Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong, Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong
Lokasi
Tanjung Kling Pos, 76400, Tanjong Kling, Melaka Bandar Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUSAHA JAYA
Nombor sekolah+606-3511539
Kod sekolahMEA2089[1]
Pengerusi PIBGDatuk Noor Haizan bin Hj Mat Rasali
PengetuaDr. Ramnan bin Saidun
GPK Pentadbiran dan AkademikTn. Hj. Zulkifli bin Amil
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTn. Hj. Khamis bin Kapil
Faks+606-3510825
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong atau nama ringkasnya SMK Seri Tanjong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Tanjung Kling Pos.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong memiliki 1001 orang pelajar lelaki dan 983 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1984 orang. Ia mempunyai seramai 126 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Idea untuk mewujudkan sebuah sekolah menengah di kawasan Tanjong Kling telah terjelma sejak awal tahun 1960-an lagi. Kesedaran ini timbul disebabkan oleh masalah pengangkutan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar kawasan ini yang bersekolah di Bandar Melaka. Atas kesedaran inilah beberapa orang AJK UMNO kawasan Tanjong antaranya Allahyarham Tuan Haji bin Haji Abdul Manap, Allahyarham Tuan Haji Jaafar bin Alang dan Tuan Haji Mohd. Amin bin Saad telah megemukakan idea tersebut kepada Wakil Rakyat Kawasan Tanjong pada masa itu.

Justeru itu, pada tahun 1968 lahirlah sebuah sekolah menengah yang menempatkan pelajar-pelajar aliran Melayu dari kawasan Tanjong yang meliputi pelajar-pelajar dari Sungai Udang hingga Klebang. Sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Tanjong Kling. Oleh kerana belum mempunyai bangunan sendiri, pelajar-pelajar pelopor (tingkatan satu) telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Lereh. Pelajar Sekolah Menengah Tanjong Kling menumpang di sekolah tersebut sehingga 1970.

Perkembangan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pandangan Hadapan Sekolah

Pada tahun 1970 bangunan tetap Sekolah Menengah Tanjong Kling telah siap dibina di kampung Ghafar Baba berhampiran Tangga Batu dan Kampung Gelam. Semua pelajar yang menumpang di Sekolah Kebangsaan Lereh telah berpindah ke sini. Pada awal penubuhannya, sekolah mempunyai 10 orang guru dan 308 orang murid. Terdapat 8 buah kelas yang terdiri dari 4 buah kelas Tingkatan Satu dan 4 buah kelas Tingakatan Dua.

Selaras dengan perkembangan pesat kawasan ini dari segi penempatan dan ekonomi sekolah ini juga turut berkembang. Pelajarnya semakin hari semakin bertambah. Kini sekolah ini mempunyai hampir 1800 orang pelajar, yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu hingga Enam Atas yang belajar dalam 49 buah kelas. Pada tahun 1979, nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Menengah Seri Tanjong. Gred sekolah juga telah dinaikkan ke gred A.

Pejabat Sekolah SMKST


Beberapa buah bangunan tambahan terpaksa dibina untuk menampung pertambahan murid. Pada tahun 1977 sebuah bangunan yang mengandungi 7 buah bilik darjah dan sebuah bilik perpustakaan telah dibina. Pada tahun 1985, dengan pengambilan tanah yang berhampiran, kawasan sekolah telah bertambah luas menjadi 12.1 ekar. Di atas tanah ini telah dibina sebuah bangunan yang menempatkan 3 buah makmal sains tulen dan sebuah bangunan tiga tingkat. Bangunan ini mengandungi 13 buah bilik darjah sebuah perpustakaan, bilik sumber dan bilik tayangan. Bangunan ini bernilai RM500,000.00. Oleh kerana bilangan murid terus bertambah, dua buah bangunan gotong-royong yang mengandungi 9 bilik darjah telah dibina pada tahun 1989.

Surau Sekolah

Salah satu kebanggaan sekolah ini ialah suraunya. Surau ini merupakan salah sebuah surau sekolah yang besar di negeri Melaka. Surau ini berharga RM120,000.00 adalah hasil dari derma dan sumbangan yang diberikan oleh orang ramai. Bangunan surau ini memberikan kemudahan kepda pelajar dan guru-guru beragama Islam menjalankan aktiviti-aktiviti agama dan solat. Selain itu, projek keceriaan bagi tujuan keindahan sekolah dan menarik minat pelajar ke seolah turut dipergiatkan. Hasilnya, pada tahun 1994 sebuah Taman Kemahiran Hidup diwujudkan. Pada tahun 1995, sebuah bangunan mengandungi 2 buah bengkel kemahiran hidup, sebuah bangunan yang mengandungi enam bilik darjah dan Dewan Sekolah siap dibina. dengan siapnya bangunan ini mulai 1995 semua pelajar sekolah ini belajar dalam satu sesi. Dengan adanya dewan sekolah (Dewan Seri Tanjong) beberapa aktiviti dan pertandingan peringkat sekolah negeri Melaka telah diadakan di sini. Pada tahun 1996 Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Melaka telah diadakan di sini.

