Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah BEA7614
Lokasi  Malaysia Jalan Au4, Lembah KeramatKUALA LUMPUR, Selangor, Malaysia
Telefon 341065002
Faks 341053033


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat atau nama ringkasnya SMK Seri Keramat, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Au4, Lembah Keramat.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat memiliki 613 pelajar lelaki dan 513 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1126 orang. Ia mempunyai seramai 66 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat mula dibina pada tahun 1994 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sesi persekolahan yang pertama telah bermula pada tahun 1995 dengan nama sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat 2 (SMKLK2) dan telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat (SMKSK) pada Jun 2003. Sekolah ini dibina bagi menampung kesesakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat pada ketika itu.


Sesi persekolahan dimulakan dengan menempatkan sejumlah 261 orang pelajar tingkatan 1 yang semuanya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat. Pelajar-pelajar tersebut ditempatkan di dalam tujuh buah yang di mana salah satu daripadanya ialah kelas bahasa Arab/ kelas aliran agama (KAA).

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat
Jalan Au4, Lembah Keramat
Selangor, Malaysia
Telefon = 341065002
Fax = 341053033

Pautan luar[sunting | sunting sumber]