Kolej Tingkatan Enam Sri Istana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lokasi
Jalan Istana, Klang, Selangor
Malaysia
Maklumat
MotoPendidikan Asas Kemajuan
Ditubuhkan1979 (SMK Sri Istana)
Nombor sekolah03 33724846
Kod sekolahBEA0099
PengetuaPn. Zainon binti M.Yusof
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Norliza binti Mohd Noh
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Razilah binti Othman
Penolong Kanan KokurikulumPn. Lailiah binti Ismam
Faks03 33730941

Kolej Tingkatan Enam Sri Istana atau nama ringkasnya KTESI, merupakan sebuah pusat tingkatan enam mod 1 yang terletak di Jalan Istana. Bekasnya, ia merupakan sebuah sekolah menengah arus perdana iaitu SMK Sri Istana, Klang yang menawarkan program tingkatan 6 yang mempunyai pusat tersendiri (Pusat Tingkatan Enam Sri Istana, Klang).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2015, Majlis Penggabungan (Engagement) telah diadakan di SMK Sri Istana( sebagai Pusat Tingkatan Enam di Klang,Selangor.  Tanggal 31 Disember 2015, Pendaftaran Pelajar Baharu Tingkatan Enam Atas 2016 daripada 3 buah sekolah iaitu SMK Dato’ Hamzah, SMK (P) Bukit Kuda dan SMK Methodist (P). Tujuan program ini untuk memperkenalkan kepada para pelajar pusat tingkatan enam yang baharu.

Pada 2 Januari 2016, bermulalah operasi Mod 2 di SMK Sri Istana sebagai sekolah pusat tingkatan enam yang terdiri 3 buah sekolah. Jumlah guru tingkatan enam ketika itu ialah seramai 30 orang. Pada 22 Oktober 2016,  Taklimat Khas Pengoperasian dan Majlis Penggabungan (Engagement) Pusat Tingkatan Enam Daerah Klang di SMK Sri Istana.

Pada 3 Januari 2017, bermulanya operasi Mod 1 sebagai Kolej Tingkatan Enam Sri Istana, Klang yang melibatkan 5 buah sekolah iaitu: SMK Dato’ Hamzah, SMK (P) Bukit Kuda, SMK Methodist (P), SMK Tengku Ampuan Rahimah dan SMK Methodist (ACS). Jumlah guru pada tahun 2018 ialah seramai 97 orang termasuk pengetua dan 2 orang guru Bimbingan & Kaunseling. Jumlah staf  sokongan pula seramai 9 orang.

Pakej Mata Pelajaran STPM[sunting | sunting sumber]

Semua pelajar tingkatan enam wajib mengambil mata pelajaran Pengajian Am dan peperiksaan MUET.

  • 954 Mathematics (T), 962 Chemistry, 964 Biology
  • 954 Mathematics (T), 960 Physics, 962 Chemistry
  • 954 Mathematics (T), 958 Information and Communications Technology, 962 Chemistry
  • 944 Ekonomi, 950 Mathematics (M), 958 Information and Communications Technology
  • 944 Ekonomi, 948 Perakaunan, 950 Mathematics (M)
  • 944 Ekonomi, 946 Pengajian Perniagaan, 948 Perakaunan
  • 942 Geografi, 944 Ekonomi,946 Pengajian Perniagaan
  • 940 Sejarah, 944 Ekonomi, 946 Pengajian Perniagaan/912 Bahasa Tamil
  • 910 Bahasa Melayu, 940 Sejarah, 944 Ekonomi
  • 910 Bahasa Melayu, 946 Pengajian Perniagaan/940 Sejarah, 970 Seni Visual
  • 940 Sejarah, 946 Pengajian Perniagaan, 970 Seni Visual
  • 910 Bahasa Melayu, 944 Ekonomi, 946 Pengajian Perniagaan
  • 910 Bahasa Melayu, 942 Geografi, 946 Pengajian Perniagaan

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

1. Anugerah Pelajar Terbaik MUET sesi 2  Peringkat Kebangsaan tahun 2019 (Tan Seng Chuan).

2. JOHAN BAGI CABARAN PANDU PUTERI PERINGKAT NEGERI 2020  (Persatuan Pandu Puteri Renjer KTESI) 

3. Pencapaian pointer 4.00 STPM 2020 (4 pelajar)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Kolej Tingkatan Enam Sri Istana,
Jalan Istana, Klang,
Selangor, Malaysia
Telefon = 03 33724846
Fax = 03 33730941

Pautan luar[sunting | sunting sumber]