Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota
Lokasi
Km 16, Jln Gambang, 25150, Kuantan, [Pahang Darul Makmur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6095381461
Kod sekolahCEB4040
Faks6095397159


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota atau nama ringkasnya SMK Seri Mahkota, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 16, Jln Gambang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota memiliki 876 orang pelajar lelaki dan 926 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1802 orang. Ia mempunyai seramai 125 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Kuantan dulunya terletak di Gambang dan dikenali sebagai SMK Gambang, Kuantan. Menjelang pertengahan 1970-an, satu tapak seluas 13 hektar telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Pahang dan Kementerian Pendidikan Malaysia di suatu kawasan berhampiran Kem Batu 10, Kuantan untuk didirikan sebuah sekolah.

Pembinaan sekolah ini siap sepenuhnya pada 1979 dan pada 1 Januari 1980, sekolah ini mula dibuka dan ditukar namanya daripada SMK Gambang kepada SMK Kompleks Tentera Kem Batu 10. Pada tahun pertama operasinya, SMK Seri Mahkota hanya mempunyai seramai 480 orang pelajar, 22 orang guru, seorang Pengetua iaitu En. Loh Wee Nam, seorang Guru Penolong Kanan seorang pelayan pejabat dan dua orang tukang kebun.

Pada tahun 1984, seorang guru sekolah ini iaitu En. Zulkifli b. Md Nordin telah berjaya mencipta logo sekolah dan nama sekolah, yang ditukarkan berdasarkan nama Kampung Mahkota dan sempena nama Tengku Mahkota Pahang. Maka, nama sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Kuantan dan kekal hingga ke hari ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota
Km 16, Jln Gambang
25150, Kuantan
Pahang,  Malaysia
Telefon = 6095381461
Faks = 6095397159

Pautan luar[sunting | sunting sumber]