Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau
Lokasi
 Malaysia Jalan Siakap, 34300, Bagan Serai,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERUSAHA BERJAYA
Nombor sekolah6057217958
Kod sekolahAEB3043
PengetuaTuan Haji Rosli Bin Ahmad Shairazi
Faks6057219018


Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau atau nama ringkasnya SMK Sri Kurau, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Siakap.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau memiliki 692 pelajar lelaki dan 705 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1397 orang. Ia mempunyai seramai 100 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau telah ditubuhkan pada 1hb, Januari 1965 oleh Kementerian Pelajaran untuk memenuhi polisi Kerajaan bagi menyediakan pendidikan menengah untuk semua kanak-kanak terutama sekali yang kurang bernasib baik di kawasan luar bandar.Sebelum digelar Smk Sri Kuaru , Sekolah ini dikenali sebagai Smr Batu Tiga.


Visi Dan Misi
[sunting | sunting sumber]

VISI SEKOLAH

Menjadikan sekolah kita sentiasa hebat, berkualiti dan disanjungi

MISI

Berusaha menerap dan menyemai nilai-nilai murni dan nilai saintifik berteraskan agama, berakhlak mulia, bertakwa, bertanggungjawab, berdisiplin dan berketerampilan.

Berusaha memberikan pendidikan berkualiti kepada semua pelajar ke arah kecemerlangan kurikulum, kokurikulum, sahsiah, kepimpinan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Berusaha membantu dan membimbing pelajar ke arah menjadi generasi berkualiti yang mempunyai kesedaran dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa serta mematuhi prinsip-prinsip Rukun Negara, merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi Negara.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami Barisan Pelajar

Sekolah Sri Kurau

Berikrar Berusaha Berjaya

Di Sini Kami Berjanji

Hidup Rukun Semangat Kami

Menjadi Rakyat Yang Berbakti

Sebagai Putera Dan Puteri

Harapan Negara Pada Kami

Ilmu Pengetahuan Yang Dicurahkan

Kami Tidak Rela Mensia - siakan

Kami Barisan Pelajar

Sekolah Sri Kurau

Berikrar Berusaha Berjaya

Di Sini Kami Berjanji

Hidup Rukun Semangat Kami

Menjadi Rakyat Yang Berbakti

Pautan luar[sunting | sunting sumber]