Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak
Lokasi
 Malaysia Jalan Asuhan, 34200, Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6057161136
Kod sekolahAEA3039
Pengerusi PIBGPN. NORSALEWATI BINTI MAT NORWANI
PengetuaPN. HAJAH FAZILAH BINTI HJ SHAARI
GPK Pentadbiran dan AkademikTN. HJ ABDUL GHANI BIN YAHYA
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN. HARLINA BINTI HUSSAIN
Penolong Kanan KokurikulumPN. NOORLI BINTI ISMAIL
Faks6057176989


Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perak[1] atau nama ringkasnya SMK Sri Perak, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Asuhan.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perak memiliki 637 pelajar lelaki dan 654 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1291 orang. Ia mempunyai seramai 94 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah didirikan pada tahun 1962 di bawah Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak (Almarhum – 31hb. Januari 1984) Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Ibni Al Marhum Sultan Iskandar Shah pada 31hb. Oktober 1964 dengan nama Sekolah Lanjutan Kampung Parit Buntar. Sekolah ini terletak kira-kira 4 kilometer dari pusat bandar.

Pada tahun 1965 bilangan murid bertambah sehingga 204 orang termasuk 74 orang pelajar perempuan. Mereka ini dikenali dengan pelajar Aneka Jurusan. Pada tahun 1966 seramai 76 orang lagi pelajar menduduki tingkatan satu. Oleh itu pada tahun 1966 terdapat dua kumpulan aliran murid yang menuntut di sekolah ini iaitu Aliran Sekolah Lanjutan Kampung dan Aliran Aneka Jurusan.

Pada tahun 1966 seramai 100 orang pelajar Sekolah Lanjutan Kampung ini menduduki peperiksaan L.C.E dan hasilnya 45 orang daripadanya berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik Tuanku Abdul Rahman, Pulau Pinang. Pada awal 1967 pelajar-pelajar teknik tersebut terpaksa mengadakan kelas peralihan di sekolah ini juga selama satu penggal sebelum berpindah ke Pulau Pinang. Di samping itu seramai 92 orang pelajar baru tingkatan satu mendaftar diri dan nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Rendah sehingga 1974 apabila kelas tingkatan 4 sastera bermula buat kali pertama.

Pada awal tahun 1975 pihak pentadbiran sekolah telah mencadangkan tiga nama untuk menggantikan nama Sekolah Menengah Rendah Parit Buntar. Tiga nama-nama tersebut ialah:

1. Sekolah Menengah Megat Terawis
2. Sekolah Menengah Darul Ridzuan
3. Sekolah Menengah Sri Perak

Keputusan dipersetujui dengan nama Sekolah Menengah Seri Perak, Parit Buntar, Perak. Nama ini amat sesuai kerana perkataan “Seri” bermaksud “Semarak” atau “Bercahaya” menepati maksud “bunga Semarak Api” iaitu pohon yang ditanam semasa perasmiannya dan “Perak” adalah nama negeri ini. Oleh kerana itu tidaklah diragui lagi bahawa nama “Sekolah Menengah Seri Perak, Parit Buntar, Perak” juga mempunyai identitinya yang tersendiri dan dibanggakan.

sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang menjadi kebanggaan masyarakat di daerah ini . Pelbagai pencapaian dalam bidang akademik dan kokurikulum yang telah dicapai diperingkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Kebitaraan sekolah ini dalam kurikulum ialah Fizik dan Reka Cipta dan sekolah pengiktirafan STEM Daerah. Manakala Kebitaraan Kokurikulum iaitu Boling, Sofball dan merupakan sekolah PLD Hoki. Sahsiah pula dikenali dengan program SALAM- murid yang sangat berhemah.

SMK Sri Perak menggunakan nama timangan SPark- merupakan pencetus kepada semua kejayaan. slogan With Great Motivation We Strive for Excellence Inn All Our Endeavour dan Together We Strive Towards Excellence menjadi kekuatan warga SPark

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bangunlah Putera dan Puteri,

Berganding Bahu Ilmu dicari,

Hidupkan Obor Cita Cita Murni,

Membawa Harapan Menabur bakti,

Seri Perak, Menjunjung Titah

Menimba Ilmu memenuhi dada bakal baktimu untuk Negara

Berilmu, Beramal , Bahagia




Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]