Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya
Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya.jpg

Lencana SMK Segambut Jaya

Alamat  Malaysia Jalan 4/38A Segambut, Kuala Lumpur
Telefon 362587622
Faksimili 362508310
Klasifikasi Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Visi Pendidikan Berkualiti dan Bersepadu Menjana Insan Kamil
Misi Membangunkan Modal Insan Kelas Pertama dengan Sahsiah Terpuji dan Berketerampilan selaras dengan aspirasi Pendidikan Negara.
Kod Sekolah WEA0228
Pengetua Tuan Haji Muhamad Khailani Bin Abdul Jalil A.M.N P.M.C
Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum Puan Shahida Binti Azizan
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Puan Noraini Binti Abdul Manan
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Jamaliah Binti Ghazali
Tahun dirasmikan -

Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan 4/38A Segambut, Kuala Lumpur.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya memiliki 792 pelajar lelaki dan 233 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1025 orang. Ia mempunyai seramai 76 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Segambut Jaya dilahirkan dengan tradisi mendidik pelajar-pelajar seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara. Dari sudut sejarah, SMK Segambut Jaya ditubuhkan pada 04 Disember 1995 dengan menumpang dipremis SRK Segambut Jaya sehingga 30 Mei 1997. SMK Segambut Jaya mempunyai keluasan tanah berukuran 9.6 ekar. Ia terletak di Lembah Segambut, 6 kilometer dari pusat Bandar Kuala Lumpur. Sekolah ini mempunyai 4 blok, 36 buah kelas, 6 buah makmal, 2 bilik senilukis, 2 buah bilik guru, sebuah perpustakaan, bilik computer, bilik kebal, bilik pengawas, kantin dan satu blok tingkat bawah untuk Kemahiran Hidup.

Sekolah ini mula beroperasi dibawah pimpinan Pn Fitriah Bt Yusof sebagai pengetua pertama dengan dibantu oleh 11 orang kakitangan akademik dan 2 orang kakitangan bukan akademik. Bilangan pelajar yang mendaftar pada tahun pertama adalah seramai 231 orang. Tujuh kelas telah diwujudkan dengan dua Kelas Peralihan dan lima kelas Tingkatan Satu.

Tanggal 16 Februari 1996, warga SMK Segambut Jaya telah menerima pengetua baru iaitu En Alias B Abdul Karim setetah Pn Fitriah berpindah ke SM Convent, Klang. Tempat En Alias seterusnya diganti pula oleh Tn Haji Supandi B Ismial. Seterusnya Tn Haji Ahmad B Abdullah. Pada awal tahun 2005 sehingga pertengahan tahun 2007 En Tajuddin B Mohamd Mor pula menjadi pengetua dan kini pengetua baru SMK Segambut Jaya ialah Tn Haji Muhamad Khailani B Abdul Jalil.

Sehingga kini SMK Segambut Jaya mempunyai Kakitanga Akademik seramai 68 orang, Ketua Pembantu Tadbir seorang, Ketua Penyelia Asrama seorang, Pembantu Tadbir seorang, Penyelia Asrama seorang, Pembantu Makmal 3 orang, Pembantu Am Pejabat 5 orang, Pembantu Tadbir Rendah seorang dan Pemandu seorang. Manakala jumlah pelajar pula mencecah seribu orang.

Pencapaian Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

2012


Naib Johan- Pertandingan Pesta Pantun Zon Sentul

Naib Johan- Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Akhir Negeri Wilayah Persekutuan KL

Johan-Pidato Piala DiRaja Zon Sentul

Ketiga-Pidato Piala DiRaja WPKL

Johan- Hafazan MTQ Zon Sentul

Johan- Hafazan MTQ WPKL

Johan- Kamar Segar Selesa (KSS) Zon Sentul

Naib Johan- Kawad Kaki Hari Wilayah (BSMM)

Johan- Nasyid PPDa Zon Sentul

Johan- Nasyid PPDa WPKL

Johan- ePPDa Zon Sentul

Johan- ePPDa WPKL

Naib Johan- Pertandingan Kompang WPKL


2011

Johan- Bahas Ala Parlimen ASAT Peringkat Negeri WPKL

Johan- Pertandingan Catur ASAT Peringkat Negeri WPKL

Johan-Pertandingan Bola Tampar ASAT Peringkat Negeri WPKL

JOHAN -Bahas Ala Parlimen Zon Sentul

Ketiga -Bahas Ala Parlimen Peringkat Negeri

Ketiga -Forum Remaja Zon Sentul

Johan - e-PPDa Zon Sentul

Johan - e-PPDa Peringkat Negeri

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya
Jalan 4/38A Segambut, Kuala Lumpur
Telefon = 362587622
Fax = 362508310

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • www.sejaya.edu.my