Sejak penubuhan sekolah ini hingga kini (2017), Sekolah Menengah Seri Tanjong telah ditadbirkan oleh 1 orang pengetua. Hasil usaha mereka inilah, sekolah ini berada seperti dalam keadaannya sekarang.

Senarai Pengetua (1968 - 2017)[sunting | sunting sumber]

Semenjak penubuhannya hingga kini, SMK Seri Tanjong telah ditadbir oleh pengetua berikut:

Bil Nama Tahun Berkhidmat
1 Encik Ismail bin Saleh 1968 - 1969
2 Encik Sulaiman bin Atan 1970
3 Encik Abdul Rahman bin Salim 1971 - 1979
4 Encik Mohammad bin Maarop 1980 - 1982
5 Encik Mohammad bin Ismail 1982 - 1983
6 Tuan Haji Abu Hashim bin Haji Abdul Manaf 1984 - 1989
7 Tuan Haji Muhammad bin Yunus 1989 - 1990
8 Puan Hajah Zawiyah binti Pendek 1991 - 1995
9 Tuan Haji Othman bin Rejab 1995
10 Cik Alice Wee Siew Eng 1995 - 1996
11 Puan Hajah Mazni binti Mat Salleh 1996-1997
12 Puan Hajah Salmiah binti Haji Sulaiman 1997 - 2001
13 Encik Zainal bin Haji Aman 2002 - 2003
14 Tuan Haji Abdul RasiVisid budin 2003 - 2005
15 Tuan Haji Mohamad bin Adam 2005 – 2008
16 Pn. Shaleha binti Abdol 2008 - 2010
17 Encik Abu Bakar bin Alim 2011 - 2011
18 Cik Jamilah binti Ismail 2012 - 2016
19 Pn. Hjh. Azallah binti Mohd Salleh 2016 hingga sekarang

Hala Tuju Sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Kebitaraan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Subjek Sejarah , Bicara Berirama, Petanque

Slogan Sekolah[sunting | sunting sumber]

'Usaha Jaya’

Motto Sekolah[sunting | sunting sumber]

'SERI HEBAT!!!!'

Dasar Kualiti Sekolah[sunting | sunting sumber]

Dalam usaha mencapai misi selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), SMK Seri Tanjong menetapkan beberapa dasar ke arah pencapaian kualiti:-

1.         Meningkatkan pencapaian prestasi akademik sekurang-kurangnya 5% setiap tahun.

2.         Mencapai:           

             * 95% pelajar mencapai melebihi band 3 pada peringkat PT3.
             * 10% pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran, 30% layak ke Matrikulasi,50% layak ke tingkatan 6 dan lulus 100% pada             
               peringkat SPM.
             * 10% pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran, 100% layak ke IPT dan 100% mendapat sijil penuh  pada peringkat STPM.


3.         Kurang daripada 0.2% pelajar terlibat dalam masalah disiplin berat.  95% purata kehadiran pelajar.

4.         Memperkasa pelbagai program untuk pembentukan sahsiah terpuji pelajar.

5.         Mencapai johan peringkat kebangsaan dalam semua pertandingan atau permainan yang menjadi ETOS sekolah.

6.         Semua panitia dapat membelanjakan sekurang-kurangnya 95%daripada wang yang diperuntukkan menjelang akhir tahun  dan semua bil

          dapat dijelaskan dalam masa 14 hari.

7.         Sistem pengurusan kewangan sekolah pada tahap cemerlang dan tiada audit bersyarat.

8.         Persekitaran sekolah yang kondusif, ceria dan bermaklumat berfokuskan 3K.

9.         Membudayakan PLC dalam PdP.


Logo Sekolah[sunting | sunting sumber]

1) Buku dan Pena, Lima Bulatan Atom Dan Roda Tenaga

Merupakan ciri-ciri yang digunakan untuk membentuk murid-murid dalam semua aspek didikan akademik, sukan serta sains dan teknologi tanpa mengabaikan unsur-unsur yang dapat membentuk akhlak yang mulia.

2) Dua Ekor Pelanduk yang Memegang Anak Bulan dan Bintang

Menunjukkan SMK Seri Tanjong dalam negeri Melaka dan Persekutuan

3) Lima Bilah Keris

Melambangkan taat setia dan keluhuran dalam mempertahankan panji-panji sekolah

4) Warna Kuning
adalah simbol kecintaan suci murni kepada sekolah.

