Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 3 Bandar Kinrara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 3 Bandar Kinrara
Lokasi
 Malaysia Jalan BK 5B, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoBerilmu, Beramal, Berbakti
Nombor sekolah380757760
Kod sekolahBEA8645
PengetuaPuan Hafizah binti Abdul Samad
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Haslinda binti Sabu
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Azura binti Abu Bakar
Penolong Kanan KokurikulumPuan Rohani binti Sulaiman
Faks380757657
Laman sesawang
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 3 Bandar Kinrara atau nama ringkasnya SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan BK 5B, Bandar Kinrara.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 3 Bandar Kinrara memiliki 691 pelajar lelaki dan 614 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1305 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.2009

Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara dibuka pada 01 Disember 2001. Saluran murid ke sekolah ini datang dari SK Seksyen 1 Bandar Kinrara, SJK(T) Castlefield, SJK(T) Kinrara, SJK(T) Puchong, SK Seafield, SJK(C) Sedang Baru, SK Puchong Jaya 2, SK Pusat Bandar Puchong 1, SJK(C) Lick Hung, SJK(C) Yak Chee dan SK Taman Desaminium. Sesi persekolahan bermula pada 07 Januari 2002 dengan 18 orang tenaga pengajar, 2 orang staf sokongan dan 79 orang pelajar. Sekolah ini mempunyai 3 blok 2 tingkat dan 3 blok 1 tingkat yang terdiri daripada Bengkel MPV, Blok Kantin dan Surau. Keluasan sekolah ini ialah 25159 meter persegi dengan peruntukan bagi padang sekolah, gelanggang bola keranjang, blok bangunan kelas, sebuah kantin dan surau.

Pada tahun 2012, sekolah ini mempunyai seorang pengetua baru yang bernama En. Shamsul Azha bin Md Yusuf. Beliau menukarkan nama sekolah ini yang sebelumnya "SEMESTI" dan sekarang ialah "SEMESTIB" kerana nama SEMESTI telah digunakan oleh sekolah lain.

Pada tahun 2016, penolong kanan petang digantikan degan Puan Hajah Omme Kalthom binti Md Sharif oleh Tan Siew Hong.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami Warga Berperibadi Mulia
Rajin Berusaha Mencerdas Minda
Menggembleng Tenaga, Sehati Sejiwa
Visi Direalisasi
Era Teknologi Ilmu Yang Dikuasai
Mencipta Kejayaan, Berketrampilan
Guru Berkualiti, Pelajar Dedikasi
Berilmu, Beramal, Berbakti
Kami Pelajar Berhemah Tinggi,
Smk Seksyen 3 Bandar Kinrara,
Hidup Harmoni dan Seimbang
Sekolah Gemilang, Negara Terbilang.
Kami Warga Yang Mulia
Rajin Berusaha Mencerdas Minda,
Menggembleng Tenaga, Sehati Sejiwa
Visi Direalisasi, Visi Direalisasi, Visi Direalisasi

Visi dan Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

VISI SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara[sunting | sunting sumber]

SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara sekolah terbilang dan unggul menjelang 2022

MISI SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara[sunting | sunting sumber]

Memberi pendidikan Berkualiti Kepada Semua Murid Bagi Melahirkan Modal Insan Yang Berilmu dan Berakhlak Dengan Mengupayakan Sumber Berlandaskan Aspirasi Negara

Alamat Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 3 Bandar Kinrara
Jalan BK 5B, Bandar Kinrara,
47180 Puchong
Selangor, Malaysia
Telefon = 380757760
Fax = 380757657

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]