Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Merah
Lokasi
 Malaysia Jalan Ulu Sungai Merah, 96000, Sibu,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6084311302
Kod sekolahYEA3105
Faks6084311301


Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Merah atau nama ringkasnya SMK Sungai Merah, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Ulu Sungai Merah.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Merah memiliki 405 pelajar lelaki dan 388 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 793 orang. Ia mempunyai seramai 79 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK SUNGAI MERAH SIBU diberi nama sempena sebatang sungai kecil yang berwarna merah mengalir merentasi hadapan sekolah. Ia terletak di atas tapak seluas 20.23 hektar di Jalan Ulu Sungai Merah iaitu kira-kira 10 KM dari pusat-pusat bandar Sibu.

Sekolah ini mula beroperasi pada 1 November 2004 di bawah pimpinan Pn Hasmah bt Pauzee, Penolong Kanan Pentadbiran (Pemangku Pengetua) dengan dibantu oleh seorang PK HEM dan seorang PK KK.

Pada peringkat awal penubuhannya sekolah mempunyai 24 orang guru dan 4 orang staf sokongan. Murid-murid perintis seramai 331 orang telah ditempatkan di SMK SUNGAI MERAH mulai 3 Januari 2005 untuk mengikuti Kelas Peralihan, Tingkatan Satu, Tingkatan Dua, Tingkatan Empat (Mata pelajaran Vokasional bagi elektif APAK), Kelas Rancangan Khas (KRK) dan pendidikan khas. Pra Sekolah mula beroperasi pada Januari 2011 dengan jumlah murid perintis seramai 11 orang, seorang guru dan seorang PPM.


Pengetua-pengetua

Pn Hasmah Bt Pauzee(PK1),Pemangku Pengetua,1 Disember 2004 - 1 Mei 2005,

Encik Barry Teo Kok Poh,Pengetua,1 Mei 2005 - 1 Ogos 2006,06 Mac 2008-12 Julai 2017,

Cik Roja Anyi,Pengetua,1 Ogos 2006 - 06 Mac 2008,

Puan Wong Siew Ling, Pengetua,12 Julai 2017 - Kini.

Ikrar Pelajar[sunting | sunting sumber]

IKRAR PELAJAR

Bahawasanya kami,

Pelajar-pelajar SMK Sungai Merah,

Dengan ini berikrar,

Akan mematuhi segala peraturan sekolah,

Mengamalkan displin,

Dan nilai-nilai murni dengan ikhlas,

Dedikasi,

Dan penuh tanggungjawab,

Kami juga akan menghormati,

Setiap warga sekolah,

Serta menjaga dan berusaha

Mengharumkan nama baik sekolah,

Seterusnya menghayati, dan mempraktikan,

Prinsip-prinsip Rukun Negara.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Merah
Lot 5277, Jalan Ulu Sungai Merah,
96000, Sibu
Sarawak, Malaysia
Nombor telefon pejabat am sekolah : (084)-311302
Nombor faksimili: (084)-311301
Alamat facebook: https://www.facebook.com/pages/SMK-Sungai-Merah-Sibu/133392703520197?fref=ts

Pautan luar[sunting | sunting sumber]