Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muzafar Shah 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muzafar Shah 1
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah AEA8002
Lokasi  Malaysia Lambor Kanan32900, Lambor Kanan,, Perak Darul Ridzwan, Malaysia
Telefon 6053761377
Faks 6053762275


Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muzafar Shah 1 atau nama ringkasnya SMK Sultan Muzafar Shah 1, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Lambor Kanan.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muzafar Shah 1 memiliki 188 pelajar lelaki dan 195 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 383 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ianya telah dibuka pada 2.1.1978 di kawasan seluas 9.9 ekar bagi menggantikan Sekolah Menengah Dato' Abdul Rahman Yaakub (Cawangan Telok Bakong). Sewaktu awal pembukaannya, seramai 746 orang pelajar, 26 orang guru dan 5 orang staf sokongan telah memulakan sesi persekolahannya yang pertama. Tingkatan yang tertinggi pada masa itu adalah Tingkatan 4.

Sewaktu awal penubuhannya, pelajar-pelajar sekolah ini datangnya dari 6 buah kampung iaitu Kampong Lambor Kanan, Kampong Lambor Kiri, Kampong Telok Bakong, Kampong Kuchai, Kampong Telok Sareh dan Kampung Pasir Kubu dan mereka adalah 100% berketurunan Melayu. Setelah siap pembinaan Sekolah Menengah Lambor Kiri, pelajar-pelajar sekolah ini hanya datang dari kampung yang berdekatan iaitu Kampong Lambor Kanan, Kampong Telok Bakong dan Kampong Telok Sareh.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muzafar Shah 1
Lambor Kanan
32900, Lambor Kanan
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6053761377
Fax = 6053762275

Pautan luar[sunting | sunting sumber]