Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
Lambang SMK Seri Bera
Lokasi
SMK Seri Bera,, 28200 Bandar Bera,, Pahang Darul Makmur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah Rancangan Khas Sekolah Kluster Kecemerlangan
MotoIltizam, Ikhtiram, Istiqamah
Nombor sekolah09-2503378
Kod sekolahCEAA163
Pengerusi PIBGEncik Md Yusof Bin Ghani
PengetuaEncik Zakuan Bin Mat Desa
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Norhayati binti Mahidin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Abdul Fattah Bin Abu Hanifah
Penolong Kanan KokurikulumPn. Rosmalahanim binti Burhanuddin
Faks09-2553378


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera atau nama ringkasnya SMK Seri Bera, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampong Kerayong, Bandar Bera, Pahang. Sekolah ini ditadbir oleh seorang pengetua yang amat berdedikasi iaitu Encik Zakuan Bin Mat Desa dan dibantu oleh tiga orang guru penolong kanan iaitu Puan Norhayati binti Mahidin (Pentadbiran), Encik Abdul Fattah Bin Abu Hanifah (Hal Ehwal Murid), dan Puan Hajah Rosmalahanim Binti Burhanuddin (Kokurikulum). Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2002. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera memiliki 196 pelajar lelaki dan 255 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 513 orang. Ia mempunyai seramai 50 orang guru.2009

Kurikulum[sunting | sunting sumber]

SMK Seri Bera mempunyai lima kelas bagi setiap tingkatan iaitu Al-Bukhari, Al-Ghazali, Al-Idrisi, Al-Jazari dan Al-Marwazi

Menengah Rendah[sunting | sunting sumber]

Al-Bukhari - 12 Subjek (Teras + Bahasa Arab Komunikasi + KKQ)

Al-Ghazali - 11 Subjek (Teras + Bahasa Arab Komunikasi)

Al-Idrisi - 10 Subjek Teras

Al-Jazari - 10 Subjek Teras

Al-Marwazi - 10 Subjek Teras

Menengah Atas[sunting | sunting sumber]

Al-Bukhari - STEM 1 (Fizik,Kimia,Biologi,Matematik Tambahan)

Al-Ghazali - STEM 2 (Fizik,Kimia,Prinsip Perakaunan,Matematik Tambahan)

Al-Idrisi - KEMANUSIAAN DAN SASTERA IKHTISAS

Al-Jazari - KEMANUSIAAN DAN SASTERA IKHTISAS

Pada tahun 2005, hanya terdapat satu kelas tingkatan 5 iaitu kelas Sains Tulen (5 Ibnu Sina) manakala dua kelas tingkatan 4 iaitu kelas 4 Ibnu Sina (Sains Tulen) dan 4 Ibnu Rusyd (Sains Teknikal). Mulai 2007, kelas menengah atas mengambil bidang Sains Tulen + bahasa Arab Tinggi dan Sains Tulen + Pendidikan Seni Visual. Manakala mulai 2009, baharulah kelas Sains Tulen Agama diwujudkan.

Senarai Pengetua SMK Seri Bera
Bil. Nama Tempoh
1 Datin Jamaliah binti Zainal Abidin 2002-2004
2 Puan Hajjah Edah binti Salim 2005-2006
3 Puan Sapiah binti Abdul Jalil 2006-2013
4 Encik Yahya bin Awang 2013-2014
5 Tuan Haji Zaberi bin Abdul Hamid,AMP 2014-2017
6 Puan Normah Binti Ismail,SMP 2017-2019
7 Encik Zulkifli Bin Mat Nasir 2019-2021
8 Encik Zakuan Bin Mat Desa 2022 hingga kini

Lokasi[sunting | sunting sumber]

SMK Seri Bera merupakan salah sebuah daripada 10 buah sekolah menengah di daerah Bera. Sekolah ini adalah satu-satunya sekolah Rancangan Khas di daerah Bera. SMK Seri Bera terletak kira-kira 3 km dari Bandar Bera dan 30 km dari bandar Temerloh. Lokasi sekolah ini adalah di kawasan mukim Padang Luas iaitu berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Kerayong dan Pejabat Pendidikan Daerah Bera serta bersebelahan dengan Pejabat Pertanian Daerah Bera.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Inilah sekolah kami
Oh SMK Seri Bera
Taman Ilmu Laman Bestari
Pendukung Cita Bangsa
Kamilah generasi
Kecemerlangan
Berilmu Berakhlak Murni
Setiap Masa
Jadi Budaya
Peribadi Mulia
Setinggi-tinggi cita-cita pastikan tercapai
Berusaha gigih berjuang
Pasti Menjulang Gemilang
Seluruh Warga Menggenggam amanah
Abadikan Kejayaan
Yang Tercipta
Di Seri Bera

Lirik : Sahrunizam Abdul Talib (bekas guru SMKSB, kini berkhidmat di SMK Triang 3)

Lagu : Fazli Bazin (bekas guru SMKSB, kini berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis)

Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 8 (2014) - Kebitaraan Bahasa Melayu , Woodball
  • Tempat Ketiga Anugerah Lonjakan Saujana, Hari Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia (2008)
  • Anugerah Gading Bersilang PMR dan SPM Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
  • Pelajar Terbaik Pendidikan Islam PMR (2007) oleh Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YAPeIM) - Mohamad Zaimin bin Mohd Nosi.