5) Warna Hijau
Warna hijau ialah warna rasmi sekolah

6) Usaha Jaya
Adalah cogan kata sekolah

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Seri Tanjong, Seri Tanjong

Sekolah kemegahan kita

Tekad putra putri bangsa

Capai cita mulia

Berkat usaha serta jaya

Tingkat prestasi bersama

Berdisplin bermoral tinggi

Itulah ikrar dan janji

Seri Tanjong Seri Tanjong

Kan kukenang sentiasa

Bina bangsa dan agama

Melaka dan Malaysia

Pelan[sunting | sunting sumber]

Pelan Sekolah Utama[sunting | sunting sumber]

Pelan Sekolah














Pelan Kedudukan Kelas[sunting | sunting sumber]

Pelan Kedudukan Kelas

















Maklumat Am dan Enrolmen[sunting | sunting sumber]

Maklumat Am[sunting | sunting sumber]

Maklumat Am Sekolah


















Enrolmen[sunting | sunting sumber]

Enrolmen Murid dan Kelas


















Piagam Pelanggan Seri[sunting | sunting sumber]

Kami warga pendidik sekolah ini dengan penuh kesedaran berikrar dan berjanji akan melaksanakan dan menjayakan perkara-perkara berikut :

  • Sentiasa berusaha meningkatkan prestasi akademik murid
  • Berusaha memberi pendidikan kepada semua murid tanpa mengira tahap keupayaan mereka.
  • Sentiasa berusaha membentuk generasi yang berpendidikan dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
  • Sentiasa bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan agensi luar ke arah kecemerlangan sekolah.
  • Sentiasa peka dan prihatin dengan permasalahan dan kebajikan warga Seri Tanjong.

Pentadbiran Sekolah[sunting | sunting sumber]

Barisan pentadbir bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong bagi sesi 2017 adalah seperti berikut :

Pengetua[sunting | sunting sumber]

Pn. Hjh. Azallah binti Mohd Salleh
Pengetua Cemerlang DG54

Pn. Hjh. Azallah binti Mohd Salleh

Tagline Pengetua :

"Kejayaan Boleh dicipta,Kegagalan Jangan dipinta ! "

Guru Penolong Kanan Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Tn. Hj. Borhan bin Md Nor

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid[sunting | sunting sumber]

En. Khalid bin Bujang
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Khalid bin Bujang

Guru Penolong Kanan Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Pn. Sahreah binti Md Zin
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Pn. Sahreah binti Md Zin

Program Kecemerlangan[sunting | sunting sumber]

Akademik[sunting | sunting sumber]

  1. Program Asuh, Asah Asak untuk pelajar Tingkatan 3
  2. Program Kecemerlangan PT3, SPM dan STPM
  3. Kelas tambahan koperasi - Biologi
  4. Kelas Tambahan dan Tuisyen
  5. Program Gerak Minda
  6. Prep Oh My English
  7. Kelas Prep PT3
  8. Program gali A+

Hal Ehwal Murid[sunting | sunting sumber]

  1. Program Keselamatan Jalan Raya Bersama JKKR
  2. Program Tiada Aedes, Tiada Denggi
  3. Program Pemeriksaan Kesihatan
  4. Program Sekolah Penyayang
  5. Program Gaya Hidup Sihat
  6. Program 3K

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

  1. Sambutan Maulidurrasul - Pimpinan Kelab Imam Muda
  2. Aktiviti Kelab/Persatuan dan Badan Beruniform
  3. Smart Street Learning - Kelab Keselamatan Jalan Raya
  4. Program Cekap Tenaga

