Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19
Smk Seksyen 19 Logo
Lokasi
Jalan Gelora 19/46, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Menuju Wawasan
Nombor sekolah03-55423306
Kod sekolahBEA8621
Pengerusi PIBGTuan Hj Hashim bin Anang
PengetuaPuan Rohana binti Jaafar


Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 atau nama ringkasnya SMK Seksyen 19, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Gelora 19/46, Seksyen 19.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 (SMKS 19) terletak di kawasan Seksyen 19, Shah Alam. Pada tahun 2024, SMK Seksyen 19 mempunyai sebanyak hampir 2533 pelajar yang diletakkan didalam 71 kelas.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 terletak di tengah-tengah kawasan perindustrian dengan keluasan 40.8 hektar. Sekolah ini beroperasi pada 20 Jun 1994 dengan kelas khas, 2 tingkatan peralihan, 10 tingkatan 1, 6 kelas tingkatan 2 dan 4 kelas tingkatan 4. Jumlah keseluruhan ialah 785 orang. Nama kelas diambil berdasarkan nama tokoh-tokoh falsafah

Visi, Misi dan Moto Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pendidikan berkualiti,

Insan terdidik,

Negara sejahtera.

Misi sekolah[sunting | sunting sumber]

"Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara"

Moto sekolah[sunting | sunting sumber]

"Berilmu menuju wawasan"

Barisan Pengetua[sunting | sunting sumber]

  • (1994-2003):Tuan Haji Haron bin Said
  • (2003–2005): Puan Hajah Rokiah bt Baharom
  • (2005–2006): Puan Lucia Quek Sai Gearn
  • (2007–2013): Datin Hajah Suraini bt Supardi
  • (2014–Julai 2021): Puan Hajah Putri Roslawati bt Hashim
  • (Ogos 2021 - Jun 2022) : Encik Abdul Rahim bin Khalid
  • (Julai 2022 - Kini) : Puan Rohana binti Jaafar

Kelas - Kelas[sunting | sunting sumber]

  • Aliran Perdana
  • PPKI


Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Seksyen 19
Menjadi tunggak masa depan
Mendidik warga berjaya berjasa
Rakyat makmur negara maju

Progresif, aktif, kreatif, produktif
Ke arah prestasi yang cemerlang
Berkat usaha pendidik dedikasi
Bersatu erat dan saksama

Capailah kejayaan bersama
Menyinar cahaya yang gemilang
Namamu megah diingat selalu
Sekolahku yang tercinta

Sekolah Menengah Seksyen 19
Menjadi tunggak masa depan
Mendidik warga berjaya berjasa
Rakyat makmur negara maju

Ikrar pelajar[sunting | sunting sumber]

Bahawasanya kami pelajar-pelajar

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19

berikrar akan menumpukan

sepenuh tenaga dan iltizam kepada

pelajaran dan aktiviti sekolah.

Bahawasanya kami akan berusaha

untuk mencapai kecemerlangan

diri demi masa depan, agama,

bangsa dan negara.

Bahawasanya kami akan sentiasa

menghormati ibu bapa, guru-guru,

pemimpin-pemimpin dan

undang-undang negara.

Bahawasanya kami akan sentiasa

menjauhkan diri dari salah laku dan seterusnya mensifarkannya

di rumah dan di sekolah.

Dan seterusnya kami akan

berpegang teguh pada janji dan

ikrar kami demi masa depan kami dan wawasan negara.

Rumah sukan[sunting | sunting sumber]

Nama rumah sukan diambil daripada nama atau jawatan istana, seperti:

Kemudahan Sistem PEPATIH MySekolah[sunting | sunting sumber]

  • Sistem PEPATIH My Sekolah mula digunakan pada Jun 2019
  • Ia bertujuan untuk mencatat kehadiran warga sekolah secara automatik.

Koperasi sekolah[sunting | sunting sumber]

Koperasi sekolah menyediakan jualan makanan dan barangan keperluan pelajar serta guru, seperti:

  • Roti
  • Air
  • Baju sukan
  • Lencana sekolah
  • Tali Leher (bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang tidak memakai baju kurung )
  • Lencana Petaling (pelajar sesi pagi sahaja)
  • Alat tulis
  • Kemudahan fotostat
  • Air bergas
  • Sup kari
  • Aiskrim
  • Jus buah
  • Piza
  • Karipap
  • Onigiri

Kaunseling[sunting | sunting sumber]

Kemudahan kaunseling disediakan sebagai tempat pelajar-pelajar mendapatkan motivasi diri dan tempat penyelesaian masalah, seperti:

  • Masalah disiplin
  • Masalah keluarga
  • Masalah diri
  • Masalah-masalah lain

Kategori kaunseling[sunting | sunting sumber]

Nama Kauseling Nota
Kaunseling Kelompok Kaunseling berkumpulan
Kaunseling Individu Kaunseling perseorangan


Waktu sekolah[sunting | sunting sumber]

Sesi Pagi[sunting | sunting sumber]

Hari Masa Mula Masa Tamat Nota
Isnin - Khamis 07:20 Pagi 01:20 Tengah Hari Waktu Kerja Biasa
Jumaat 07:20 Pagi 12:20 Tengah Hari Balik awal kerana memberi laluan kepada pelajar dan guru lelaki islam sembahyang jumaat
Sabtu 07:30 Pagi ((Bebas)) Waktu badan beruniform dan kelab atau kelas tambahan

Sesi Petang[sunting | sunting sumber]

Hari Masa Mula Masa Tamat Nota
Isnin - Khamis 01:05 Petang 06:45 Petang Waktu Kerja Biasa
Jumaat 02:20 Petang 06:50 Petang Masuk Lewat kerana solat jumaat bagi pelajar lelaki dan guru-guru lelaki.
Sabtu 07:30 Pagi ((Bebas)) Waktu badan beruniform dan kelab atau kelas tambahan

Huraian waktu sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Bagi pelajar pagi, setiap pelajar mesti beratur di tapak perhimpunan manakala pada setiap hari Isnin terdapat perhimpunan rasmi. Perhimpunan tidak diadakan jika cuaca tidak mengizinkan.
  • Bagi pelajar petang, pelajar mesti beratur di tapak perhimpunan setiap hari sebelum masuk dan balik manakala pada setiap Isnin terdapat perhimpunan rasmi. Perhimpunan tidak diadakan jika cuaca tidak mengizinkan.
  • Setiap pelajar yang datang lewat akan didenda.

Sistem penalti[sunting | sunting sumber]

Sistem penalti SMKS 19 dikenali sebagai SSDM oleh KPM.

  • Menyemak rekod kesalahan pelajar
  • Memberikan kredit kepada murid yang mengamalkan nilai-nilai murni

Majalah tahunan[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam mempunyai majalah tahunan atau year book yang dipanggil Tinta19 dan ia dikeluarkan secara atas talian.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • 30 Ogos 2007, pada majlis atau hari ambang kemerdekaan, SMK Seksyen 19 telah memecah rekod dengan membuat kad ucapan hari kemerdekaan Malaysia yang kelima puluh terpanjang iaitu 1 km yang mengelilingi dua buah sekolah iaitu SMK Seksyen 19 dan SRAI Seksyen 19. Kejayaan tersebut telah dicatat dalam Malaysian Book Of Record.
  • 2015 SMKS19 telah mewakili Malaysia ke AICFF Hokaiddo, Jepun dalam filem pendek anjuran Jenesys Japan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19
Jalan Gelora 19/46,
Seksyen 19,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
 Malaysia
Telefon = 03 55423306
Faks = 03 55495382

Pautan luar[sunting | sunting sumber]