Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung
Moto Berilmu , Berbakti
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Puan Hajah Fauzia Binti Mokhtar
Pengerusi PIBG Encik Ismail B. Haji Balua
Kod sekolah AEA1109
Lokasi Seri Manjung,Manjung, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Kemasukan Pelajar 2239
Nama singkatan SEMESMA
Laman web http://www.smksm.edu.my/
Telefon 6056881372
Faks 6056887133


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung atau nama ringkasnya SMK Seri Manjung, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Seri Manjung.

Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung mula dibina dalam tahun 1985 di bawah Projek Pinjaman Bank Dunia dengan kos sebanyak RM 4.2 juta. Pembinaan ini termasuklah Sekolah Kebangsaan Seri Manjung. Kawasan sekolah seluas 20 ekar ini dahulunya merupakan sebahagian daripada Ladang Suffolk. Nama sekolah ini diambil sempena dengan nama daerah Manjung. Pada 5 Januari 1986, sekolah ini telah mula berfungsi sebagai satu institusi pendidikan dengan tenaga pengajar seramai 10 dan 160 orang pelajar. Bangunan sekolah telah sempurna dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Ibni Sultan Muhibuddin Syah pada 8 Zulkaedah 1409 bersamaan 12 Jun 1989.

Pelajar[sunting | sunting sumber]

Pelajar-pelajar sekolah kebanyakkannya datang dari Sekolah Kebangsaan Seri Manjung. Kebanyakkan pelajar terdiri daripada anak-anak penduduk Bandar Seri Manjung dan kampung-kampung berdekatan seperti Kampung Dato' Seri Kamaruddin. Penduduk-penduduk terdiri daripada kakitangan kerajaan, pesara dan nelayan.

Pembangunan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Buat permulaannya 3 bilik darjah dalam satu bangunan setingkat telah dibina untuk kegunaan sementara. Bangunan ini terletak dibelakang kantin sekolah dan siap dibina pada tahun 1997. Dua blok bangunan baru yang mengandungi makmal sains tulen, setor dan bilik-bilik darjah telah dibina kerana pelajar semakin bertambah. Bangunan tambahan ini merupakan 2 tingkat dan siap dibina pada tahun 1999.

Pengetua[sunting | sunting sumber]

Sehingga tahun 2010 seramai 6 orang pengetua telah berkhidmat di SMK Seri Manjung iaitu:

-Encik Kamaruzaman B. Hashim (1986-1987)

-Encik Abu Jaafar B. Mansor PJK (1988-1991)

-Tuan Haji Mohd. Arshad B. Haji Ghazali (1991-1997)

-Encik Mohamat Zaimy B. Mohamat Kidi AMN (1997-1999)

-Tuan Haji Md. Razali B. Mohd Salleh AMP (2000-2004)

-Puan Hajah Fauzia Bt. Mokhtar (2004- )

Persatuan Ibu Bapa dan Guru[sunting | sunting sumber]

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (P.I.B.G.) sekolah ini telah ditubuhkan buat julung kalinya pada 2 April 1987. Sehingga sekarang seramai 7 orang Yang DiPertua PIBG telah mencurahkan baktinya kepada anak didik SMK Seri Manjung iaitu:

-Encik Osman B. Darus (1987-1989)

-Encik Mohd. Zain B. Jamil Ahmad (1989-1993)

-Encik Khalid B. Ahmad (1993-1994)

-Encik Ahmad Yusuf B. Che Rus (1994-1996)

-Tuan Haji Tharim B. Ngah Osman PMP (1996-2004)

-Tuan Haji Md. Razali B. Mohd Salleh AMP (2004-2009)

-Encik Ismail B. Haji Balua PPT,PJK (2010- )

Murid & Guru[sunting | sunting sumber]

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung memiliki 1146 pelajar lelaki dan 1093 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2239 orang. Ia mempunyai seramai 120 orang guru.2009 Pembangunan dan pertambahan penduduk di Bandar Baru Seri Manjung telah menyebabkan SMK Seri Manjung turut mengalami perubahan dari segi bilangan guru dan pelajarnya. Bilangan guru telah bertambah daripada 10 orang pada tahun 1986 kepada 129 orang pada 2010. Sementara bilangan pelajar pula bertambah daripada 160 orang kepada 2101 orang pada tahun 2010.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung
Seri Manjung
32040, Seri Manjung
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6056881372
Fax = 6056887133

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]