Sekolah Menengah Kebangsaan Selirik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Selirik
Lokasi
Jalan Selirik, Peti Surat 97, 96807, Kapit,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoMansang Selirik, Mansang
Titian Kejayaan
Nombor sekolah6084796233
Kod sekolahYEE7102
PengetuaAwin anak Engga
Faks6084796434


Sekolah Menengah Kebangsaan Selirik atau nama ringkasnya SMK Selirik, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Selirik, Peti Surat 97.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Selirik memiliki 740 pelajar lelaki dan 829 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1569 orang. Ia mempunyai seramai 123 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekilas Pandang[sunting | sunting sumber]

SMK Selirik telah ditubuhkan pada  4 Januari 1981. Pada awal penubuhannya, SMK Selirik tidak mempunyai bangunan sendiri, sebaliknya menyewa bangunan Private Methodist Secondary School Kapit di Jalan Panto, Kapit. Pada masa itu hanya terdapat empat buah kelas sahaja iaitu dua buah kelas peralihan dan dua buah lagi kelas tingkatan satu. Pada awalnya SMK Selirik didokong oleh lapan tenaga pengajar dan enam staf sokongan. 

Kakitangan Akademik                                                                    

Cikgu Charles Ngalang anak Ligas (Menjalankan tugas Guru Besar) 

Cikgu Edward Sumbang anak Asun (Penolong Kanan)                                     

Cikgu Goyeng anak Nojeng         

Cikgu Mahmud Ali Basah

Cikgu Wee Peck Lay

Cikgu Sng Bee Kuan

Cikgu Lily Tie

Cikgu Keun Swee Leng

Kakitangan Sokongan

Encik Anthony Kayan anak Kana (Kerani)

Cik Wee (Matron)

Encik Sipok anak Pok (Tukang masak)

Cik Bibi anak Sibat (Tukang masak)

Cik Ungan Lisut (Tukang masak)

Encik Miring (Tukang kebun)       

Tapak asal SMK Selirik yang dicadangkan adalah di kawasan tanah yang bertentangan dengan Taman Ixora sekarang ini. Nama SMK Selirik telah diilhamkan oleh Encik Kong Chung Nam (Penolong Pegawai Pelajaran Bahagian Kapit pada masa itu). Nama tersebut adalah berdasarkan nama kawasan Selirik yakni tapak asal yang dicadangkan itu. Walau bagaimanapun, pihak Pejabat Pelajaran Bahagian Kapit telah membatalkan hasrat untuk menubuhkan bangunan sekolah di kawasan tersebut atas beberapa sebab tertentu.  Tapak seterusnya yang dicadangkan adalah berdekatan dengan SRB Sungai Amang yang berkeluasan 36.4 ekar (tapak sekarang). 

Pada 5 Januari 1982, SMK Selirik telah berpindah dari Jalan Panto ke tapak yang  baru yang terletak di KM5 Jalan Selirik. Pada masa itu, sekolah tersebut masih dalam proses pembinaan dan serba kekurangan dari segi kemudahan seperti tiada bekalan elektrik dan air. Kawasan sekolah telah dipisahkan dari jalan raya oleh Sungai Amang. 

Pada tahun 1983, jambatan konkrit yang pertama di bahagian Kapit telah dibina untuk menghubungkan SMK Selirik dengan jalan raya utama. Pembinaan jambatan tersebut telah menelan belanja lebih setengah juta ringgit. SMK Selirik siap sepenuhnya pada tahun yang sama.

Pada 27 Ogos 1983, SMK Selirik telah dibuka dengan rasminya oleh YB. Datuk Dr. Sulaiman bin Haji Daud, Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu.

Berikut adalah senarai Pengetua SMK Selirik :

Nama Pengetua                                                     Tempoh

Encik Charles Ngalang anak Ligas                         Januari 1981 – Julai 1983

Encik John Ling Kuok Leong                                  Ogos 1983 – Januari 1987

Encik Lee Sia Chung                                            Februari 1987 – Mac 1993

Encik Mikal anak Luat (memangku)                       April 1993 – Julai 1993

Puan Lucy Kilon                                                  Ogos 1993 – November 1993

Encik Katut anak Achong                                     Disember 1993 – Disember 1997

Encik Mohd. Ilahi bin Junaidi                                Januari 1998 – Mei 2006

Encik Lanyun anak Lupak                                     Jun 2006 – Mei 2011

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, SMK Selirik telah menjadi Johan Persembahan Bakat Konvensyen Prostar Peringkat Negeri Sarawak.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Selirik
Jalan Selirik, Peti Surat 97
96807, Kapit
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084796233
Fax = 6084796434

Pautan luar[sunting | sunting sumber]