Kolej Tingkatan Enam Seri Ipoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Tingkatan Enam Seri Ipoh
Lokasi
 Malaysia Lebuh Jansz, 30200, Ipoh,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahKolej Tingkatan Enam dan Pusat Tingkatan Enam
Nombor sekolah6052549207
Kod sekolahAEB2061
Faks6052549207


Kolej Tingkatan Enam Seri Ipoh, merupakan sebuah pusat tingkatan enam yang terletak di Lebuh Jansz. Pusat Tingkatan Enam Seri Ipoh telah secara rasmi menjadi Kolej Tingkatan Enam pada tahun 2016.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pemilik asal tanah bagi tapak sekolah ini ialah kepunyaan Mr Marcus Rex. Tapak ini telah dijual kepada Ramasamy Chettiar s/o Sochalingam Chettiar pada tahun 1940. Pada 23 Mac 1970 tapak ini diserahkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Tapak yang berkeluasan a. 24.45 poles, b. 32.05 poles telah beroperasi sebagai sekolah Tingkatan 6 Mod 1 pada 2 April 2015 dengan menggabungkan pelajar-pelajar daripada 4 buah sekolah yang berhampiran iaitu :

i. SMK Jelapang Jaya – 2 kelas ii. SMK Raja Permaisuri Bainun – 1 kelas iii. SMK Seri Puteri – 1 kelas iv. SMK Dr. Megat Khas – 3 kelas.

Pusat Tingkatan 6 Seri Ipoh mula beroperasi dengan 7 orang guru yang ditempatkan pada awal pembukaan dan 4 orang guru beredar. Sebanyak 7 buah kelas Tingkatan 6 Rendah telah dibuka dengan menempatkan seramai 142 orang pelajar .

Pada 4 Mei 2015 telah menjadi Pusat Tingkatan 6 Seri Ipoh. Institusi ini telah dinaiktarafkan sebagai kolej apabila diumumkan oleh YB Menteri Pendidikan semasa penggulungan Titah Ucapan Yang diPertuan Agong dalam mesyuarat pertama Penggal keempat Parlimen ke 13 tahun 2016. Arahan pertukaran atas nama Kolej Tingkatan 6 Seri Ipoh secara serta merta pada tanggal 8 JUN 2016.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pakej Mata Pelajaran STPM[sunting | sunting sumber]

  • 944 Ekonomi, 948 Perakaunan, 950 Mathematics (M)
  • 910 Bahasa Melayu, 944 Ekonomi, 948 Perakaunan
  • 910 Bahasa Melayu, 944 Ekonomi, 946 Pengajian Perniagaan
  • 910 Bahasa Melayu/912 Bahasa Tamil, 944 Ekonomi, 946 Pengajian Perniagaan
  • 910 Bahasa Melayu, 940 Sejarah, 946 Pengajian Perniagaan
  • 940 Sejarah, 946 Pengajian Perniagaan, 970 Seni Visual

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ipoh
Lebuh Jansz
30200, Ipoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6052549207
Fax = 6052549207

Pautan luar[sunting | sunting sumber]