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Pencapaian
2013
  • JOHAN  : Kuiz Petronas
  • JOHAN  : Kategori Junior Kebangsaan dalam  Kejohanan Taekwando
  • JOHAN dan KETIGA NEGERI  : Pertandingan Space Robotik Sempena Hari Falak 2013
2014
  • JOHAN DAN KETIGA MELAKA  : Pertandingan Bicara Berirama
  • Naib Johan NegeriPertandingan Robotik Junior  JLP
  • Pertandingan Petaque Pendidikan Khas Zon Selatan -  Johan Peringkat  Kebangsaan
  • Menerima Anugerah Sekolah Cemerlang Dalam SPM 2014 daripada kerajaan Negeri Melaka
  • Menerima Anugerah Bai’ah Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2013
2015
  • Johan Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka,  KawasanTanjong
  • Johan Kejohanan Petanque Piala Angkasa Peringkat Negeri Melaka
  • Johan Kebangsaan, Kejohanan Petanque IPT (Triple Wanita  Kategori Jemputan IPT)
  • Johan, Pertandingan Pidato Piala Diraja (BM)  KawasanTanjong.
  • Johan, Pertandingan Memasak 2015, Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri
  • Memperoleh Anugerah  Lonjakan Saujana Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) SPM 2014 di Putrajaya
2016
  • Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Melaka Tahun 2016 ,  Johan Negeri dan Anugerah Konduktor Terbaik
  • Pertandingan Memasak 2016, Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri Melaka, Johan Negeri
  • Johan Kejohanan Tae Kwan Do Peringkat Negeri Melaka
  • Naib Johan Pertandingan Memasak 2015, Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri
  • Anugerah Penyertaan Aktif Kokurikulum (Sekolah Menengah) Jabatan Pendidikan Melaka Tahun 2015
  • Anugerah Sekolah Menengah Cemerlang Kokurikulum (Luar Bandar) Jabatan Pelajaran Melaka Tahun 2015
  • Anugerah Emas Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Melaka Tahun 2015
  • Tempat kelima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum, Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 (Sekolah Cemerlang Kokurikulum Sekolah Menengah Luar Bandar)
2017
  • Johan Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Melaka
  • Johan Kawad Kaki dan Naib Johan Menembak Perempuan dalam Perkhemahan  PKBM Peringkat Kebangsaan
  • Naib Johan Pertandingan Membina Blog PSS Peringkat Negeri Melaka Tahun 2017
  • Anugerah Hari Koperasi Negara 2017,  Peringkat Negeri Melaka
  • Naib Johan, Pertandingan Memasak 2017, Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri Melaka
  • Johan Pertandinan Gubahan Sirih Junjung berpasangan (Guru dan Murid) Sempena Karnival Inklusif Terapi pergerakan Kreatif Negeri Malaka

Sambutan Bulan Kebangsaan 2017[sunting | sunting sumber]

Tarikh  : 7 Ogos 2017 (Isnin)

Masa  : 7.30 - 9.30 pagi

Tempat : Dewan Seri

Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-60 tahun telah diadakan bagi peringkat SMK Seri Tanjong. Sambutan inu adalah anjuran bersama Unit Hem, Unit Kokurikulum, Bidang Kemanusiaan, Kelab 1Malaysia bersama Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan Ogos tersebut. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :

  1. Kahoot Merdeka  
  2. Berita Arkib
  3. Ceria Merdeka Kelas
  4. Buletin Merdeka
  5. Deklamasi Sajak Merdeka
  6. Melukis Tokoh Negara
  7. Permainan Tradisional  (Batu Seremban, Capte dan Sahibba)
  8. Arca Kemerdekaan
  9. Pertandingan Filem Pendek (Malaysiaku Dirgahayu)
  10. Komik Merdeka
  11. Doodle Merdeka
  12. Video Erti kemerdekaan
  13. Kuiz LATUBI Merdeka
  14. Nyanyian Lagu Patriotik
  15. Sayembara Puisi Merdeka 

Antara gambar menarik sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan yang dijalankan :

Program basikal
Pemasangan bendera
basikal lajak
kain rentang
kainrentang2
keceriaan kelas
doodle
kain rentang

                                                     

Galeri Warisan[sunting | sunting sumber]

Galeri ini memainkan peranan yang penting sebagai tempat penyimpanan khazanah bersejarah sekolah dan menjadi pusat rujukan kepada sekolah lain, mahupun pengunjung luar. Pelbagai peralatan, permainan, dan barangan antik yang ditempatkan di galeri ini. Berikut merupakan antara gambar dan suasana di dalam Galeri Warisan SMK Seri Tanjong.

barangan antik
sudut galeri
almari lama
khazanah lama
antik dan unik
almari piala

Prasarana[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mempunyai pelbagai prasarana. Antaranya ialah :

  • 18 blok bangunan semuanya
  • Padang
  • Gelanggang Pentaque
  • Kantin
  • 3 buah Makmal Siber
  • Kuaters Guru
  • Dataran Nilam
  • Gelanggang Bola Tampar
  • Dewan Seri
  • Surau
Antara bangunan yang ada
Papan tanda
Ruang lmu

Panorama Sekolah[sunting | sunting sumber]

Blok Kelas
Pandangan Hadapan Sekolah
Papan tanda
Pejabat Sekolah SMKST
Ruang lmu
Antara bangunan yang ada
Pemandangan dari Atas
Dewan Seri sekolah
Pemandangan dari bawah

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung
Tanjung Kling Pos
76400, Tanjong Kling
Melaka,  Malaysia
Telefon = 06-3511539
Faks = 6063510825
E-mel =smkseritanjung@ppdmelakatengah.net

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]