Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak
Logo SMK Seri Perak
Lokasi
Teluk Intan, Hilir Perak, Perak
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah harian
MotoGembleng Tenaga Untuk Jaya
Ditubuhkan1957
Nombor sekolah6056221707
Kod sekolahAEA5073
PengetuaTn. Hj. Shafie b. Abd Karim
Faks6056227573
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak atau nama ringkasnya SMK Seri Perak, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Changkat Jong.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak memiliki 704 pelajar lelaki dan 665 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1369 orang. Ia mempunyai seramai 110 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak (SEMARAK) atau lebih dikenali sebagai Sekolah Menengah Telok Anson sebelum itu, merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Teluk Intan di negeri Perak, Malaysia. Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1957 tetapi dinamakan secara rasminya pada tahun 1965. Ia merupakan salah sebuah sekolah tertua yang menyediakan Aliran Melayu di seluruh Malaysia. Pada tahun 1998, sekolah ini secara rasminya dijadikan sebuah Sekolah Bestari.

Jata[sunting | sunting sumber]

Perisai ini terbahagi kepada tiga bahagian. Di bahagian tengah yang berwarna merah bermaksud kesungguhan. Warna lain yang turut digunakan ialah hitam, putih, dan kuning yang merupakan warna rasmi bendera negeri Perak. Di bahagian tengah jata ini terdapat lambang relungan bunga padi yang mengelilingi buku yang melambangkan ilmu pengetahuan. Menembusi lambang buku itu ialah obor yang melambangkan "Obor Ilmu Pengetahuan".

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami Pelajar Sekolah Seri Perak
Tumpukan Tenaga Pastikan Tetap Berjaya*
Tujuan Kami Bersih, Suci, dan Murni
Nama yang Tertinggi Tetap Kami Hormati
Marilah Kita Bekerjasama (Korus)
Tinggikan Taraf Kita
Buktikan Setia Setiap Masa
Kuatkan Semangat cita-cita
Kami Pelajar Perlu Pimpinan Murni
Semangat Berkobar untuk Bangsa dan Negara

  • Untuk baris kedua lirik ini, lirik asal sebelum diolah pada tahun 1993 ialah: Berikrar Berusaha Belajar Terus Belajar

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini bermula pada tahun 1958 dengan nama Sekolah Menengah Telok Anson sempena nama Telok Anson. Semasa zaman itu, sesetengah pelajar terpaksa belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz sementara bangunan sekolah ini masih dalam peringkat pembangunan. Pada tahun 1964, semua proses pembinaan telah lengkap. Ia telah dirasmikan oleh Sultan Idris Shah, sultan bagi negeri Perak pada ketika itu pada 17 Januari 1965. Pada masa yang itu, sekolah tersebut masih lagi kekurangan kemudahan kerana hanya beberapa blok sahaja yang dibina termasuklah beberapa buah kelas, makmal sains, sebuah bilik ERT, asrama pelajar lelaki, dan dua buah rumah untuk guru. Pada tahun 1971, beberapa lagi blok telah ditambah seperti Dewan Besar, blok untuk makmal untuk subjek seperti Fizik, Kimia, dan Biologi.

Sempena memperingati Negeri Perak, sekolah itu telah dinamakan semula pada tahun 1974 dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak menggantikan nama Sekolah Menengah Telok Anson, diikuti oleh pembentukan Aliran Sains Tingkatan 6.

Pada 1986, 3 buah lagi bangunan telah dibina termasuk 10 buah kelas dan sebuah bilik kakitangan sekolah dan telah dibuka oleh Yang Berbahagia bekas Menteri Besar negeri Perak, Dato' Sri Ramli Ngah Talib. Pada 1995 sebuah dewan syarahan termasuk beberapa buah lagi pada tahun 2002 dan tahun 2007.

Pengetua[sunting | sunting sumber]

1. En V Shanmugam (Januari 1964 – Februari 1964)

2. En Foong See Toon (Februari 1964 – Januari 1965)

3. Tn Hj Zainal Adnan b. Yang Yahya (Januari 1965 – Oktober 1972)

4. En Zainuddin Yeop b. Mat Tamin (Oktober 1972 – Mac 1974)

5. En Rozalli b. Nordin (Mac 1974 – April 1977)

6. Tn Hj Mohd Arif b. Osman (April 1977 – Oktober 1978)

7. En Adnan b. Bashah (November 1978 – Disember 1979)

8. En Zainal Abidin b. Hj Abdullah (Januari 1980 – Februari 1992)

9. Tn Hj Abdullah b. Othman (Februari 1992 – Julai 1997)

10. En Shaharuddin b. Atan (Oktober 1997 – Julai 1999)

11. Pn Hjh Nor Ainy bt. Abd Hamid (Julai 1999 – 19 September 2007)

12. En Muhd Suod b. Mat Thani (22 Mei 2008 – 31 Januari 2009)

13. Pn Hjh Naimah bt. Ali (16 Mac 2009 – 19 Oktober 2011 )

14. Tn Hj Masri b. Suwarto (01 November 2011 – 01 Ogos 2016)

15. Tn Hj Mohamed Shafie b. Abd Karim (16 Oktober 2016 – Oktober 2017)

16. Pn Sanafiza bt Salim ( 20 Disember 2018 – Mei 2022)

17. Pn. Norhuda bt Jailani ( Jun 2022 – sekarang)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak
Jalan Changkat Jong
36000, Teluk Intan
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6056221707
Fax = 6056227573

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]