Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban
![]() |
|
| Moto | "Berilmu, Berjaya" |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1 Januari 2000 |
| Dirasmikan | Mac 2000 |
| Jenis | Sekolah Menengah Harian |
| Pengetua | Encik Md. Isa bin Salleh |
| Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik | Puan Kasmah binti Osman |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Sazali binti Rahman |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Sapuan Chai bin Abdullah |
| Lokasi | Jalan Ayer Panas, Bemban, Melaka |
| Kemasukan Pelajar | 826 pelajar |
| Nama singkatan | S.M.K.S.B |
| Laman web | Laman SMK Seri Bemban Facebook SMK Seri Bemban |
| Telefon | (+6)06-5216684 |
| Faks | (+6)06-5216684 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban (dikenali sebagai SMKSB) ialah sebuah sekolah menengah harian yang dibina di kawasan Ayer Panas, Melaka (kini dikenali sebagai Bemban) dengan kawasan seluas lebih kurang 16 ekar. Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah yang mempunyai kelas peralihan untuk pelajar berbangsa Cina atau India yang mendapat keputusan UPSR yang tidak memberangsangkan. Sehingga kini, SMK Seri Bemban mempunyai matlamat sendiri untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Isi kandungan |
Sejarah sekolah [sunting]
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban mula dibina pada 24 Ogos 1998 di sebidang tanah seluas 16 ekar di kawasan Ayer Panas (kini dikenali sebagai Bemban) di bawah N24 DUN Bemban. SMK Seri Bemban terdiri daripada beberapa blok, iaitu Blok Pentadbiran, Blok Bilik TINGKATAN, Blok Bengkel, Pusat Sumber dan Makmal Sains. Sekolah ini dibina bersama dengan beberapa kemudahan iaitu sebuah kantin, sebuah bengkel pertanian dan sebuah pondok pengawal di hadapan pintu masuk.
Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban telah berkembang selepas ianya disiap sepenuhnya pada bulan Mac 2000. Pada 17 Januari 2000, seramai 138 orang pelajar telah mendaftar untuk belajar di sekolah ini disertai dengan 14 orang guru dan 7 orang kakitangan sokongan. Pengetua yang pertama pada ketika itu ialah Cik Shaleha Binti Abdol yang telah memimpin dan mentadbir SMK Seri Bemban selama 3 tahun iaitu dari tahun 2000 sehinggalah beliau bersara pada tahun 2003.
Pertukaran pengetua seterusnya dibuat apabila Puan Hajah Zariyah Binti Haji Daud mengambil alih jawatan pengetua sebagai pengetua yang kedua. Beliau telah mentadbir selama 1 ½ tahun iaitu dari tahun 2004 sehingga September 2006. Kapasiti pelajar, guru dan kakitangan sokongan bertambah dari tahun ke tahun sehinggalah kini. Jawatan pengetua telah diambil alih oleh Puan Hajah Rukiah Binti Mustakim sebagai pengetua yang ketiga daripada Puan Hajah Zariyah. Beliau telah mentadbir dari September 2006 sehingga Februari 2009.Selepas itu,jawatan pengetua pula disandang pula oleh En. Md.Isa B. Salleh pada tahun Februari 2009 hingga September 2010.Kini,jawatan pengetuan disandang oleh En.Ahmad Kamal B.Md. Don.
Lagu rasmi sekolah [sunting]
Bahasa Melayu
SMK Seri Bemban
Indah serta gagah
Gedung ilmu pembentuk minda
Berilmu, berakhlak mulia, berjaya
Jadi anak Malaysia ternama
Patuh pada agama
Hormat ibu bapa dan guru
Sayangi rakan dan perpaduan
Bertekad tuntut ilmu tanpa jemu
Kami berjanji menjulang namamu
SMK Seri Bemban
Martabatkan ilmu yang dituntut
Menjadi insan yang berjaya
Bahasa Inggeris
SMK Seri Bemban breathtaking and mighty
Centre of knowledge, developing mind
knowledgeable, virtous, honowrable, successful
To become renowned Malaysians
Observe religions duties,
Respect parents and teachers
Love our friends and unity
Determined to seek knowledge persistently
We promise to glorify your name
SMK Seri Bemban
Elevate knowledge that we acquire
To become successful human beings
Kelas-kelas berada di sekolah [sunting]
| Tingkatan | Kelas |
|---|---|
| Pendidikan khas | Empat |
| Peralihan | Satu |
| Satu | 1 Bestari, 1 Berjaya, 1 Gigih, 1 Cemerlang, 1 Cendekiawan, 1 Gemilang |
| Dua | 2 Bestari, 2 Berjaya, 2 Gigih, 2 Cemerlang, 2 Cendekiawan, 2 Gemilang |
| Tiga | 3 Bestari, 3 Berjaya, 3 Gigih, 3 Cemerlang, 3 Cendekiawan, 3 Gemilang |
| Empat | 4 Kejuruteraan, 4 Prinsip Akaun, 4 Ekonomi, 4 Katering, 4 Perdagangan |
| Lima | 5 Kejuruteraan / Sains, 5 Prinsip Akaun, 5 Ekonomi, 5 Perdagangan 1 / Kesusasteraan, 5 Perdagangan 2, 5 Katering |
Maklumat sekolah [sunting]
Alamat surat menyurat [sunting]
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban
Jalan Ayer Panas, 77200
Bemban, Melaka
No. telefon / faksimili [sunting]
- No. telefon : (+6)06-5216684
- No. faksimili : (+6)06-5216684
Informasi ICT [sunting]
Alamat e-mel: mea1080@pd.jaring.my
Visi dan misi sekolah [sunting]
Visi :
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban Ceria Berbudaya Cemerlang.
Misi :
Untuk mencapai tahap kecemerlangan, SMK Seri Bemban akan berusaha :
- Melahirkan pelajar cemerlang hasil Pengajaran dan Pembelajaran yang berkualiti
- Sentiasa meningkatkan pencapaian kokurikulum di semua peringkat
- Meningkatkan sahsiah pelajar yang terpuji lagi berketrampilan
- Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria, selamat dan kondusif
- Menjadikan pengurusan dan pentadbiran sekolah cekap dan berkesan
- Meningkatkan pembangunan staf melalui pembudayaan ilmu
Objektif sekolah [sunting]
- Untuk meningkatkan prestasi pencapaian keputusan peperiksaan PMR dan SPM ke arah 100% lulus.
- Untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang kokurikulum ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
- Untuk menyedia dan mengembangkan iklim dan budaya sekolah yang kondusif untuk pendidikan yang berkesan.
- Untuk meningkatkan kecemerlangan dalam disiplin dan sahsiah diri pelajar sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
