Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pari
Lokasi
 Malaysia Jalan Sungai Pari, 30200, Ipoh,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6052542591
Kod sekolahAEB2058
Faks6052430744


Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pari atau nama ringkasnya SMK Sungai Pari, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Sungai Pari.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pari memiliki 375 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 375 orang. Ia mempunyai seramai 33 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Menengah Sungai Pari diasaskan pada bulan Jun 1965. Pada mulanya sekolah ini menumpang sementara waktu di Sekolah Anglo Chinese, Ipoh (ACS) kerana banggunan sekolah belum siap. Ketika itu persekolahan dijalankan pada sesi petang dengan bilangan guru seramai 11 orang. Bilangan pelajar pula adalah seramai 324 orang dalam 8 buah kelas, 7 kelas tingkatan Peralihan dan sebuah kelas tingkatan 1. Sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah laki-laki kerana mengikut ‘trend’ pada waktu itu yang memisahkan pelajar-pelajar lelaki dengan pelajar-pelajar perempuan. Pengetua pertama sekolah ini ialah En M. De Silva yang berkhidmat dari 1.1.1965 hingga 31.1.73.

Pada Jun 1966, sekolah ini dipindahkan ke tapak banggunan sekarang yang terdiri dari 4 blok akademik dan sebuah kantin dekat Jalan Sungai Pari di atas kawasan seluas 5 ekar. Sekolah ini dirasmikan oleh Menteri Pelajaran pada masa itu iaitu YB En Mohammad Khir Johari. Pelajar-pelajar sekolah ini datang dari sekolah-sekolah rendah berhampiran seperti SK Dato’ Panglima Kinta, SRJK(T) Sg Pari dan lain-lain. Di banggunan baru ini, sekolah memulakan persekolahan sesi pagi sahaja dengan bilangan pelajar seramai 550 orang dan guru, 19 orang. Sehingga tahun 1972, sekolah hanya mempunyai pelajar-pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sahaja. Pelajar yang memasuki tingkatan 4 akan memohon memasuki sekolah-sekolah lain yang menawarkan tingkatan 4.

Pada tahun 1974, dua buah kelas tingkatan 5 telah dimulakan. Aliran yang terlibat hanyalah aliran sastera sahaja. Hanya pada tahun 1996 kelas aliran Sains diperkenalkan. Pada tahun 1997 barulah sekolah 2 sesi dijalankan , iaitu apabila bilangan pelajar meningkat kepada 1098 orang, dan bilangan guru 40 orang.

Semasa En Sandragasan yang menjadi Pengetua (April 1975 -September 1984), beliau amat menitik beratkan mata pelajaran Sains Pertanian, sejajar dengan dasar kerajaan pada masa itu iaitu ‘Buku Hijau’. Pelbagai unit seperti Makmal Sains Pertanian, Unit Sayur-sayuran, Unit Ultrakebun, Unit Reban Ayam dan Unit Kandang Kambing dimulakan. Sekolah ini menjadi terkenal dengan hasil pertaniannya. Pada tahun 1978 contohnya, kegiatan penternakan ayam berjaya mengumpul hasil jualan sebanyak RM266.70, manakala kegiatan penternakan ayam telah menjual sebanyak 678 ekor ayam bernilai RM3121.90.

Sekolah ini juga telah mencapai beberapa kejayaan dalam bidang kurikulum. Pada tahun 1979, pelajar G. Tamil Selvam telah mengharumkan nama sekolah dengan memenangi pingat perak dalam acara lompat pagar di Kejohanan Olahraga Sekolah-sekolah ASEAN. Semasa Tn Haji Muhammad Yusuf bin Saidin menjadi pengetua (Februari 1985- Jun 1991), sekolah telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Kuiz Perdana peringkat negeri Perak dan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Pada tahun 1994,sekolah sekali lagi menjadi johan dalam pertandingan Kuiz Perdana peringkat negeri Perak dan mewakili negeri Perak dalam kuiz Perdana. Pelajar Chow Kam Onn pula telah memenangi pingat emas dalam acara Wushu Sukan SEA 1993. Beliau turut mewakili Negara dalam berbagai acara kejohanan Wushu di serataa dunia. Manakala seorang pelajar lagi, Saravanan a/l Vellu telah dipilih sebagai pemain bola sepak Perak dan seterusnya mewakili Negara dalam Kejohanan Sekolah-sekolah ASEAN.

Pada tahun 1999, Kelas Komputer telah ditubuhkan untuk semua pelajar dengan hasil kerjasama pihak kolej Utara dan PIBG sekolah. Satu majlis menandatangani Memorandom Kesefahaman telah diadakan di antara pihak PIBG dan Kolej Utara di Hotel Syuen pada bulan November 1998. Bersempena dengan penubuhan kelas computer, satu pameran IT diadakan pada bulan Januari 1999 dengan kerjasama beberapa pihak IT. Pameran ini telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Seri S Samy Vellu.

Pada masa ini sekolah mempunyai seramai 332 murid yang dibimbing oleh 33 orang guru. Sekolah berlangsung pada sesi pagi sahaja dengan 15 buah kelas..

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pari
Jalan Sungai Pari
30200, Ipoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6052542591
Fax = 6052430744

Pautan luar[sunting | sunting sumber]