Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang
| Moto | Benar, Indah, Bernas |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1983 |
| Jenis | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
| Kod sekolah | BEA8606 |
| Lokasi | Taman Seri SerdangSeri Kembangan, Selangor, |
| Telefon | 03-89489199 |
| Faks | 03-89488995 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang atau nama ringkasnya SMK Seri Serdang, ialah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Taman Seri Serdang, Seri Kembangan, Selangor.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang memiliki 1029 pelajar lelaki dan 1052 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2081 orang. Ia mempunyai seramai 153 orang guru.2009
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Asal-usul nama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang ialah dari sebatang pokok yang bernama “Serdang”. Nama “Serdang” ini mula digunakan sejak sekolah ini mula dibuka lagi iaitu pada 2 Januari 1983. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang ini pada asalnya kawasan yang rata dan bersebelahan dengan bekas lombong bijih timah yang kini ditebus guna untuk dijadikan taman rekreasi. Tempat ini dipilih kerana amat sesuai didirikan sekolah serta berdekatan dengan kawasan perumahan. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang telah dirasmikan penubuhannya 2 Julai 1994 oleh yang berhormat Dato’ Amar Dr. Sulaiman bin Haji Daud, Menteri Malaysia ketika itu.
Kali pertama sesi persekolahan hanya dua blok bangunan iaitu BLOK A dan BLOK B, sebuah kantin, dan sebuah bangunan bengkel seni perusahaan, Oleh itu, bangunan BLOK D dibina pada tahun 1987. Tahun berikutnya, bangunan 3 tingkat BLOK C dirancang pembinaanya pada tahun 1991. Bangunan ini dapat menampung 14 buah kelas dan 3 buah bilik makmal sains. Pertambahan penduduk di kawasaan Serdang menyebabkan sekolah masih menghadapi masalah kekurangan kelas, Maka pada tahun 1992, bangunan kayu (BLOK E) dibina. Bangunan segera lagi dibina untuk mengatasi kekurangan kelas pada tahun 1994 iaitu BLOK F. Pada bulan Jun 1993, bangunan milik pemaju perumahan Seri Serdang diambil alih oleh pijak sekolah untuk dijadikan bangunan pejabat pentadbiran sekolah.
Kini SMK Serdang mampu menampung 72 buah kelas, 6 Makmal Sains, sebuah Perpustakaan, Bilik Audio Visual, Bilik Guru, Bilik Pengawas, Bilik Sukan, Bilik Koperasi, Surau, Pusat Tarbiah, Bilik Jahitan, Bilik Masakan, Café Seri, Bilik Landskap, Dewan Seri, Gelari Inovatif. Kewujudan pelbagai bilik bantuan menjana kecermerlangan akademik dan kokurikulum.
Untuk membantu perkembangan fizikal dan mental pelajar, gelanggang badminton dan bola keranjang menjadi medan pelajar untuk mengeluarkan peluh untuk menyihatkan badan. Pembentukan persekitaran yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah merangsangkan pihak sekolah menyediakan 2 buah pondok bacaan yang dikelilingi oleh kehijauab flora. Udara yang segar dapat membantu anak didik mencetus ilham yang bernas sepanjang sesi persekolahan mereka.
Pada tahun 2003, warga pejabat telah mendapat satu ruang yang lebih selesa untuk menjalankan perkhidmatan mereka di tingkat 1 BLOK A baru.
Lencana sekolah [sunting]
Lencana Sekolah Menegah Kebangsaan Seri Serdang telah direka cipta oleh Encik Chew Fong, selaku Pengetua pertama sekolah ini
Pencapaian [sunting]
Alamat [sunting]
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang
- Taman Seri Serdang
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 0389489199
- Faks = 0389488995