.

Suasana Sekolah Menengah Kebangsaan diceriakan dengan pembinaan taman mini, taman bacaan, taman rekreasi, taman herba dan kolam ikan. Pada tahun 2004, sekolah ini sekali lagi mengalami perubahan. Persekolahan satu sesi diperkenalkan sehinggalah sekarang.

SMKSJ 1998

Pengetua[sunting | sunting sumber]

  • Tuan Haji Mohd Daud bin Haji Mohamed (1989 – 1994)
  • Tuan Haji Harun bin Mat Isa (1994 – 1996 [Pemangku])
  • Encik Ammar bin Ab Latif (1996 – 1998)
  • Encik Tan Keat Kooi (1998 – 2003)
  • Encik Ooi Lean Kok (2003 – 2004)
  • Dato Haji Osman bin Hussein (2004 – 2007)
  • Puan Sofiah binti Ebau (2007 – Julai 2010)
  • Puan Fadilah binti Mohd Zain (Julai 2010 – Januari 2011)
  • Puan Balkhis binti Abdul Rahim (April 2011 – Julai 2014)
  • Puan Suibah binti Sulaiman (Ogos 2014 – September 2019)
  • Tuan Hazani bin Ibrahim (November 2019 - September 2022)
  • Puan Hamidah binti Jailani (September 2022 - Sekarang)
Fail:Class5sc1year2006.JPG
5SC1 2006

Misi dan visi[sunting | sunting sumber]

Misi[sunting | sunting sumber]

Misi Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya ialah mempunyai komitmen dalam meningkatkan:

  • Kecemerlangan Akademik
  • Kecemerlangan Kokurikulum
  • Kecemerlangan Sahsiah dan Moral
  • Melalui Program Pendidikan Yang Terancang

Ke arah membentuk, membina dan melahirkan warga SMKSJ yang sihat dari aspek mental, fizikal, berjiwa kepimpinan serta berketerampilan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

Wawasan[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya sebagai sebuah organisasi pendidikan yang CEMERLANG dalam setiap aspek penglibatan, kegiatan dan aktiviti di negeri Pulau Pinang dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum

Falsafah SMKSJ[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya berhasrat meninggikan prestasi akedemik dari segi kecemerlangan dan peratus kelulusan PMR, SPM dan STPM, melahirkan pelajar yang berdisiplin dan bermoral tinggi, sihat dari segi fizikal, mental serta berkemahiran dalam bidang sukan dan bidang yang disediakan. Juga ingin melahirkan pelajar yang berjiwa kepimpinan dan bertanggungjawab dengan tugas yang diamanahkan. Ingin menjadikan sekolah sebagai ejen dalam melahirkan masyarakat yang bersatu-padu, demokratik dengan semangat bekerjasama, mendukung cita-cita Rukun Negara.

SMKSJ Blok E
Fail:Sekolah2.jpg
SMKSJ 2000

Kelab dan persatuan[sunting | sunting sumber]

Unit Beruniform[sunting | sunting sumber]

  • Kadet Remaja Sekolah
  • Kadet Bomba Dan Penyelamat
  • Kadet Pertahanan Awam
  • Bulan Sabit Merah Malaysia
  • Renjer Puteri
  • Pergerakan Puteri Islam
  • Kadet Polis Wanita

Kelab[sunting | sunting sumber]

  • Kelab Seni Budaya
  • Kelab Pencegahan Jenayah
  • Kelab Lanskap dan Alam Sekitar
  • Kelab Kembara & Perlancongan
  • Kelab Perabot
  • Kelab Nafas Baru
  • kelab Fotografi

Persatuan[sunting | sunting sumber]

  • Persatuan Bahasa Inggeris
  • Persatuan Bahasa Melayu
  • Persatuan Bahasa Cina
  • Persatuan Silat Seni
  • Persatuan Kebudayaan India Dan Bahasa Tamil
  • Persatuan Pendidikan Islam
  • Persatuan Sejarah & Geografi
  • Persatuan Kemahiran Hidup

Sukan dan permainan[sunting | sunting sumber]

  • Kelab Badminton
  • Kelab Bola Keranjang
  • Kelab Tenpin Bowling
  • Kelab Pinpong
  • Kelab Taekwondo
  • Kelab Bola Tampar
  • Kelab Olahraga
  • Bola Jaring
  • Pasukan Sepak Takraw
  • Pasukan Bola Sepak
  • Pasukan Bola Baling
  • Pasukan Sofbol
  • Pasukan Hoki

Pertubuhan Tingkatan 6[sunting | sunting sumber]

  • Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 (MPP T6)
  • Badan Pengawas Tingkatan 6
  • Badan Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 6

Kokurikulum Tingkatan 6[sunting | sunting sumber]

  • Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Tingkatan 6 (BSMM T6)
  • Kelab Sains Dan Matematik
  • Kelab Ekonomi Dan Pengurusan
  • Kelab Pelancongan
  • Kelab Kesasteraan Melayu
  • Pasukan Bola Tampar
  • Pasukan Ping Pong
  • Pasukan Badminton
  • Pasukan Bola Jaring



Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya
Lengkok Sembilang, Seberang Jaya
13700, Perai
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6043996601
Faks = 6043903199

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Majalah sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Majalah Sekolah Semilang Edisi 5 (2004) Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya
  • Majalah Sekolah Semilang Edisi 6 (2005) Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya
  • Majalah Sekolah Semilang Edisi 7 (2006) Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya
  • Majalah Sekolah Semilang Edisi 8 (2007) Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya

Pautan[sunting | sunting sumber]