Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma (Rasmi)
Sultanah Asma School (Tidak rasmi)
Lokasi
 Malaysia Jalan Langgar, 05460, Alor Star,, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah Berprestasi Tinggi, SBT
MotoUnggul dan Terbilang
Ditubuhkan1922
Nombor sekolah6047322618
Kod sekolahKEB2095
PengetuaPuan Balkis Binti Nordin
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Maslela Noorida Binti Mansur
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Rozita Binti Abdul Aziz
Penolong Kanan KokurikulumPuan Rohaiza binti Abdul Halim
Faks6047328020
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma atau nama ringkasnya SMK Sultanah ASMA, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Langgar.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma memiliki 993 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 993 orang. Ia mempunyai seramai 80 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma merupakan sekolah bantuan Inggeris yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu dan tertua di negara ini. Tujuan asal penubuhan sekolah ini adalah untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak perempuan kerabat di raja dan anak-anak perempuan Pegawai Tinggi Kerajaan. Mulai tahun 1945, barulah sekolah ini dibuka kepada umum dan mula mengambil pelajar dari pelbagai bangsa. Guru besar pertama sekolah ini ialah Cik M.C. Wadell. Cik Wadell mempunyai dua orang pembantu berbangsa Melayu iaitu Cik Rahmah dan Cik Intan.

Sekolah ini telah diiktiraf sebagai Sekolah Premier Negeri Kedah Darul Aman oleh Jabatan Pelajaran Kedah mulai tahun 1998 dan dinaikkan statusnya sebagai Sekolah Elit Negeri Kedah pada tahun 2000.

Pada tahun 2007, SMK Sultanah Asma diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2010, sekolah ini diiktiraf pula sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort pertama.

Pada tahun 2010,SMK Sultanah Asma telah diistiharkan sebagai sekolah berprestasi tinggi[perlu rujukan] dan merupakan antara 4 buah sekolah menengah harian yang terpilih di Malaysia.


Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Sultanah Asma
Lahir dari cita-cita
Mendidik srikandi bangsa
Berjaya sepanjang masa
Berjanji setulus hati
Berikrar semurni kata
Belajar berilmu berbakti
Tertunai harapan semua
Dengan tekad dan keyakinan
Berazam mencapai kejayaan
Hadapi dugaan cabaran
Demi kesejahteraan masa depan
Oh sekolah tercinta
Mekar subur perkasa
Namamu kan dipelihara
Dengan peribadi mulia


Pautan luar[sunting | sunting sumber]