Pencapaian Akademik[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mempunyai rekod pencapaian yang membanggakan dalam peperiksaan terutamanya PMR dan SPM. Pada tahun 2009, pencapaian peperiksaan SPM SMK Seri Bera yang cemerlang meletakkan sekolah ini di kedudukan ke-9 dalam negeri Pahang, di belakang 6 buah sekolah berasrama penuh dan dua buah sekolah premier. Manakala pada tahun 2013, sekolah ini menduduki tempat ke-9 antara semua Sekolah Rancangan Khas (SRK) negeri Pahang. Selain daripada itu, pencapaian dalam peperiksaan PMR juga tidak kurang hebatnya. Pada tahun 2007 dan 2008, seramai 17 orang pelajar telah mendapat semua A bagi subjek yang diambil iaitu 10 orang 9A dan 7 orang 8A pada tahun 2007 manakala 9 orang 9A dan 8 orang 8A pada tahun berikutnya. Selain itu, terdapat sebilangan lagi pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya satu atau dua B dalam peperiksaan tersebut.

Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) SMK Seri Bera
Tahun GPS % Lulus Cemerlang (Semua A)
2005 2.22
2006 1.57 100%
2007 1.42 100% 17
2008 1.48 17
2009 1.51
2010 1.45
2011 1.49 16
2012 1.34 100% 13
2013
2014 2.47
2015 2.07
2016 1.61 3
Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SMK Seri Bera
Tahun GPS % Lulus Kedudukan dalam negeri Pahang
2006 4.33 100%
2007 3.93
2008 3.42 98.38%
2009 2.89 100% 9
2010 3.59 90.20% 22
2011 2.84 98.63% 12
2012 3.17 100% 15
2013 2.85 14
2014 3.18 100% 15
2015 3.16 100% 14
2016 3.45 100% 22

Senarai Pelajar Cemerlang SPM SMK Seri Bera 2009-2012[sunting | sunting sumber]

Bil. Nama Tahun SPM GPI Keputusan
1. Nur Farha Adnin binti Azmi 2010 0.55 10A 1B
2. Nurzatul Umira Nazirah 2010 0.64 10A 1B
3. Hanani binti Mohamed 2011 0.78 8A 1B
4. Mohamad Zaimin bin Mohd Nosi 2009 0.80 9A 1B
5. Muhamad Syafiq bin Mohd Khair 2011 0.80 9A 1B
6. Farah Hanum binti Abu Kassim 2011 0.89 8A 1B
7. Nor Hidayah Asyiqin binti Abdullah 2010 0.90 10A
8. Siti Nur Akmal binti Borhan 2012 1.00 9A 2B
9. Nur Afiqah binti Razman 2012 1.00 10A 1B

*GPI - Gred Purata Individu

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

2007

  • Festival Silat Antarabangsa Brussels, Belgium - 1 Perak
  • Kawat Kaki KRS Peringkat Kebangsaan, Langkawi

2008

  • Kawat Kaki KRS peringkat negeri Pahang - Johan
  • Kuiz Komputer Pertandingan Lalulintas Shell peringkat negeri Pahang - Johan
  • Kuiz Pelancongan peringkat negeri Pahang - Johan

2009

  • Pertandingan Robotik peringkat Kebangsaan, Pusat Sains Negara - Kategori Robot Energizing (Ketiga)
  • Kuiz Pelancongan peringkat negeri Pahang - Johan

2014

  • Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan

Selain itu, beberapa orang pelajar SMK Seri Bera juga pernah mewakili Malaysia ke Sukan Remaja Asia dalam sukan woodball. Terdapat banyak lagi kejayaan yang telah dilakar oleh warga SMK Seri Bera antaranya dalam unit beruniform, Kejohanan Woodball Negeri Pahang , Woodball di SUKMA, Majlis Tadarus Al-Quran, Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT), Karnival SRK, Karnival Ko-Akademik, Karnival PPDa dan lain-lain lagi yang terlalu banyak untuk dinyatakan di sini.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera,
28200 Bandar Bera,
Pahang, Malaysia
Telefon : 6092553378
Fax  : 6092553378

Pautan luar[sunting | sunting sumber]