Sekolah Menengah Kebangsaan St. Anthony, Sarikei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan St. Anthony (M)
Lokasi
Km 1 Jalan Repok, 96100, Sarikei,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoNON SCHOLAE SED VITAE (Pembelajaran adalah untuk kehidupan)
Nombor sekolah6084651363
Kod sekolahYFB6102
PengetuaVincent Leong Shou Chuan
Faks6084659006

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Anthony (M) atau nama ringkasnya SMK St Anthony (M), merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 1 Jalan Repok, Sarikei, Sarawak.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan St. Anthony (M) memiliki 960 pelajar lelaki dan 948 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1908 orang. Ia mempunyai seramai 112 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK St. Anthony ditubuhkan pada tahun 1932 oleh Bishop John Baus dan Fr. Charles Quadekker di lokasi di mana Gereja St. Anthony berdiri sekarang. Pengetua pertamanya ialah Ambrose Wong Ik Loi, seorang warga tempatan. Pada awal penubuhannya, sekolah ini mempunyai 8 orang pelajar dan bertambah kepada 24 orang manakala Ambrose sendiri ialah satu-satunya guru yang bertugas.

Pada tahun 1935, Fr. Quadekker menyewa tanah di sekitar Jalan Repok untuk pembinaan 4 buah kelas. Bilangan pelajar pada waktu itu mula bertambah kepada 31 orang. Sebagai pengasas sekolah, beliau tinggal di dalam satu daripada beberapa buah kelas dan bermalam di asrama. Bangunan yang baru dibina ialah perumahan setinggan dengan separuh sekolah dan separuh kuarters guru dengan dapur bilik guru terletak di belakangnya.

Menjelang tahun 1936, bilangan pelajar semakin bertambah, menajdi 70 orang, dan sekolah hadapi masalah kekurangan buku teks, ditambah pula tiada loceng sekolah pada waktu itu.

Sebelum Perang Dunia Kedua, sekolah mempunyai 5 orang guru baru: En. Tion Heng Ing, En. Johnson, En. Yii Sii Ann, En. Wong Ing King dan Puan Chieng. Ketika perang berlaku, sekolah digunakan oleh tentera Jepun untuk dijadikan kem mereka.

Pasca Pernah Dunia Kedua menyaksikan SMK St. Anthony ditadbir oleh Fr. James Buis dan Fr. Joseph Chin dalam tahun 1946-1955. Dalam era mereka, enrolmen pelajar semakin bertambah, menjadi 200 orang. Pada tahun 1956, Rev. J. Hol dan Rev. McHugh mengambil alih tugas jawatan pengetua dan kumpulan pertama Tingkatan 3 menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Dewan sekolah telah siap dibina pada tahun yang sama, dinamakan Father Chin Jubilee Hall.

Sehingga tahun 1972, Fr. Rottinghuis menjawat jawatan pengetua. Pada tahun 1960, Blok St. Francis (dahulunya Blok Sains) dibina dengan dua makmal sains dan 3 kelas. Kumpulan pertama pelajar SMK St. Anthony menduduki peperiksaan Sebior Cambridge Examination pada tahun 1962. Pada tahun 1972, SK St. Anthony berpindah ke lokasi sekarang, di mana ianya sekarang SK St. Anne.

K.A. Titus, pengetua warga Eropah yang terakhir, menjawat jawatan pengetua pada tahun 1972 hingga 1980. Dalam tempoh beliau mentadbir, Kerajaan Malaysia mewajibkan semua pengetua mesti memiliki kewarganegaraan Malaysia. Pada masa yang sama, Blok St. Elizabeth, blok baru dibina, dibuka pada tahun 1973 tatkala enrolmen pelajar melonjak kepada 800 orang. Fasiliti lain seperti gelanggang bola keranjang, tempat parkir basikal, tempat parkir kenderaan staf, pembinaan tandas baru dan pagar sekolah juga dibina.

Pada tahun 1981, SMK St. Anthony kembali ditadbir oleh warga tempatan menerusi En. Gerald Lee sehingga 1982. Bangunan baharu sekolah juga dibina pada tahun 1983-1984. Di bawah pentadbiran En. Jackson Chan Tian Ann, seorang pengetua dari Kuching, sebuah kelab komputer ditubuhkan khusus untuk semua pelajar yang mengambil jurusan komputer. Pada tahun 1991-1995, 3 blok baharu, Blok St. Augustine, Blok St. Bernard dan Blok St. Christopher, telah dibina bagi mengatasi masalah kekurangan kelas kerana jumlah pelajar yang terlalu ramai.

Pada tahun 1996-1997, dua blok tambahan makmal sains telah dibina dan gelanggang bola keranjang serta bola tampar telah dinaiktaraf. Sehingga 2001, pihak sekolah telah melakukan penaiktarafan ke atas lantai makmal fizik dan makmal kimia serta lantai Blok A dan Block C serta menaiktaraf tandas pelajar.

Pada tahun 2002, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan. Blok St. Daniel (dahulunya Blok D) yang usang telah digantikan dengan blok bersimen. SMB St. Anthony dinaiktaraf menjadi status sekolah kerajaan pada tahun 2002. Pada tahun 2003, Pusat Tingkatan 6 (PTE) ditubuhkan dengan permulaann 2 kelas Ting. 6 rendah. Dalam tempoh tahun 2004 hingga 2010, semua fasiliti sekolah telah dinaiktaraf bagi menjamin kualiti pembelajaran. Pada tahun 2010-2011, sebuah dewan baharu telah dibina sebagai tempat perhimpunan rasmi sekolah.

Pengetua[sunting | sunting sumber]

  1. Ambrose Wong Ik Loi (1932-1935)
  2. Fr. Charles Quadekker (1935-1946)
  3. Fr. James Buis (1946-1955)
  4. Fr. Joseph Chin (1946-1955)
  5. Fr. J. Hol (1956)
  6. Fr. McHugh (1956)
  7. Fr. Rottinghuis (1956-1972)
  8. K.A. Titus (1972-1980)
  9. Gerald Lee (1981-1982)
  10. Tsai Jit Jui (1983-1984)
  11. Jackson Chan Tian Ann (1985-1986)
  12. Andrew Wong Ee Hin (1986-1996)
  13. Judith Wong Ngee Hay (1996-1997)
  14. Sylvester Tang Nguon Sam (1997-2001)
  15. Sim Tong Hui (2001-2004)
  16. Fong Yut Kuen (2004-2005)
  17. Georgina Wong Leh Ting (2005-2010)
  18. Alex Sali anak Sumoh (2010-2017)
  19. Vincent Leong Shou Chuan (2017-)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Anthony (M)
Km 1 Jalan Repok
96100, Sarikei
Sarawak,  Malaysia
Telefon = 6084651363
Fax = 6084659006

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.