Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kluster Kecemerlangan SMK Sultanah Hajjah Kalsom
Lokasi
Bandar Damansara, 26100, Kuantan, Pahang Darul Makmur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kluster Kecemerlangan
MotoPINTAR PROAKTIF ILTIZAM UNGGUL
Ditubuhkan7 Januari 2002
Nombor sekolah6095602777
Kod sekolahCEA4086
PengetuaTn. Haji Jonaidi Bin Osman
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Hajjah Tuan Sharifah Rasidah Binti Syed Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTn. Haji Hasdan Bin Hassan
Penolong Kanan KokurikulumPn. Hajjah Norlailani Binti Mohammad Yasin
Faks6095671620

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom atau nama singkatannya SHAKS, dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kuantan, mula dibuka pada 7 Januari 2002. Ini berikutan daripada Jabatan Pelajaran Pahang membuat keputusan untuk menambah bilangan sekolah menengah Rancangan Khas Berasrama Harian di Pahang.Sekolah ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar yang tidak berjaya ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kerajaan di seluruh negara. Pelajar yang diberi keutamaan ialah pelajar yang tinggal di daerah Kuantan dan daerah-daerah lain. Pelajar yang ditawarkan ke sekolah ini terdiri daripada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR dan PT3. Sekolah ini memiliki pelajar-pelajar yang berbakat dalam bidang robotik yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat antarabangsa.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada awal penubuhan,SHAKS hanya mempunyai seramai 16 orang kakitangan akademik dan tiga orang kakitangan bukan akademik manakala bilangan pelajarnya seramai 193 orang yang terdiri daripada tujuh kelas,iaitu tiga kelas Tingkatan 1, tiga kelas Tingkatan 2 dan satu kelas Tingkatan 4.

Bilangan ini bertambah dalam tahun 2003 dengan bilangan pelajar seramai 514 orang yang terdiri daripada tujuh kelas Tingkatan 1, tiga kelas Tingkatan 2,3 dan 4 manakala satu kelas tingkatan 5. Bilangan kakitangan akademik juga bertambah menjadi 35 orang dan 10 staf sokongan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pasukan robotik SHAKS dikenali "Robutuner", pernah mewakili Malaysia bagi kategori Menengah Atas dalam pertandingan Robotik, World Robotic Oympiad (WRO) yang telah diadakan di Yokohama, Jepun. Pasukan "Robotuner" telah merangkul pingat emas dalam WRO bagi kategori terbabit. Pasukan "Robutuner" telah diwakili oleh Abdul Hakim Bin Azir, Shah Aizuddin Bin Mohamed Anuar dan Faiz Bin Azizul dengan bimbingan guru, Cikgu Ahmad Bushra Bin Abdul Rahman. [1]

Mewakili Malaysia dalam pertandingan Formula 1 in Schools di Austin, Texas pada tahun 2013 dan 2016, di Sunway Lagoon, Malaysia pada tahun 2017, di Singapura 2018 dan di Abu Dhabi UAE. Berjaya merangkul kejayaan "FIA Best Woman in Motorsport" di kejohanan akhir dunia di Singapura (2018) dan Best International Collaboration Award di Abu Dhabi (2019)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kluster Kecemerlangan[perlu rujukan]
SMK Sultanah Hajjah Kalsom,
Bandar Damansara 26100,
Kuantan Pahang Darul Makmur
Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]